Friday, January 18, 2013

2 perkara yang tak perlu pelik tapi pelik...

Pertama soal pengedaran bible kepada murid sekolah rendah di pulau pinang.
Kenapa nak pelik - desakan puak kristian penggunaan kalimah suci Allah adalah perkara pokok, perkara akidah -  tetapi sudah ada kompromi parti pembangkang ia boleh digunakan.
Jika isu utama boleh dikompromi - maka pengedaran adalah isu kecil.

Kedua, Nik aziz minta parti komponen pembangkang menerima keputusan majlis syura berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam terjemahan Bible kedalam Bahasa Melayu.
Siapa Nik Aziz? Siapa Majlis Syura yang perlu dipatuhi oleh komponen pembangkang sedangkan sebelum ini sudah ada persetujuan rasmi dari ketiga-tiga parti yang diwakili oleh Presiden dan Penasihat parti.
Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli PAS dan bukan untuk komponen pembangkang - Apa wayang yang dimainkan Nik Aziz atau satu lagi kedangkalan syok sendiri.

menolak isu politik di atas - bilakah? bolehkah? fisabilillah diistiharkan sekarang.....atau nak tunggu putrajaya milik dap?

3 comments:

  1. Suatu hari(dalam 2 tahun yg lepas, tak berapa ingat tarikhnya))ketika berada di rumah saudara di Kg Melayu Kluang, rumah tersebut dikunjungi oleh 2 belia(seorang lelaki & seorang perempuan) dari sebuah gereja di Kluang Baru. Mereka bertanyakan samada ada kanak2 dirumah dan menjemput ahli2 dalam keluarga untuk menyertai keramaian di gereja tersebut; ada makanan halal, permainan dan hadiah khas untuk kanak2. Sebelum beredar, mereka berpesan supaya membawa kanak2 ke majlis itu sambil menyerahkan kupon(untuk makanan??untuk hadiah??..dah lupa) dan siap membacakan doa untuk kesejahteraan ahli keluarga di rumah tu.
    Gereja tersebut di Kluang Baru, di belakangnya ada pokok besar dan kedai makanan orang Melayu. Tak tahulah sejauh mana kegiatan yang mereka jalankan sehingga kini...
    EVLee@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Kebaikan gereja tersebut ialah menggantikan gerai mee rebus yg kena dirobohkan semasa pembinaan gereja tersebut kpd sebuah gerai yg lebih bear, kukuh Dan selesa hingga sekarang.

    Kebaikan tetap satu kebaikan.

    Motif mereka halus...

    ReplyDelete
  3. Sebenar da agenda lebih bersar yg melayu tak nampak..meka buat melayu dan bn leka..dgn isu saja di war warkan itu..

    ReplyDelete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...