Friday, June 11, 2010

Perwakilan PAS tanpa penginapan..

Hari pertama di PUTIK, ketika sedang meninjau ninjau tapak jualan, bertembung pula dengan perwakilan PAS dari satu Bahagian dari Johor, sembang punya sembang, rupa rupanya nya mereka tidak disediakan penginapan atau apa apa tambang untuk perwakilan, semuanya sendiri tanggung. Itulah jihad namanya - kata mereka.

Ana bersetuju dengan pengorbanan mereka, sejauhmana samarata dengan perwakilan dari negeri2 lain?

Lalu anak tumpangkan mereka di ofis ana cawangan Kelantan, depan Renai Hotel - ofis tapi lengkap untuk segala keperluan penginapan untuk sekadar satu atau dua famili (ala homestay), kepada sesiapa yang tak ada penginapan di Kota Bahru, hello hello lah ana di sini. Tanggung bereh.

Malamnya pula ana bertemu seorang Setiausaha Pemuda satu bahagian UMNO Kelantan, dia mengakui itulah kehebatannya perwakilan PAS, mereka guna duit sendiri tapi kalau UMNO, jangankan perwakilan, pemerhati pun 'demand' hotel. Itu baru Perwakilan Pemuda, belum lagi Wanita, Puteri dan Bahagian itu sendiri. Puluhan ribu ringgit hanya habis untuk penginapan dan kos pengangkutan sahaja.

Jadi kedua dua pihak (UMNO dan PAS) fikir fikirkanlah supaya keadaan lebih seimbang.

Monday, June 7, 2010

promosi Utusan Malaysia

Utusan Malaysia hari ini memberi promosi hebat kepada kerajaan Barisan Nasional sebagai Kerajaan BELUM MUKTAMAD di muka depannya.
KUALA LUMPUR 7 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.... Berita Penuh

Jika keputusan pun perlu ambil masa sebelum di muktmadkan, bila pula perlaksanaannya akan bermula.

Kerajaan harus senaraikan semua projek atau perancangannya yang Sudah Dimuktmadkan dan Yang Belum Muktamadkan untuk rakyat mengetahui kedudukan sebenar.

Kenapa pula beberapa faktor kerajaan menunggu reaksi rakyat sedangkan dalam beberapa perkara lain, kerajaan terus buat keputusan muktamad. MECD kenapa dihapuskan dan sampai kini apa gantiannya yang jelas dan jitu???

Sunday, June 6, 2010

Mahathir masih mendahului..

Mahathir dah bersara, tapi masih mendahului sumbangannya kepada negara dan dunia.
Masih ramai yang sudah lama bekerja: Samy Vellu sedang bergelut dan hilang moral.
Chua Soi Lek: Masih teraba ( memang kaki raba pun) dan mencari penawar untuk MCA mendapat semula sokongan kaum Cina - memang dah tak ada harapan: Sebagai alasan: tembak siapa sahaja, termasuk UMNO dan PERKASA.
Yang baru bekerja: sebok menghitung masa depan politik nak jadi kroni pada pemimpin utama mana.
Yang terlepas kerja: Sedang bergelut dengan kes peribadi, belum terlewat walaupun sudah dituduh liwat.
Yang tua: Masih nak pertahan saki baki pengaruh dan kuasa yang ada walaupun fatwanya dah kurang 'umpphh..'
Pemimpin utama: Siang malam fikir apa lagi slogan untuk rakyat terpesona..
Pemimpin pembangkang: memasang cita cita..

Kepada yang anti-Mahathir : banyakan bersabar...

banyak lagi...

Friday, June 4, 2010

Pelanggan tidak bersikap adil terhadap mahkamah..


















Sejauh
manakah mahkamah
adalah tempat kita mencari keadilan???

Hari ini pelanggan2 mahkamah
datang hanya membayar satu tiket di kaunter (daftar kes) dan kemudian berduyun duyun masuk untuk menunjukkan pelbagai aksi zoo mereka?

ADA SESIAPA LAGI NAK BERDEMO...

Israel tetap halang kapal bantuan aktivis

05/06/2010 2:55am

BAITULMAQDIS 4 Jun - Israel akan tetap menghalang sebuah kapal bantuan yang disertai beberapa aktivis daripada menghampiri sempadan Gaza, Kata Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman hari ini.

Kerajaan rejim Zionis itu tetap berkeras menghalang kapal bantuan, Rachel Corrie daripada menghampiri perairan Gaza walaupun menerima tekanan antarabangsa ekoran serangan ganas tentera mereka terhadap sebuah lagi kapal bantuan, Mavi Marmara hingga menyebabkan beberapa aktivis terkorban Isnin lalu.

“Kami akan tetap menghalang kemaraan kapal itu (Rachel Corrie) dan mana-mana kapal yang cuba mengugat kedaulatan negara ini.

“Kapal Rachel Corrie tidak akan sama sekali diberi peluang untuk menghampiri perairan Gaza,” kata Lieberman kepada stesen televisyen tempatan. - Reuters

Thursday, June 3, 2010

Akujanji

Berita terkini: 8pm 4jun10

KJ sudah bersedia dilantik jika PM sokong dan bersetuju untuk dia menjadi Menteri 100 Kapal, misi ke gaza membawa bekalan makanan.
Ideanya: Israel tidak mampu menahan atau mengganggu jika 100 kapal belayar dari seluruh dunia menuju ke Gaza.
See: Pemikirannya memang hebat...





Saya Polan bin Polan

dengan ini membuat
aku janji dan berikrar
dengan sesungguh dan sesuci hati
bersetuju untuk bertanding
jawatan Ketua Pemuda
1UMNO 1Malaysia
untuk bangsa, ugama
dan negara
Saya berjanji jika menang
akan berjuang
jawatan dan pangkat
untuk diri sendiri
Jika tak dapat
Saya akan gunakan
Ketua2 Pemuda Negeri
Untuk Mendesak Perdana Menteri

Yang Terdesak
Kera Jantan

Kg Baru - Antara Mimpi dan Realiti

Kg. Baru bukanlah sekeping tanah milik kerajaan yang boleh dibangunkan esok paginya atas perancangan yang dibuat hari ini.
Kabinet dan kerajaan hanya boleh membuat cadangan yang pastinya akan dibentangkan dan dibuat pindaan berkali kali kerana hakikatnya Kg Baru adalah milik individu2 yang terdiri dari pelbagai fahaman politik, ideologi dan status.


Berdasarkan senario politik Malaysia hari ini di mana PAS, UMNO dan Melayu PKR tidak pernah menunjukkan kematangan mereka untuk duduk semeja mencari jalan penyelesaian dan merapatkan jurang perbezaan pendapat, pembangunan Kg Baru akan tinggal perancangan di atas kertas sahaja untuk tempoh berbelas atau berpuluh tahun lagi.

Untuk apa sekarang kita bertelagah?!

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...