Wednesday, October 25, 2017

AMANAH TUNJUKAN PAS OUTDATED

Apabila dua musuh tradisi Tun Dr Mahahthir dan Lim Kit Siang boleh duduk semeja mengenepikan beberapa perbezaan untuk mempunyai satu missi, ia merupakan petanda politik sihat dan matang.

BERSATU dan DAP tidak sedikit pun tercemar dengan kerjasama tersebut kerana keduanya mempunya prinsip yang selari dengan Perlembagaan Negara seperti juga parti parti yang lebih umur dan uzur seperti umno dan pas.

AMANAH sejak awal penubuhan sudah pun mempunyai beberapa persefahaman dengan DAP dan keterbolehan duduk sama rendah dan berdiri sam tinggi dengan DAP menjadikan pas iri lalu melabelkan AMANAH barua DAP. 

Setakat itulah hujah yang mampu pas berikan tanpa pembuktian. Hujah sondolan sebegini seperti meludah ke langit, kini dia mengharap undi mca dan mic.



PKR masih kekal bersama dengan DAP tanpa ada abanglong kecuali rekaan versi umno yang muflis idea selain berbohong dan menghasut.

Jika PKR, AMANAH dan BERSATU tidak mempunyai masalah besar bekerjasama dengan DAP kenapa pula PAS yang memberi 1001 alasan...
Sehingga DAP melabel pemimpin PAS sebagai langsung tidak boleh dipercayai dan dipegang pada janji ???
Teruk benar status tu...


Oleh itu apa nilai yang pas ada sekarang untuk menggoda orang Melayu ?????
Isu hudud sudah basi apabila PAS sendiri kata tidak sesuai dan bukan perjuangannya, pulak dah !!!

RUU355, satu lagi versi PAS yang karut, kekal isu itu diperalatkan sekadar untuk mendapat nama memperjuangkan Islam hakikatnya sendiri bentang sendiri tangguh sendiri goyang , hakikatnya atas kepentingan politik....

Apa nak jadi pas oiii...
POLITIK MATANG YANG SAKIT...
Lebih wayang dari drama...

Tuesday, October 24, 2017

OLANG TAK MACAM OLANG, ANTU TAK SELUPA ANTU..


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecahkepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.

Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluhdua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuksyurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429)

Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. 

Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan tersebut.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung, with an open minded dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"

Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat kah?

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari

Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini. Lang mensilang Kui mengsikui maksudnya orang bukan orang hantu bukan hantu.

Musykil lagi?

Tanya sama itu Hud-hud!

Rasulullah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’

Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’

Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah (a.w).’

(Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll)

Kisah Burung

Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.

Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud.

Untuk sampai ke hadrat Si Muraq, mereka harus tempuhi tujuh lembah yang penuh halangan.
Lembah pertama adalah lembah keinginan. Di sini semua burung diminta bertaubat dan meninggalkan kehendak duniawi.

Lembah kedua adalah lembah kerinduan di mana semua burung perlu menyelami lautan api agar tubuh mereka terbakar.

Lembah seterusnya adalah lembah makrifat, di sini semua burung harus memilih jalan sendiri lantaran “terlalu banyak jalan menuju yang satu, dan setiap satu disediakan bagi jiwa yang sesuai dengannya.”

Di lembah kepuasan, semua tuntutan, semua nafsu duniawi harus ditanggalkan dari hati. Di lembah kesatuan, yang banyak menjadi satu.

Sebaik saja sampai ke lembah yang keenam, lembah kekaguman, burung-burung itu, yang sangat keletihan dan kebingungan, menembusi hijab berpasang-pasangan, dan mendapati jiwa mereka kosong. Hinggakan mereka menangisi, “aku tidak mampu berfikir lagi lantaran ghaibnya segala ilmu dari diriku.” “Aku curiga atas curiga ku ini, namun rasa curiga itu sendiri pun aku tak pasti, aku mendambakan, tapi siapakah yang sebenarnya aku dambakan?“

Akhirnya di hujung perjalanan, di lembah kefakiran dan fana, di mana segala sifat keakuan ditanggalkan dari diri mereka, mereka dipakaikan dengan jubah ketidaksedaran, menyebabkan mereka hanya meneguk ruh kewujudan.

Bila mereka berjaya mengharungi kesemua tujuh lembah, bila mereka berjaya meruntuhkan gunung keakuan, dan menanggalkan kecintaan terhadap segala ilmu, barulah mereka dibenarkan meneruskan perjalanan bertemu raja Si Muraq.

Dari beribu-ribu ekor burung yang memulakan perjalanan, hanya tiga puluh saja yang berjaya mengharungi segala payah jerih. Dengan kepenatan yang tak terhingga, dengan perasaan kehinaan yang tak terkata, mereka dibawa berjumpa dengan raja segala burung. tapi apa yang mereka dapati bukan raja segala burung, tapi bahkan refleksi diri mereka sendiri dalam cermin diri.

