Tuesday, September 26, 2017

MASALAH UTAMA DI NEGARA INI APA? BANGSA? UGAMA?






Yang melahirkan isu jenayah, Judi haram, ahlong, dadah, kemiskinan, kegagalan projek, membazir, pemimpin bermewah melebihi gaji, bencana alam, kenaikan harga barang, pengangguran, masalah sosial, kos sara hidup meningkat, kurangnya pelaburan dari luar negara, kejatuhan nilai ringgit dan semua permasalahan yang sedang melanda negara ADAKAH disebabkan oleh pelbagai anutan ugama dan perkauman bangsa?

.......


" Masalah  utama negara adalah rasuah dan urus tadbir negara yang korup " - KATA RAKYAT


.......

10 comments:

  1. Setuju dengan bro KD,

    Dua golongan yang apabila mereka rosak, maka negara dan masyarakat akan turut rosak bersama-sama mereka, iaitulah golongan pemimpin (yang sudah tentu diketuai oleh seseorang; dan di Malaysia adalah PMnya); dan golongan agamawan (yang secara konvensyen di dalam dunia Islam diketuai oleh seorang mufti; dan di Malaysia mufti-mufti setiap negeri)...

    Maka apabila sang pemimpin menjadi korup sekorup-korupnya daripada menipu, merompak mencuri, memungkiri janji, mengkhianati amanah, bukan saja amanah kewangan dan pemerintahan bahkan juga amanah agama, dan kemudian mempertahankan segala kekorupan itu dengan cara menggali lubang yang lebih dalam dengan mewujudkan kumpulan berbayar A9 yang kerja mereka hanyalah mmempertahankan penipuan, kemungkiran dan pengkhianatan itu dengan cara memperolok-olokkan, beralasan dan memutar belit)....

    Dan para agamawan terutama mereka yang memegang amanah umat dan dibayar pula gaji untuk tugas memegang amanah penjagaan agama ini, yang sekalipun mereka dapat melihat, mendengar dan merasai kerosakan-kerosakan ini, tetapi mereka memilih untuk berpura-pura buta, berpura-pura tuli, dan berpura-pura bisu..

    Dan ketika amaran-amaran kecil telah diberikan melalui kekuasaan yang bersifat mutlak daripada Allah (Act of God) daripada ribut, taufan, banjir dan seumpamanya tidak diendahkan dan dipandang enteng tanpa cuba menilai dan bermuhasabah akan asbab dann musababnya...

    Maka tunggulah apabila kebinasaan total didatangkan melalui alam (dibaca; Act of God) demi untuk melakukan pembersihan total golongan yang korup ini..

    Mudah-mudahan orang-orang yang tidakk bersubahat dengan mereka, terutamanya golongan yang menentang kekorupan ini, akan terselamat daripada kebinasaan itu pabila tempoh memberi amaran itu tamat dan 'ketetapan Allah' itu benar-benar tiba...

    وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا
    فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

    "Dan ketika Kami mahu membinasakan sesebuah negeri, Kami perintahkan orang-orang besarnya (supaya taat) dan mereka melakukan kefasiqan (kerosakan dan pendurhakaan besar yg berterusan) di dalam negeri itu, maka berhaklah ke atas negeri itu ketetapannya, maka Kami binasakan negeri itu sebinasa-binasanya." Al-Isra : 16..

    Aduh.. Siapakah yang akan menyelamatkan para pendusta, pemungkir, pengkhianat dan pembela-pembela mereka apabila ketetapan itu tiba?

