Tuesday, September 27, 2016

HISHAMUDDIN KJ PASANGAN SERASI

Kajian Institiut Darul Ehsan terhadap pengundi di Selangor menunjukan pemegang jawatan sekarang TPM tewas satu undi kepada Hishamuddin sebagai calon PM.

Walaupun satu undi tetapi sebagai pemegang jawatan TPM ia memberi gambaran yang kurang baik kepada Zahid sebagai tidak menyerlah aura dan penguasaannya sekarang.

Salah satu faktor utama yang diambil kira sudah tentu penguasaan Bahasa Inggerisnya yang kurang baik dan lancar.

Dalam krisis 1MDB,  Hishamuddin juga menampakan kematangan dengan menjarakan diri dengan Najib supaya dilihat tidak terlalu rapat,  yes man,  bersubahat atau tunduk ke lantai kepada Najib.

Hishamuddin tidak mahu jika politiknya runtuh, runtuhnya kerana dan bersama Najib dan kalau naik bukan kerana dijulang dan yes man semata mata atas hubungan keluarganya dengan Najib.

Dengan Kementerian Pertahanan di tangannya, dia lebih rasa selesa dan selamat. Sikap tidak gelojoh dan berangan angan untuk menjadi PM, Hishamuddin berjaya menutup banyak kelemahannya.

Dengan Kj di belakangnya sebagai pilihan ketiga popular,  Hishamuddin lebih serasi dengan Kj dan ini menjadikan Zahid tiada pasangan yang sesuai atau tercari cari.

Rahman Dahlan atau Jamal Sekinchan masih jauh di bawah.  Salleh Keruak tiada penyokong grass root untuk turun padang dan kesetiaan buta tulinya ke atas Najib sudah melekat. Anuar Musa dan Nazri sekadar kuda tua kaki sakit yang hanya menumpang.

Zahid akan menerima nasib yang lebih baik dari Muhyiddin jika berundur secara terhormat dengan sebab sebab kesihatan seperti yang terjadi ke atas Ghani Patail.

Jangan tunggu dan terpaksa berundur ketika dia pasti tewas jika bertanding Timbalan Presiden tahun hadapan.

Apa yang boleh membantu Zahid pada masa hadapan ialah jika ada satu lagi pak arab gila yang sanggup memberi derma ke dalam akaun peribadinya dalam masa terdekat atau api politiknya terpadam dengan hanya  sekali hembus.




No comments:

Post a Comment

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...