Si Muraq, ataupun sirmurgh, adalah perkataan parsi yang bermaksud tiga puluh ekor burung. Maka di sini, di penghujung jalan, burung-burung itu berhadapan dengan realiti, berhadapan dengan refleksi diri, walaupun mereka telah mengharungi perjalanan yang panjang dan segala payah jerih, yakni, yang sebenarnya mereka cari adalah ‘diri mereka sendiri‘ dan ‘diri sebenar diri‘.

Wahai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau redha dan diredhai (di sisi Tuhanmu)! 
(Surah Al-Fajr ayat 27-28)


MUKADDIMAH BAJET 2018


Itu baru mukaddimah biasa menjelang PRU, bersungguh sungguh benar, sebagai kerajaan itu bukan pekikan dan laungan yang ditungu rakyat, ia sepatut sudah dilaksanakan....

Yang boleh berjanji hanyalah pembangkang untuk mendapatkan kuasa memerintah...
Kerajaan tidak perlu terpekik dan melaungkan janji...sebaliknya melaksanakan dan menguruskan negara  sehiggga rakyat puashati dan berterima kasih...
Jika kerajaan gagal..kerajaan baru perlu diberi peluang, itulah demokrasi, negara ini milik rakyat, bukan sdn bhd.

Di bajet 2018 nanti rakyat percaya banyak insentif dan segala bentuk projek akan dirancang untuk rakyat.

Tetapi apakah DS dan pemimpin umno tahu apa sebenarnya yang rakyat mahukan???

Apakah DS boleh ujudkan semula integriti kerajaan yang sudah musnah di mata rakyat???

Apakah di bajet nanti, DS akan umumkan semua pemimpin kerajaan dan parti BN akan infak semua harta benda mereka selama menjadi pemimpin politik untuk membantu negara.

Kerajaan juga perlu mendapatkan semula mana mana wang di luar negara yang disembunyikan oleh rakyat melalui penggubahan wang haram.

Tangkap dan bawa pulang Jho Low, RPK, Sirul dan beberapa nama lagi untuk dibawa ke muka pengadilan di dalam negara.

Begitu juga rakyat berharap kadar GST dikurangkan, pengawalan harga petrol yang lebih rendah dan stabil.

DS wajar juga memberi peruntukan yang besar kepada semua agensi termasuk PERMATA untuk melancarkan program pendidikan tolak korup yang kini sudah jadi amalan rakyat Malaysia.

Bajet bukan sekadar suntikan wang, wang,wang tetapi wajib sekali suntikan akhlak dan amanah supaya tidak gelap mata dengan peruntukan belanjawan.

Sekali lagi, diulang..setakat manakah DS tahu dan faham apa yang rakyat mahukan dari kerajaan dan kepimpinan sekarang untuk menyelesaikan banyak isu dan selamatkan Malaysia (?)

Bajet 2018 jika terlebih gula sekalipun hanya sekadar mempercepatkan matinya  semut.


NEGARA JHO LOW

Bukan mustahil jika sebuah negara baru ditubuhkan, atau sebuah negara diambilalih dan dinamakan Negara Jho Low atau Republikan Of Jho Low atas kuasa wang.

Banyak pulau pulau berselerakan dan dengan sedikit wang kepada pemilik negara asal, pulau itu dimiliki atas dasar free enterprise.
Begitu juga tambakan pada sesebuah negara boleh diberi kuasa autonomi kepada pemajunya atas alasan itu bukan tanah asal.

Manusia korup memiliki fikiran korup walaupun di atas tikar sejadah, mempersembahkan iman yang korup.

Monday, October 23, 2017

PESANAN BUAT LELAKI MIANG

Mana mana lelaki muda atau tua yang memang kaki bertina, kaki pelacur, ringan atau berat atau memang jenis gatal atau bergatal...

Jangan PURA PURA dizalimi, dianiayai bila pekung tersingkap, gambar, vedio...edit ke tak edit...memang sah samada 10% betul atau 100% betul.

Akui sahaja sikap binatang memang ada pada awak, kalau tersingkap, itu baru mukaddimah di dunia..

Kalau ada yang nak tolong cover, tu kira sama species le tu..

DARI 600 KE 3000 - KU NAN BUAT APA (?)

Lanjutan pendedahan isu 9 Dragon,  PPIM menyebut peningkatan pusat perjudian dalam tempoh dua tahun dari enamratus ke tiga ribu di lembah kelang. Menteri yang berkaitan adalah Azmin dan Ku Nan selain KPN.

Bagaimana secara maya (?)
Saban hari anak muda bank in ke pusat perjudian untuk judi online. Apa Salleh Keruak buat (?)

Pendedahan oleh bukan berkepentingan politik menunjukkan pincangnya pengurusan negara dalam semua segi.



Bukan setakat ketirisan ekonomi tapi kebocoran gejala sosial dan keselamatan.

Selepas dilabel negara korup, apakah mungkin selepas ini negara perjudiaan dan yang sedang menunggu, pusat dadah, pusat perdagangan manusia, pusat pelacuran, pusat pengganas.

Semuanya perlu ditangani oleh pemimpin yang amanah dan berakhlak.



MALAYSIA BELUM BANGKRAP KE (?)


Morally (?)
Sebut mana menteri yang bersih (?)
dan mana menteri yang berani mengaku diri bersih (?)


life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...