Monday, October 14, 2013

umno akan lebih sempurna pru14 tanpa mukhriz.

ucapan hari raya korban najib jika di ambilkira, tidak ada cacat celanya untuk Islam dan Melayu, sempurna, hebat, terbaikkkk...

begitu juga dengan pemimpin lain, ucapan mereka rendah sikit sahaja dari ucapan khalifah2 Islam, selari sekata semuanya suci murni untuk Islam dan Melayu.

itu ucapan raya

kalaupun ucapan untik pemilihan umno, rasanya tak banyak beza dari segi indah bahasa dan murni isinya cuma dihujung akan diselit....selari dengan kehendak presiden, kalau tak 'carry' ayat hujung itu tak sah.

itu ucapan raya, itu ucapan pemilihan---bagaimana dengan perangai sebenar, perangai semulajadi, fahaman semula jadi, perlaksanaan dan tindakan selari tak dengan ucapan.

berdasarkan ucapan najib - org Islam, orang Melayu, rakyat Malaysia tak perlulah bimbang apa-apa, serah sahaja pada najib untuk laksanakan, tiap malam boleh lena tidor..

kj dan shahrizat dah menang besar, apa yang mereka cakap, idea yg mereka lontarkan pasti mewakili umno - sebab itu mereka dipilih.

umno akan lebih perfect tanpa mukhriz ! sebab mukhriz tak pandai samba mcm kj, tak pandai joget mcm shahrizat, tak ada anak jutawan mcm nazri, tak pandai minta maaf mcm hisham, tak serasi dng zahed, tak pandai bela kucing mcm najib.

yang mukhriz ada hanya mcm bapaknya, mahathir tak buat apa-apa pada negara, mahathir hanya melingkupkan negara, pembangunan dan kemajuan di era mahathir tumbuh sendiri, hidup sendiri dan mungkin lim kit siang dan karpal singh lah yg banyak berjasa sehingga malaysia jadi mcm sekarang !

putrajaya itu idea chin peng, klia cadangan paklah, lebuhraya utara selatan otak anwar ibrahim, klcc plan musa hitam - mahathir hanya cedok idea dia org yg bijak pandai tu.
jambatan bengkok? - kerajaan tak cukup tulor

kalau mukhriz menang naib presiden, org melayu berbelah bagi, kalau mukhriz kalah, mudah sikit nak kapankan umno secepat mungkin. mulakan di sg limau.

umno tak kesah ke jadi tong sampah..

akhirnya tidak sia-sia beruang-beruang yg dilepaskan kj di seluruh pelusuk tanah air memberi hasil yg berbaloi, kj menang dengan kiraan mata, tidak pula diketahui jumlah undi sebenar yg dipetolehinya. masih bukan kemenangan mutlak. masih ada yg tidak termakan umpan beruang-beruang kj.

apakah di pru14 nanti, kuasa undi rakyat masih boleh kaedah beruang-beruang ini digunapakai. apakah masih org melayu yg membei peluang dan memberi muka pada umno di pru13 akan memberi peluang dan muka sekali lagi kpd umno pada pru14 nanti.  apakah umno merasakan org melayu sudah tidak punya pilihan selain dari mengundi umno.

apakah reformasi dan perubahan yg najib laungkan telah diterjemahkan? jika najib terlupa perjuangan melau tidak salah melayu terlupa atau tidak menghargai najib dan parti layu yg dipimpinnya.

apakah hari ini tanpa umno, org melayu akan mati dilanyak cina? - apakah miskin kaya org melayu hari ini atas faktor umno? atau umno sebenarnya hanya sekadar mendapat nama atas perjuangan org melayu. di mana umno dlm isu kalimah Allah?

apakah ucapan sulung kj di atas kemenangannya ? ke arah penyatuan?  atau terus mendabik dada ideologi liberalnya kini diterima! ideologi lain ditolak?

hoi kj...itu perwakilan pemuda umno yg terima kamu sebagai ketua mereka, bukan aku, bukan org melayu keseluruhannya, puak umno pun masih menolak kamu walaupun minoriti.

 berapa jumlah ahli umno, berapa jumlah undi umno terima di pru13... jumlahnya lebih kecil dari jumlah ahli umno, ertinya ada ahli umno yg tak sokong umno pun dlm pru13.

jangan mimpi lagi untuk beranggapan umno itu melayu, melayu itu umno - sudah tidak relevan. yang ada ialah umno sdn bhd.

ingatan mahathir kpd ahli umno, diabaikan. mahathir kalah sekali.
hasilnya nanti umno dikalahkan berkali-kali.

mana dia kredebiliti umno kalau ketua wanita yg terpalit dng skandal dikekalkan? mana dia kredibiliti umno jika ketua pemudanya yg sama fahaman dng ketua pembangkang di angkat? umno tak kesah ke jadi tong sampah?

