Monday, October 23, 2017

CASH IS KING KONG




Monday, 23 October 2017


MESKI JIKA DZULKIFLI DIDAPATI TIDAK BERSALAH, KEDUDUKANNYA UNTUK TERUS MENGETUAI SPRM TETAP TIDAK LAGI SESUAI


Sejak Peguam Negara, Apandi Ali mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas untuk memantau siasatan pihak polis terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad, apa yang nyata penyiasatan kes tersebut seolah-olah telah terhenti dengan tiba-tiba.

.............................................................................................................

Salah atau tidak bukan lagi isu era sekarang..
Selagi diendorse, kira halal.




INILAH MALAYSIA

Apabila pemimpin yang korup, terang lagi bersuluh, tidak diheret ke mahkamah..ini mungkin sebahagian contoh jawapannya.






Kesian winnie, dia tiada kuasa memecat atau menukar pegawai dbkl tersebut !!!


Saturday, October 21, 2017

DAH KENA JOLOK BARU TERNGADAH..




MCIKP yang disentuh oleh Tun ketika di Kemaman dan Perlis banyak membuka mata dan kesedaran kepada rakyat dan memberi kesan kepada pemimpin untuk membuat penafian secara lazim.





Sebagai rakyat, pendedahan Tun sudah tentu tidak 100% tepat kerana maklumat hanya di pihak yang relevan. 

Bagaimanapun pandangan itu mempunyai asas yang kuat sepertimana pandangannya terhadap Forest City sebelum ini.

MB Pahang sendiri tidak mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas projek tersebut dan apa yang di tahu sekadar maklumat yang diterima, oleh itu penafiannya juga longgar dan baseless.




# Masih ada lagi beberapa individu yang masih menuntut Tun meminta maaf kepada kaum bugis dan ada yang membuat laporan polis walaupun Tun telah membuat penjelasan.


Bagi orang bugis yang baik² apa alasan untuk melenting???

Kalaupun kes ini dibawa ke mahkamah, sudah tentu pihak Tun mahu si bugis berkenaan tampil untuk membela diri. Sudah tentu Tun mengalu-ngalukan...









SINGKAP STRATEGI BN

UCAPAN PERASMIAN YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK DI PEMUKIMAN JENTERA BN PRU14

Tarikh    :  21 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa     :  9.00 pagi
Tempat  :  Dewan Tun Razak 1
                   PWTC, Kuala Lumpur

1. Pemukiman terbesar diadakan oleh parti BN.

2. Teruja dengan kehadiran begini ramai.

3. Jumlah yang besar ini adalah manifestasi/tanda/lakaran komitmen dan kesungguhan parti BN untuk mencapai kemenangan besar dalam PRU14 akan datang.

4. Pemukiman ini diadakan kerana kita hendak menentukan persiapan kita berada ditahap kesiapsiagaan yang paling tinggi dan paling sempurna yang pernah kita lakukan dimasa-masa yang lalu.

5. Manual PRU14 ada banyak kelainannya, ciri-ciri tambahan berbanding PRU sebelum ini.

6. Tidah boleh approach PRU14 dengan mindset 'Business As Usual'.

7. Langkah dan strategi kita adalah berlainan dan sudah berubah.

8. Apabila dah berubah, maka kita perlu memperlihatkan BN sebagai parti yang adaptif, yang boleh mengubahsuai dalam apa jua keadaan dan situasi menghadapi apa juga rintangan.

9. Manual pada kali ini teratur dan tersusun, strategik dan taktikal.

10. 134 kerusi yang kita menang, wajib kita pertahankan.

11. Mengenalpasti 33 kerusi lagi yang kita kalah dengan majoriti yang tipis yang boleh kita tawan dan menjadikan semuanya 167 kawasan tumpuan.

12. Kandungan manual amat penting kita sampaikan kerana ianya panduan sebelum dan selepas Parlimen dibubarkan, tempoh kempen dan D-Day juga strategi get out the voters. (GOTV)

13. Tidak mahu bergerak dalam single component BN.

14. Keserasian kita sebagai parti BN sudah lama wujud diperingkat Bahagian ini, masih belum lagi ditahap keserasian yang maksima, malah masih ada rasa curiga disesetengah kawasan yang kita ketahui.

15. Berebut kerusi hingga timbul curiga antara komponen kita.

16. Tidak mahu mementingkan pemilihan akan datang.

17. Saya tidak mahu ada yang tubuh bilik gerakan pemilihan bukannya bilik gerakan PRU14.

18. Ada yang menghantar rombongan keluar negara.

19. Tumpu dulu soal domestik.

20. Tunggu menang dulu bagi reward. Bukan masanya lagi. Kerja baru mula. Baru setahun jalan. Belum tahu keberkesanannya. Takut tersungkur.