    ReplyDelete
  2. " Masalah utama negara adalah rasuah dan urus tadbir negara yang korup " - ???

    betul kd. memang masalah utama negara kita adalah korupsi. tapi jangan leka sampai tersalah pandang pulak. ada berapa ramai pm yang dipunyai oleh negara kita sejak merdeka? maknanya lagi lama seseorang pm itu memerintah maka lebih besarlah beliau terpalit dengan isu korupsi. samada korupsi yang dilakukan sendiri atau pandang sebelah mata amalan2 korupsi yang dilakukan oleh rakan2 dan kaum keluarga sendiri.

    ada bangkangan?

    kalau pm sekarang dituduh korupsi, begitu juga dengan pm2 terdahulu termasuk yang paling lama memerintah. so, rakyat kena bijak memilih parti dan calon pm menjelang pru akan datang. adakah pm sekarang dan parti beliau perlu diberi kepercayaan semula? atau adakah bekas pm yang sekarang memimpin gabungan parti pembangkang perlu dipercayai semula? atau memilih parti lain yang belum pernah membentuk kerajaan pusat tetapi pemimpin utamanya tidak terpalit dengan isu korupsi dan kronisma...
    pilihan di tangan anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana-mana parti atau pihak yang masih menggunakan sentimen ugama dan bangsa untuk meraih simpati undi - kena tolak.

      Samada mereka berbohong atau sekadar gula² politik hakikatnya rasuah Dan korup punca segalanya.

      Dan Hari ini rasuah Dan korup merentasi ugama Dan bangsa.

      Delete
    2. Dangkalnya hujahan sdr usin, meletakkan masa berapa lama seseorang itu memerintah sebagai kayu ukur keterlibatannya dengan korupsi.

      'Lagi lama seseorang itu memerintah lagi korup orang itu' dari sudut bukti keadaan adalah pengakuan konstraktif sang pencuri yang khianat bahawa dia sememangnya seorang pencuri dan pengkhianat tetapi menjadikan alasan orang lain lebih lama dari aku jadi PM maka secara lohiknya orang itu lebih banyak mencuri dan khianat dari aku.

      Tapi itu hanyalah separuh ayat kebenaran saja. Ia tak lengkap tanpa separuh kebenaran lagi.

      Separuh lagi ialah pemikiran begini dipunyai oleh orang yang benar-benar mencuri dan khianat dari sudut psikologi sebab psikologi mengatakan bahawa seseorang itu akan selalu menganggap dan mempunyai wasangka bahawa orang lain juga adalah seperti dirinya.

      Tidak hairanlah apabila ia melobi untuk bertemu Trump dgn berbelanja jutaan ringgit maka dikatakan PM dulu juga melobi dengan wang jutaan ringgit untuk bertemu Bush. Itu saja buktinya.

      Dan tidak menghairankan juga apabila pendedak terutama Virgo pendusta tidak mampu untuk percaya bahawa kemunculan saya di sini adalah tanpa upah dan tidak didorong oleh upah mahupun ganjaran di dalam apa-apa bentuk sekalipun walaupun untuk kemasyhuran (nama pun bermaksud 'si fulan' , boleh jadi sesiapa saja), disebabkan di dalam otak kepala dan jantung hati Virgo hanya memikirkan 'dedak, dedak dan dedak'.

      Kasihan sungguh golongan ini, menyedihkan..

      Delete
  3. Salam sdr KD dan pembaca sekalian,

    Saya baru berkesempatan melihat komen balas Virgo ke atas komen balas saya ke atas komennya yang suka menghina umur Tun M pada entry yg lepas. Berikut komennya:-

    -------------

    AnonymousMonday, September 25, 2017 6:59:00 PM
    12.33 betulllllll

    Tak selamanya Atok Tua tu nk menongkat langit.
    Tak selamanya Atok Tua tu nk org dengar cakap dia je.
    Tak selamanya Atok Tua boleh kencing semua orang.

    Cuba ko fikir Jing..
    Betul tak?


    john doeMonday, September 25, 2017 9:13:00 PM
    Virgo,

    Aku punya alasan yang kuat untuk percaya bahawa kamu akan lebih dahulu dipanggil pulang oleh Allah berbanding atok tua itu.

    Bersaksilah perkara ini aku telah sebut terus kepada kamu.

