Wednesday, January 6, 2010

Anwar Nak Cepat di Mahkamah Syariah selepas GAGAL

http://anwaribrahimblog.com/2010/01/07/kenyataan-media-dato-seri-anwar-ibrahim-selepas-memfailkan-tuntutan-agar-tuntutan-qazaf-tidak-dilengahkan-lagi/

Tarikh: 7hb Januari 2010

Pagi ini saya telah memfailkan suatu Permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur terhadap tiga pihak iaitu, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (“KPS”), Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (“JAWI”) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Hj Jamil Khir bin Baharom.

Permohonan saya tersebut adalah lanjutan daripada Qazaf saya bertarikh 9 Julai 2008 kepada Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan JAWI terhadap MSB yang telah membuat suatu pengataan palsu bahawasanya saya telah melakukan perbuatan liwat ke atas dirinya pada tarikh 26 Jun 2008.

Sebagai seorang Islam saya berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baik saya daripada dicemari seperti yang dijamin oleh Hukum Syarak.

Saolannya:

Kenapa Anwar mengambil masa terlalu lama dari tarikh permohonan pertamanya (9/7/08) untuk membuat permohonan baru (7/1/10) di Mahkamah Tinggi Syariah sedangkan dia mampu membuat beberapa kali penangguhan di Mahkamah Tinggi Sivil.
Apakah dia hanya membuat laporan baru (7/1/10) selepas segala usahanya GAGAL di Mahkamah Tinggi Sivil ?

Sebagai seorang Islam yang berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baiknya, dia tidak pula mempercepatkan kes itu di Mahkamah Tinggi Sivil sebaliknya ditangguh beberapa kali dengan pelbagai permohonan?

5 comments:

  1. kita tenguk apa yang ada dalam mahkamah
    Makamah tinggi syariah ????sabar.....
    Kita sudah tenguk di mana bukti-- doktor sudah pasti tiada perlaku liwat...sekarang nak bukit pada DNA sahaja.....(DNA boleh dipalsukan)ALLAH SENDIRI AKAN TUNJUKKAN BUKTINYA NANTI ...MCM DULU JUGA..SABAR....TUHAN AKAN BUKTIKAN DENGAN KEMARAHANYA.......SABAR....

    ReplyDelete
  2. 3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasm...kucup tak kembang-kembang????

    ReplyDelete
  3. DNA boleh dipalsukan ?

    Ada kemungkinan DNA Saiful dipalsukan?
    Ada kemungkinan DNA anak Shamsidar/Azmin yang dikaitkan dengan Anwar dipalsukan?

    Anwar bertindak atas 'pengalaman'?

    ReplyDelete
  4. Nuar adalah penakut orgnya.hanya tuntut adil berkenaan dirinya..cmne dgn saiful...pengalaman apa..Nuar 2 bertindak atas pengalaman dia biasa menipu/putar alam dari alam dia student lg..sorry aku nk pecaya..perosak keamanan pya org/Nuar peliwat

    ReplyDelete
  5. mana kita tahu anuar bohong..mana kita tahu anuar salah....mana kita tahu anuar betul,mana kita tahu saiful bohong.....mana kita tahu saiful salah.....mana kita tahu saiful betul?jangan khilaf mentafsir..kat akhirat kita terbabit..masa tu mulut tak bercakap..dikunci ALLAH SWT. fitnah itu umpama membunuh 1000 orang muslim..

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...