21. Terapkan budaya kerja yang bersungguh-sungguh.

22. Letak keyakinan pada pucuk pimpinan.

23. Saya dan TPM sedang menilai setiap kawasan, wakil rakyat dah diakses 2 kali, akan ada kali ketiga takut ada kesilapan.

24. Guna badan sosio politik yang kita gunakan selama ini dan kumpulan-kumpulan tertentu.

25. Saya pernah jadi mangsa pada tahun 1999. Ada seorang dari Jabatan tertentu yang buat assessment suka main golf, dia terima golf set dari seseorang yang berminat nak jadi calon tetapi akhirnya calon itu tersungkur sebab report tak boleh pakai. Beliau dari Parlimen Pekan, saya boleh sebut nama Pegawai berkenaan. Sejak itu saya tidak pakai laporan dari Agensi berkenaan.

26. Saya tidak memaksa semua orang dari Pusat yang tidak ada kerusi untuk bertanding kerana bottom line kita mestilah menang pilihanraya.

27. Terpaksa berunding 1 perkara untuk  pembahagian kerusi. Kita kena bersikap terbuka & open mind samada UMNO atau parti komponen kerana kita nak menang pilihanraya.

28. Kalau ada tempat yang kita buat apapun tak boleh menang, tetapi kalau ada calon lain kita letak boleh menang, kita akan cuba untuk capai 1 konsensus.

29. Inilah kerja yang paling berat untuk keluarga BN.

30. Kelebihan kita, kita ada coalition which tested over time.

31. 100% persetujuan daripada semua adalah challenge tapi apapun kita akan buat yang terbaik.

32. Kalau kawan lemah kita bantu, kuat kita pertahankan.

33. Permuafakatan BN, jika ada pertukaran kerusi, ahli-ahli UMNO dan BN kena terima demi kebaikan parti.

34. Tidak ada kerusi majoriti pengundi India. Paling ramai 25% dalam 1 kerusi.

35. Kalau kerusi seperti ini UMNO nak tuntut, tak boleh jugak. Mereka ini boleh menjadi penentu kemenangan kita.

36. Dalam semangat BN ini, kita terima keputusan seperti ini. Kerusi DUN dalam kawasan DS Hishammudddin, 65% pengundi Melayu tetapi kerusi MIC. Dia jaga semua dan disenangi.

37. Dah menang, jangan kita jaga puak-puak kita saja. Jaga semua orang. Peruntukan kena bagi.

38. Ada juga Ahli Parlimen komponen, serah kuota untuk Ketua Bahagian UMNO agihkan. Permohonan untuk masjid, Ahli Parlimen itu sendiri yang mohon pada saya sampaikan orang UMNO minta jangan tukar Ahli Parlimen mereka.

39. Penyokong tegar kita roughly 40%. Jangan lupa 60% lagi. Pecah kepada 2 kategori :
i)  Persuadable voters
ii) Right off voters

40. Jentera diperingkat Parlimen, kena kenalpasti siapa voters. Semua voters putih, bukan semua putih. Don't assume all white. Don't take for granted all white voters.

41. Kita ada 1.6 juta penjawat awam. Daripada itu, 500, 000 merupakan guru. Kementerian Kesihatan 250, 000. Ini adalah persuadable voters.

42. Fokus kepada berapa orang yang terima BR1M tetapi tidak daftar sebagai pengundi.

43. OKU dan warga emas yang terima bulanan dari kita.

44. Orang muda is the biggest factor compared to last election.

45. Semua Universiti dikuasai oleh golongan mahasiswa pro Kerajaan.

46. Kita boleh yakinkan mereka sokong Kerajaan.

47. Kita perlu mengelak daripada kenyataan sesama kita yang menyakiti mana-mana golongan yang bakal menyokong BN.

48. Misalnya, UMNO nak appear to our based tetapi kenyataan kita menyakiti hati rakan-rakan, elakkan.

49. Jangan buat statement untuk popular kerana ia akan ada chain reaction.

50. Sama juga jika komponen buat statement, orang UMNO terasa jadi susah juga. It works both way.

51. Sekolah satu aliran, kita kena terima ianya sebahagian daripada landskap negara kita.

52. Kita nak understanding antara kaum. Hormat.

53. BN always keep his promise. Will keep our integrity.

54. Menjelang Bajet 2017 jika saya sebut Indian Blueprint, jangan pula ada orang marah. Kita jaga semua, Kadazan dan sebagainya. Ini semua rakan-rakan kita.

55. What we need is a strong government. Don't be emotional.

56. Sabah Sarawak is a good example of inclusivity.

57. Saya nak recognize Wanita UMNO & Wanita BN sebagai backbone of the machinery. The more women in the machinery the better.