    Kelak sekiranya ia benar-benar berlaku (dan aku percaya 99% ia akan berlaku) maka bersaksilah bahawa aku telah memberikan kamu peringatan ini.

    Sesungguhnya peringatan yang diberikan tidak pernah sia-sia. Sekiranya yang diberi peringatan itu tidak sempat mengambil peringatan sekalipun, yang memberi peringatan itu kelak akan menjadi saksi di hadapan Allah bahawa si penerima peringatan yang engkar lagi sombong itu sebenar-benarnya telah diberikan peringatan.

    Supaya kelak mereka tidak lagi punya alasan di hadapan Allah.

    Delete

    AnonymousMonday, September 25, 2017 10:10:00 PM
    john doe Monday, September 25, 2017 9:13:00 PM

    Aku dh screenshot komen kau ni. Report Polis akan aku buat. Bukan takut tp aku nk tengok adakah ini satu ugutan. Kau tunggu. Aku rasa dh ada kes ni. Klau terjadi ape ape kt aku pihak berkuasa dh ada cluenya.

    Harap Maklum..
    Jgn cakap aku tak bgtau ye Doe.

    -----

    Komen balas:-

    1. Saya tidak mengenali Virgo dan tidak berminat untuk mengenali siapakah si pendusta ini.

    2. Kalau nak tahu apakah maksud saya apabila berkata 'saya percaya Virgo akan dipanggil pulang terdahulu' lihatlah komen saya di 6:43 pm di atas. Disebabkan mereka ini termasuklah VIRGO sedang mengundang bala bencana melalui 'Act of God' akibat berterusan mempertahankan penipuan dan kebathilan. Dalil malah telah diberikan. Apakah Virgo tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan apakah pihak polis juga tidak percayakan peringatan yang diberi melalui ayat-ayat Allah? Wal'ayazubillah.

    Oooh, rupanya orang yang gemar memanggil segala gelaran buruk kepada orang lain seperti anjing dsbgnya dan berbangga menggelar dirinya 'pencuit Doe' dan memanggil saya dengan 1001 gelaran buruk telah sentap dengan komen balas saya ke atas komen balasnya menghina orang lain termasuklah menghina umur orang itu.

    انا لله وانا اليه راجعون

    والله يعصمني من الناس

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai nak bereport report polis la pulak, bukannya bro john ugut secara physical atau bercadang mengancam melalui tulisannya, hanya niat bro john mengingatkan akan balasan akibat daripada perbuatan kau tu virgo! Itupun kau x boleh nak faham, x payahla nak berhujah lain kali! Buat malu kaum jer!

      Delete
    2. Bro Macy,

      Selain mengiktiraf dirinya sbg 'Pencuit Doe', dan taglinenya 'Tikus mencuit lagi' setiap kali melakukan provokasi ke atas saya (semasa itu ia belum muncul sbg VIRGO LARA dan saya gelarkannya tikus sebab dia guna anon dan anonyMOUSE bermaksud orang yg menyorok, sama sifat seperti tikus). Selepas itulah saya gunakan TIKUS ke atasnya sbg nama khas. Selepas ia muncul sbg VIRGO LARA maka saya panggilnya Virgo, 'tikus' juga gemar melaknat di sini. Apabila ditegur ia telah menggunakan nama Abdillah dan mendoakan laknat ke atas saya pula. Ini buktinya:-

      -------------




      Wednesday, August 02,
      Kamu bercakap benarlah siapa sebenarnya Mahathir Mohamed LAKNATULLAH dan bagaimana wataknya semasa memerintah negara selama 22 tahun.. berapa ramai yang dibunuh keranannya berapa ramai yang sengsara kerana kezalimannya berapa banyak wang negara dirompak dihanguskan dan penyamun-kroni di lahirnya begitu banyak sehingga skrg ia menjadi 'benteng' konon atas nama kleptokrasi

      Wahai talibarut Mahathir, John Doe LAKNATULLAH.. kamu ialah makhluk yang JAHIL MUROKAB lalu kamu berlagak 'tawadhuk' kunun-kunun untuk memukau dan psiko orang yang membaca kunun2 kamu juga 'baik suci' macam 'potray' Mahathir Mohamed LAKNATULLAH.. sedangkan watak kamu selama ini tak henti-henti memaki hamun menghina memfitnah pemimpin UMNO, Najib Rosmah apakah Allah SWT tidak nampak?

