Wednesday, June 8, 2011

Negara Kebajingan..semua bersetuju ke?


Selepas PAS membatalkan hasrat Negara Islam kerana gentarkan Karpal sejauh mana Negara Berkebajikan yang dilaung oleh Hadi dan kini jadi perjuangan PAS disambut setuju oleh lain lain rakannya seperti PKR dan DAP. Apakah mereka sanggup korbankan NegaraGay dan NegaraKapirun untuk memberi laluan kepada Negara Kebajingan.

PAS kena pastikan mereka setuju sebelum jutaan rakyat dan ahli UMNO ingin beralih menyokong mereka.

Hadi malu2 anjing...



KUALA LUMPUR 7 JUN : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh pakatan pembangkang.

Hadi Awang tidak perlu malu malu anjing untuk membuat pengakuan berminat untuk jawatan PM jika benar benar mahu menang pilihan raya ke 13 ke arah Negara Kebajikan seperti yang diperjuangkannya. Tidak mungkin Negara Kebajikan akan ujud jika Anwar atau Bedul bin Lim Kit Siang yang menjadi PM kerana mereka mempunyai cita dan selera yang berbeza.

Sekurang kurangnya Hadi boleh tawarkan kepada Mat Sabu bagi pihak PAS sebagai PM atau ajak ajak ayam pada Nik Aziz. Hadi perlu serius kerana orang Melayu sudah nak beralih kepada PAS dari UMNO.


ATAU PENGAKUAN ITU SEBAGAI MAKSUD PEMBANGKANG TIADA PELUANG KE PUTRAJAYA, SEKADAR ANGAN ANGAN.

Tuesday, June 7, 2011

Persamaan tetapi tidak serupa Najib Anwar

Benda ini remeh temeh, betul ke remeh temeh ??

1. Najib diberitakan ke Kazakhstan untuk lawatan rasmi negara sambil tu 'meninjau' bakal menantunya. Tak kesahlah bakal anakantu tu anak Presiden atau anak Tukang Kebun tetapi pokok nya Najib gunakan soal peribadi dengan menumpang duit rakyat/kos lawatan - setakat ini belum ada dpengesahan kebenaran berita tersebut.

1:1 Ada yang berpendapat, itu biasa, tak kesah, kebetulan bla bla bla... Tak perlu pun Najib minta maaf atau melepaskan jawatan.

2. Ingat lagi tak satu kes bekas Ketua Siasatan Jenayah PDRM dituduh di mahkamah kerana menggunakan helikopter meninjau 'kawasan tanahnya' ketika dalam tugas???

3. Anwar diberitakan selepas bertwit-ter, telah melepaskan tensionnya di atas perut amoi tanpa menggunakan sesen pun duit rakyat, berita itu kini disensasikan - setakat ini PDRM belum mengesahkan siapa pelakunya.

3:1 Anwar didesak membuat pengakuan dan melepaskan jawatan.

4. Di mana persamaannya, di mana yang serupa, di mana perbezaannya.

Monday, June 6, 2011

Ada yang tumpang DAP....Siapa yang tidor dengan PAS..


Hari hari kita dihidangkan dengan cerita melayu dan Islam Malaysia dalam keadaan serba lemah, goyang, porak peranda dan huru hara. Malah hari hari mendatang juga melayu dan Islam sering diperingatkan dan berjaga jaga bahawa satu tsunami, satu malapetaka, satu bencana sedang menunggu mereka.

Tetapi ada juga sebahagian Melayu dan bumi lain disaji, disogok dan dijanjikan bahawa melayu dan bumi akan lebih baik jika pemimpin Melayu dan bumi yang sekarang banyak rasuah, banyak naik harga, banyak kroni, banyak menindas ini ditumbangkan. Pemimpin Melayu dan bumi ini minta diberi peluang untuk berkuasa kerana mengaku merekalah yang lebih baik, lebih bersih, lebih suci, lebih Islamik dan lebih adil, semuanya lebih... suatu tawaran istimewa yang boleh dipertimbangkan tetapi dengan syarat hidung mereka tidak dicucuk tali !!!