58. We must work hard. There is no substitue to ward hard. Work smart work hard as a team insyaAllah BN akan berjaya.

59. Hidup BN! Hidup Rakyat!

Terima Kasih


JOM SAVING DENGAN DINAR DIRHAM CRYPTO YANG DISANDAR KEPADA EMAS UNTUK UNTUNG YANG LEBIH


DINAR DIRHAM SATU SATUNYA CRYTO CURRENCY YANG KUKUH KERANA NILAINYA DISANDARKAN PADA HARGA EMAS SEMASA PADA LAZIMNYA TIDAK SUSUT NILAI.

Bitcoin, the mother of crypto currency hits $100,000,000,000 value on market capital!

Ketika kami bermula pada February 2016 project blockchain yang pertama melalui pre-order DNC harga 1 bitcoin cuma sekitar MYR 1500 sahaja.

Dan pada hari ini, harga 1 bitcoin mencecah MYR 25,000.
Ini adalah salah satu asset instruments yang sangat tinggi nilainya dalam tempoh kurang dari 2 tahun.
Kenaikan 2000% ini membuktikan underlying technology with bitcoin is proven and gaining popularity all over the world.

Kini, produk terbaru dari kami iaitu wallet multi crypto Blockchains.my yang dilancarkan pada awal tahun ini sudah memenangi Swiss Innovation challenge pada bulan lalu yang dianjurkan oleh universiti UTM dan juga universiti swizertland.

Kemuncak pertandingan ini adalah pada 31 october 2017 ini. BCMY mewakili Malaysia dan akan bersaing dari company2 fintech dari Vietnam, Thailand dan Indonesia. Yang lebih menarik, BCMY telah pun bertapak dan mempunyai user based di negara2 tersebut.

Dalam wallet BCMY, salah satu ciri disruptive yang telah kita bangunkan adalah ciri2 memudahkan membeli dan menjual Bitcoin dan lain2 asset crypto.

Dengan teknologi yang dibangunkan, pemilik Bitcoin mampu utk berjual beli secara P2P (Peer 2 Peer) dan juga boleh ditukar kepada fiat melalui NFC Smart debit card dan VISA Debit card. :)

Harini, bertempat di Kota Kinabalu di negeri di bawah bayu Sabah atas kerjasama dengan Hartatek Resources yang di uruskan oleh Azlin Awang Chee kami akan melancarkan MIB (Miner in a box) mesin mencetak crypto currency pada harga mampu milik MYR 21,000 yang mampu dibeli dan dipasang sendiri di rumah atau diuruskan secara hosting.



Teknologi MIB ini sangat effektif dan kompetitif kerana ianya menghasilkan 228 Mhs dengan custom 8 unit graphic card dan ianya menggunakan low consumption electricity dan hanya "plug and play" sahaja setting pilih nak mencetak Ethereum, Monero, Dash, Zcash atau mana2 GPU mining altcoin tanpa pening2 nak setting atau buat wiring.

Nantikan butiran lanjut mengenai MIB (Miner in a box) yang akan ditawarkan kepada semua user DinarDirham dalam waktu terdekat. :)
Dato Arai
HUBUNGI SIFFU 0133760377
Tanya bagaimana ia lebih untung beli emas melalui dinar dirham crypto.





Friday, October 20, 2017

HANYA HADI BOLEH LEGAKAN NAJIB ...

Segala hujah pemimpin umno seperti sallehkeruak dan kunan yang mahu mempertahankan Najib makin tidak laku bukan sahaja di mata rakyat tetapi di kalangan ahli umno sendiri.


Zahid dan Hishamuddin sendiri sudah sayup untuk mendengar komen mereka.

Hujah overdose yang kadangkala dibuat oleh ismail sabri, annuar musa, johari ghani menjadikan rakyat makin rasa kerajaan hari ini dipenuhi pelbagai isu makan diri.

Penangkapan dan siasatan rasuah ke atas pemimpin yang mirip bermotifkan politik di ketika rakyat tidak buta, hanya makan diri.


Oleh itu apabila pihak ketiga seperti Hadi membuat kenyataan menghentam pembangkang, ia bererti membantu umno merasa sedikit lega.

Tetapi Hadi bukanlah tabung oksigen yang boleh kekal diharapkan, dia sendiripun sesekali sesak dada dengan kenyataan2 Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak semua ahli PAS suka makan beras cap ayam.

Annuar Musa yang bercita cita sebagai MB Kelantan sudah tentu turut membantu mempromosikan PAS untuk bersama umno supaya jasanya tidak mudah dilupakan begitu sahaja.

Hadi sendiri, sampai sekarang belum berani istiharkan, sokong umno bererti sokong PAS.

Jawapan untuk Hadi:
Rakyat lebih sanggup hidup di zaman kezaliman Mahathir daripada hidup di bawah kepimpinan kletokrasi, penyamunan duit rakyat, penyerahan negara kepada penjajahan ekonomi oleh kuasa asing hingga kelak menjadi hamba mereka dan penting juga tidak sanggup di bawah kepimpinan lebai yang menjual ugama.

Jom sama² bertaubat...



Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...