Monday, July 1, 2013

SPR tipu PKR sahaja..

Suruhanjaya Pilihanraya terutama di pilihanraya 13 yang lalu kini menjadi sasaran pembangkang untuk ditelanjangkan bagi menggambarkan bahawa mereka kalah disebabkan 'penipuan' SPR bersekongkol dengan UMNO. Sejauhmana kebenarannya?

1. Kenapa di PRU13 sahaja...kenapa pru11 dan sebelumnya tidak dipertikaikan hebat sampai ke tulang hitam?

2. Kenapa penipuan dikatakan berlaku selepas tewas dan tidak dibantah oleh pemantau pembangkang pada ketika dan saat penipuan itu dibuat seperti didakwa?

3. Kenapa anwar sendiri mengambil masa begitu lama untuk membuat laporan polis berhubung 'dakwat' ? tidak kepada dakwaan bangladesh atau black out. Adakah kerana dia perlu mengambil masa untuk menghilangkan semua kesan dakwat itu dijarinya?

4. Apakah SPR hanya 'tipu' PKR dan tidak menipu DAP atau PAS sehinggakan yang melenting hanya Penasihat PKR, Presidennya sendiri lebih banyak diam. 
Hadi Awang awal2 dah terima, Lim Guan Eng meloncat beruk bila pertahankan PP. 

Jawapannya hanya satu:

Sebab Anwar gagal ke Putrajaya.

SPR perlu diserang habis2an bagi menutup malunya dan Anwar sendiri tahu manamungkin dia akan jadi PM atas dakwaan yang tidak kukuh dan tidak bermoral itu. Cuma dia perlu 'nasi tambah dan lauk pauk' untuk meneruskan glamour politiknya. Siapalah Anwar kalau tak ada isu!!!!

No comments:

Post a Comment

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...