Thursday, October 6, 2016

BERAPA BANYAK DERMA DAAAA..

Ratusan juta kini status terbaru rasuah di kalangan pegawai kerajaan.

Kemungkinan besar ada kaitan dengan pihak atasan termasuk orang politik yang berjawatan. Logiknya kerana mereka dikawalselia oleh orang atasan dan procedure kelulusan sesuatu perkara dan projek kena melalui pihak berkenaan.

Apakah istilah "tidak tahu" boleh dijadikan alasan melepaskan diri. Dan mungkin sebab itulah "tak tahu" digunakan untuk memerangkap yang dibawah yang "tahu".

Pegawai Kerajaan sendiri perlu membuktikan bahawa rasuah yang mega dasyat ini sebenarnya lebih banyak dj kalangan mereka sendiri sendiri tanpa pengetahuan boss dan pak pak menteri atau sebenarnya kongsi makan tetapi yang kena hanya "sendiri".

Belum pernah kita dengar Ketua Setiausaha Kementerian,  Ketua Jabatan malah Menteri yang membuat laporan dia cuba dirasuah si polan dan si polan.
Pernah dengar Timbalan Ketua Pengarah buat laporan dia dicuba rasuah oleh Ketua Pengarahnya sendiri (?)

Yang kita mungkin dengar Pegawai Kerajaan dipecat,  ditukar atau diugut kerana tidak ikut arahan,  agak agak arahan untuk apa,  kebaikan atau keburukan (?)

Kita pernah dengar anggota polis cuba dirasuah tetapi menolak dan si perasuah itu ditangkap, didakwa dan dihukum.. Syabas dan tahniah.

Dan yang makan dedak walau dari mana team sekalipun, termasuk blogger tersohor atau yang makan gaji tu juga kena ingat,  itu juga rasuah...
Anda tulis atas dasar upah...

Sebab tu bila kes rasuah,  anda tak berapa nak tulis,  tak ada terasa hati nak ulas sebab sumber itulah juga yang anda makan..  Malah anda pertahankan atas alasan makan duit derma atas derma..

Berapa banyak derma daaa...

No comments:

Post a Comment

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...