Berbeza pula dengan kaum kaum bukan bumi bahawa mereka diperingatkan dan terus diberi harapan bahawa hari ini dan hari hari mendatang kehidupan mereka akan lebih baik, lebih senang, lebih mudah malah lebih kaya dan bebas untuk terus tinggal di bumi Malaysia ini.

Ini menggambarkan bahawa dalam masa yang sama, hari ini dan hari mendatang di Malaysia akan ada dua keadaan dalam satu masa yang sama di mana kehidupan kaum bumi dan bukan bumi akan ada perbezaan.

Apakah sebelum ini, kaum bumi berada dalam keadaan yang lebih baik dari kaum bukan bumi? Apakah selama ini berlaku penindasan ke atas kaum bukan bumi? Apakah sebelum ini kaum bukan bumi hidup miskin dan merempat dan keadilan serta hak politik, ekonomi dan sosial mereka dinafikan oleh pemerintah?

Apa lagi yang sebenarnya mereka (bukan bumi) mahukan? Tidak lain dan tidak bukan melainkan hak keistimewaan orang Melayu Islam dan bumi dilucut, dilupus dan dimusnahkan dan sekaligus Perlembagaan dipinda.
Rakyat bukan bumi telah dipersepsikan oleh pemimpin 2 mereka bahawa Perlembagaan telah menindas dan mendiskriminasi hak mereka.. inilah senerio politik semasa yang membangkitkan undian mengikut kaum dan kerajaan sekarang dibenci.

Apakah perkara ini boleh diterima oleh kaum bumi? Apakah benar selama ini orang Melayu Islam dan bumi sekarang bergantung sepenuhnya kepada hak keistimewaan ini atau sebenarnya hak keistimewaan ini telah direbut oleh golongan bangsawan yang sepatutnya di agihkan kepada yang miskin dan berhak? Apakah orang Melayu Islam dan bumi akan terjejas jika pindaan perlembagaan dibuat pindaan?

Tidak ada pelik atau salahnya jika DAP, MCA, MIC dan Gerakan memperjuangan nasib dan hak kaumnya masing2 seperti juga UMNO yang 'memperjuangkan'(?) hak kaum bumi. Tetapi bagaimana PKR dan PAS?

Orang Melayu dan bumi perlu ingat bahawa perjuangan PAS dan PKR yang bukan berdasarkan 'kaum' merupakan satu keadaan yang cukup bahaya terutama dengan peralihan pucuk pimpinan sekarang yang malu mengaku sebagai 'Melayu' dan sudah nampak longgar dalam Islam dengan menolak golongan ulama.

Bagi orang Melayu Islam dan bumi yang menyokong kemungkinan Perlembagaan dipinda maka PAS adalah pilihan yang tepat kerana mereka mempunyai potensi untuk membuat pindaan perrlembagaan dan tidak mempertahankan Islam di dalam perlembagaan tersebut.http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/06/siapa-menang-siapa-kalah.html#more

PAS adalah satu satunya parti secara kebetulan mempunyai ramai ahli Melayu Islam tetapi perjuangan mereka tidak berdasarkan 'kaum dan ugama' secara total tetapi lebih kepada perjua ngan yang berasaskan 'kebajikan'. Situasi inilah membuatkan DAP cukup tertarik untuk terus bekerjasama dengan PAS demi cita cita mereka untuk untuk merealitikan perjuangan mereka termasuk pindaan Perlembagaan. Apakah DAP, MCA, MIC dan Gerakan mahu menafikan matlamat ini ???

Sedarkah UMNO siapa 'kawan' mereka yang tidor sebantal tetapi mimpi masing2...

** Penulis berpendapat perjuangan berasaskan kaum juga sesuatu yang sangat merbahaya tetapi Perlembagaan telah menetapkan garis panduan yang jelas tentang hak dan persamaan kaum dan ugama lain. Keadilan sosial akan menjamin kehidupan yang lebih harmoni. Perlaksanaan perlu dipantau supaya hak keistimewaan orang Melayu tidak dirompak oleh golongan bangsawan. Rasuah dan kroni akan tetap berlaku walau siapapun yang berkuasa tetapi iltizam dan undang2 boleh meminimakannya.

Sunday, June 5, 2011

Mana tong sampah BN untuk rakyat buat 'aduan'.

Ada tiga langkah penting untuk kerajaan laksanakan menjelang pilihanraya bagi memastikan kemenangan.