Sunday, October 13, 2013

kenapa jumlah pengundian tidak dimaklumkan

dalam pengundian di pilihanraya umum yg dikendalikan oleh spr, status pengundian spt jumlah undi yang ditrima oleh calon2 termasuk undi rosak akan dimumkan oleh pengurus pilihanraya pada setiap saluran pembuangan undi. ini membolehkan calon, wakil calon dan pengundi mengetahui kedudukan undi yg diperolehi. kertas pengundian dan keputusan undi yg disahkan telah dibawa ke pusat mengundi utama.

di dalam pengundian majlis kerja tertinggi untuk jawatan timbalan pengerusi tetap, naib presiden dan MKT yg akan di adakan pd 19hb ini, umno melalui jawatankuasa pertandingan tidak membenarkan pengetusi tetap bahagian untuk mengumumkan keputusan tersebut.

1. persaolannya kenapa?
2. perwakilan berhak dimaklumkan keputusan pemilihan di bahagian mereka.
3 ahli umno dan calon perlu tahu jumlah undi yg mereka terima
4 mengelakan penipuan di pihak pengurusan pemilihan

walaupun umno tidak menggunakan pendekatan pemenang melalui undi popular tetapi adalah wajar untuk calon yg kalah dan menang mengtahui setakat mana mereka popular dan diterima di akar umbi.

Saturday, October 12, 2013

tiada perubahan-umno terus pekak

undi besar dan sokongan kuat kpd pengekalan ketua pemuda dan ketua wanita memberi pengukuhan kuasa dan sokongan kpd Najib - mereka pula akan kempen besar-besaran dan habis-habisan untuk hisham. semuanya berjalan lancar spt yg dirancang.

hasilnya berapa tambahan sokongan dari org melayu yg kelak diterjemahkan kpd undi yg umno dapat kesan dari pengekalan itu?

orang melayu juga akan memerhati dan menanti pemilihan yg akan dibuat pada muktamar pas sedikit masa lagi - mungkin di sana ada lebih cahaya sekurang-kurangnya secara solid perjuangan PAS ke arah Islam dan kemungkinan besar mereka akan keluar dari pakatan pembangkang.
apapun pas dilihat lebih vokal ketika tidak bersetuju dlm sesuatu perkara berbanding dng umno yang tidak berani 'angkat suara' dengan mca atau mic.

seperti yg dijanjikan, jika umno ego dan sombong untuk berubah, kita walaupun dengan satu dua kuasa undi akan mengubah mereka di pru14 kelak.

lebih baik sokong pas yg jadi barua DAP dalam beberapa perkara dari terus menjadi penyokong pemimpin umno yg mengkhianati perjuangan bangsa dan ugama atas ketuanan harta dan kuasa.

bolehkah umno nafikan bahawa pertandingan sekarang bersih dari politik wang secara terbuka dan begitu mudah dan bebas sehingga sebati menjadi budaya dlm umno?

nasib mukhriz akan sama seperti akhram

pengekalan ketua pemuda dan ketua wanita dengan jumlah undi terbesar mencerminkan paduan wanita dan pemuda yg berpuashati dengan prestasi ketua masing-masing terutama dlm pru14 kelak. undi besar yg dimenangi mencerminkan juga potensi perpecahan di kalangan pemuda dan wanita sangat kecil dan sesuatu yg baik jika calon yg tewas diberi tempat yg sesuai untuk sama2 berbakti kepada parti.

keputusan pemuda wanita juga membayangkan kemungkinan besar tidak ada perubahan dalam kepimpinan naib presiden. hisham yg dikatakan berada dihujung tanduk pada awalnya boleh menarik nafas lega kerana shahrizat dan kj diketahui sebagai penyokongnkuatnya.

ini juga menggambarkan nasib mukhriz akan sama seperti akhram.

dengan tidak ada perubahan besar, kekuatan umno dan corak kepimpinan kerajaan juga tidak akan mengalami banyak perubahan.

terutama yg bukan ahli umno tetapi penyokong umno sebelum ini, sebahagiannya dijangka agak kecewa dng keputusan2 ini dan berkemungkinan menarik balik sokongan kpd umno dng sekadar jadi pemerhati bisu atau mula berjinak utk memberi sokongan kpd parti pembangkang.

kalau sokong umno tak dihargai satu sen pun mungkin ada kot nak cuba jadi penyokong DAP bernilai 50 sen.

