KUALA   LUMPUR 22 OGOS : Pilihan raya umum ke- 13 tidak boleh diadakan selagi   Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) belum selesai melakukan reformasi   terhadap sistem pilihan raya negara ini, menurut Pensyarah di Jabatan   Pengajian Media Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah.
Dr.  Abu Hassan berpandangan Perdana Menteri Najib Razak  harus menyelesaikan  segala tuntutan rakyat dan apa sahaja isu  berbangkit termasuk mencapai  matlamat penubuhan PSC terlebih dahulu,  sebelum mengadakan pilihan raya.
“Proses  pilihan raya tidak boleh berlaku setelah  penyelesaian-penyelesaian dan  kritikan pilihan raya di negara ini  diselesaikan terlebih dahulu oleh  jawatankuasa khas parlimen (PSC) ini  kerana itu adalah matlamat yang  sebenarnya.
“Kita harus melihat proses  transformasi politik dan juga  melihat pihak kerajaan mengatakan setiap  perkara harus melakukan  transformasi sama juga dengan suruhanjaya  pilihan raya (SPR) setiap  perkara harus mempunyai transformasinya,”  katanya ketika dihubungi TV  Selangor tadi.
Lagi satu mangkuk yang bercakap ikut sedap mulut pembangkang. Berapa ekor rakyat yang keluar menyokong perhimpunan haram Liwat 2.0 hari itu dengan majoriti rakyat yang tidak menyokong. 
Perlembagaan negara mensyaratkan pilihanraya umum 5 tahun sekali nak letak dan buang mana sekadar alasan remeh temeh pembangkang.
Kalau pembangkang gagal PRU13, tunggulah PRU14, apasal gelojoh sangat kalau rasa diri hebat dan benar.
Kerajaan tidak wajar layan mulut2 busuk yang tidak pernah puas hati dan bersyukur apa pun.
 
 
 
No comments:
Post a Comment