      Dan wahai John Doe LAKNATULLAH.. kamu munafik yang berpura2.. dan usah kamu perkudakan nama Allah SWT atau Agama untuk menipu.. sedangka kamu cuba mengungut Tuhan Yang maha Esa pula secara tak langsung.. APA 3 HARI?? Siapa kamu nak letak tempoh 3 hari?

      Org yang bersumpah atau apa2 jua laknat berserah pada Allah SWT berapa minit kah jam kah hari kah tahun kah atau di Mahsyar kah itu semua kuasa dan kehendak Allah SWT..

      Khurafat apa yang kamu sedang amal dan tunggu ini wahai John Doe LAKNATULLAH?

      cakap? apa dia ni 3 hari? khurafat.. sesat lepas tu mengacah2 macam filem hantu..

      sehingga malam keberapa pun Hanya Allah SWT Maha Berkuasa menentukan Kehendak-Nya Pembalasan-Nya bagi golongam yang Munafik yang berpura dan zalim ini!

      Inilah rupa2 macai Mahathir Mohamed LAKNATULLAH. mereka boleh bertukar-tukar topeng.. semoga kamu John Doe dan Mahathir LAKNATULLAH akan menerima pembalasan Allah swt.. mengajar manusia menghina ulul Amri membelit, menghina pemeritah dan kamu tak belajar Agama kenal Allah kamu cedok2 pakai kopiah lagak alim seperti Mahathir Mohamed LAKNATULLAH mengutuk menghina Peguam Negara baru2 ini.. seolah2 dia jadi tuhan pulak!!

      John Doe LAKNATULLAH

      Mahathir Mohamed LAKNATULLAH!

      Aminn ya mutakkabir ya alim ya azeez ya robbal Alaim semoga Ya Allah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Berkuasa, patahkan dan musnahkanlah kekuatan dan pengaruh serta dakyah jahat Mahathir Mohamed LAKNATULLAH bersama kumpulan mereka yang tak henti-henti mencetuskan permasalahan pada umat Melayu dan Islam!
      ALLAHU AKBAR!!
      ALLAHU AKBAR!!
      ALLAHU AKBAR!!

      ---------------

      Komen awal saya di atas tadi hanya menjawab tuduhan si Virgo bahawa saya telah mengugutnya. Saya terlupa pula untuk memberi peingatan balas kepada amarannya kpd saya.

      Ini peringatan balas saya kpdnya:-

      VIRGO si pencuit Doe,

      Aku tak punya keupayaan untuk menghalang kamu membuat repot polis walaupun aku tahu aku tidak melalukan sebarang kesalahan undang-undang sedangkan kamu yang banyak melakukannya (isu lain), walaubagaimanapun ini PERINGATAN @ AMARAN BALAS aku kepadamu:-

      Berhati-hati dengan apa yang kamu pilih untuk lakukan, ditakuti kamu hanya akan 'mempercepatkan tempoh Al-Isra :16 khusuasuntuk diri kamu..

      Jangan cakap aku tak beri peringatan..

      Delete
  4. Ada ke hujah pro 5p berkredibiliti..

    Sekadar spin fitnah Tun,
    Tun cabar saman tak juga..
    RCI forex kantoi..terjerit melolong. Takkan Tun nak jawab ikut skrip dedak.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih KD kerana memberikan soalan jitu terhadap MahaKUTTY Al-Munafiq!

    ReplyDelete

AGI IDUP AGI NGELABAN