Keputusan Pemuda/Wanita petanda baik buat Hisham..

Seperti yang diramalkan, kemenangan berpihak kepada yang ikhlas dalam perjuangan, tanpa rasuah tanpa salahguna kuasa. Kempen dijalankan dengan penuh bersih,  beretika dan berhemah. Pemenang kali ini setakat Pemuda, Wanita dan Puteri bukan sahaja dipilih oleh perwakilan UMNO tetapi turut mendapat tepukan bertenaga dari pembangkang. Pemenang menepati ramalan.

Sekaligus kebangkitan calon-calon baru tidak mendapat tempat, sekaligus suara Melayu diluar sana yang mahukan perubahan ditolak. Angaplah suara UMNO suara majoriti, suara keramat dan anggaplah perwakilan UMNO dan pemimpinnya serba tahu dan serba betul apa yang terbaik untuk orang Melayu dan Islam.

Begitu banyak blogger memberi sokongan dan akhirnya calon pilihan mereka tewas dengan teruk. Bloggers sudah tidak mampu mempengaruhi rakyat.

Kalau ini trendnya, Hisham kembali bernafas lega, cerita-cerita diluar yang mahukan dia ditewaskan atau dia akan kalah adalah cerita dongeng semata-mata. Hakikatnya Hisham tidaklah lemah, dia sama hebat dengan Zahed.

Kebangkitan Mukhriz yang konnonnya akan diterima oleh ramai perwakilan juga kini sudah jadi penglipurlara dan cerita mat jenin yang tidak berpijak dibumi nyata. Nasib yang diterima oleh Akhram akan berulang dan kali ini gilirannya kepada Mukhriz. Idea perjuangan Melayu untuk Melayu ditolak oleh perwakilan. 

Ini adalah bumi Malaysia yang kena diberi samarata malah orang Cina dan India sudah lama ditindas dan dinafikan hak mereka oleh orang Melayu yang berlagak tuan. Untuk itu adalah wajar orang Melayu kini berfikiran terbuka dan memohon maaf berkali-kali kepada orang Cina dan India. Melayu sudah tidak boleh bercakap lagi pasal Melayu - itu rasis.

Kemenangan pemimpin setakat ini dan tentunya tidak banyak perubahan pada 19hb depan merupakan kepimpinan yang akan terus berkompromi dan memulangkan hak bukan Melayu. Mereka akan menjadi wakil jurucakap bukan Melayu di dalam UMNO.

Inilah juga barisan kepimpinan UMNO yang akan meneruskan kegemilangan UMNO di PRU14 akan datang.

UMNO sudah kembali cukup kuat, sudah tidak perlu mengharapkan suara-suara nyamuk di luar sana yang saban hari asyik komplen. Blogger-blogger cabuk hanya sekadar bercakap kosong tanpa pengaruh-syok sendiri. 

UMNO sudah tidak kesah jika seorang dua Melayu yang menarik diri untuk menyokong UMNO atas kekecewaan keputusan perwakilan UMNO sekarang. Mereka boleh digantikan dengan ramai lagi Melayu yang liberal di luar sana malah dengan kepimpinan baru yang tidak rasis ini, mereka  mampu meraih sokongan dari bukan kaum Melayu asalkan kehendak kaum itu diikuti.

Mukhriz dan Ali Rrustam boleh melupakan rasis mereka jika beranggapan itu akan menarik sokongan, Isa Samad sudah gagal di peringakt awal lagi. Yang terbaik tetap Zahed, Shafie dan Hisham sebab mereka berkhidmat 2in1 - untuk UMNO dan untuk Najib.

Kemenangan Menepati Ramalan

Welldone braderr



BERSIH pun raikan




Itu macam lah anae

 Kekanda kekanda kepada calon yang menang
Peringkat global dan liberal


 Mewakili puak arab dan Afrika










Ayah dan bonda, auntie di singapura



DAP raikan


my x bf


no say



MIC raikan




Secara peribadi aku tumpang 'gumbira' bagi pihak UMNO


 




       




PAS anwarinas alu-alukan..





wa caya lu...

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...