1. Sediakan tong sampah di setiap ADUN untuk rakyat buat aduan - bereskan semua aduan itu secara perlaksanaan, perjumpaan dan dialog.

2. Pendafataran pengundi baru bagi semua yang layak.

3. Pembangkang hendaklah di anggap selalu betul dan apa jua perjuangan mereka adalah benar dan dilihat sebagai 'petunjuk' untuk kerajaan atasi dan memberi jawapan serta penerangan secara telus supaya isu itu selesai segera - Kerajaan tidak boleh menafikan atau memperkecilkan peranan pembangkang sebagai odit dan pemeriksa kira kira serta jurucakap bagi pihak rakyat.

Kerajaan tidak perlu buang masa, tenaga, kos dan bergantung dengan isu video seks Anwar, tidak perlu juga bergabung dengan PAS serta tidak perlu syok sendiri dengan 1Malaysia dan Wanita Pertama.

Rebranding: Parti Kebajikan Semalaysia (PKS)



Parti Islam Semalaysia sudah wajar bertukar kepada Parti Kebajikan Semalaysia (PKS) untuk mudah menghalalkan cara perjuangan ke Putrajaya sekaligus Kelantan ditukarkan dari jolokan Serambi Mekah kepada Kakilima Putrajaya.

Masa untuk PAS bertopengkan Islam dan Negara Islam, Membangun Bersama Islam, Hukum Hudud sudah berlalu, Wajah sebenar sekarang lebih mudah untuk menjurus kepada hal-hal berkaitan duniawi terutama perjuangan untuk menduduki Putrajaya di samping mendukung sekularisme yang dibawa oleh rakan kongsinya. Malah Pas juga selepas ini akan mendukung gagasan DAP termasuk mewujudkan "Malaysian Malaysia" atau hak sama rata di antara semua kaum.

Perjuangan untuk membela Anwar nampak lebih sesuai dengan wajah barunya. Ahmad Sabu yang pernah terpalit dalam isu yang hampir sama sudah tentu berpengalaman untuk membantu Anwar dari terperosok ke Sungai Buluh dan sebagai ganjarannya jika Pembangkang berjaya ke Putrajaya, Ahmad Sabu satu2nya pemimpin yang dilihat boleh diterima oleh semua pihak sebagai Perdana Menteri. Boneka yang paling sempurna bagi DAP.

Mungkinkah secara diam, PAS akan berpecah dua selepas ini.... kerja UMNO lagi ke?

Saturday, June 4, 2011

Pilih PAS, tiada lagi offer syurga...

Sempurnalah sebuah pemilihan dalam Mesyuarat Agung Pemilihan PAS 2011, sempurna kerana berani membuat pemilihan walaupun di ambang pilihanraya, sempurna kerana ahli dan parti kuat persefahaman dalam hala tuju parti, lebih kuat dari UMO yang nyata ‘pandai bercakap’ tetapi sebenarnya cukup takut menghadapai reeliti bahawa ahli mereka berpecah dan parti mereka lemah.
Pemilihan kali ini mempamerkan PAS sebenarnya, bukan sahaja dari warna kepimpinan barunya tetapi juga dari halatuju parti yang Hadi nyatkan ‘Negara Kebajikan’ dan bukan lagi Negara Islam yang diutamakan.
Ini adalah percaturan sebenar, luahan hati yang jelas yang selama ini terpendam dan disembunyikan atas nama ‘Islam’. PAS kini tidak banyak bezanya dengan UMNO atau PKR.
Kepimpinan PAS kearah kuasa dan menghalalkan cara kini setanding dengan pemimpin UMNO dan PKR dengan meletakkan Mat Sabu sebagai orang kedua terpenting dan dimantapkan lagi dengan ucapan penagguhan Hadi. Jika ada kerakausan berrlebihan di kalangan pemimpin PAS sebenar selepas ini janganlah pula rasa pelik atau dipersoalkan.
PAS tanpa topeng, akan lebih memudahkan untuk orang Melayu membuat penilaian dan pemilihgan di pilihanraya akan datang. Sudah tentu pilih PAS, UMNO atau PKR kesemuanya sama sahaja, sudah tentu tiada syurga lagi.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...