Saturday, October 12, 2013

Keputusan Pemuda/Wanita petanda baik buat Hisham..

Seperti yang diramalkan, kemenangan berpihak kepada yang ikhlas dalam perjuangan, tanpa rasuah tanpa salahguna kuasa. Kempen dijalankan dengan penuh bersih,  beretika dan berhemah. Pemenang kali ini setakat Pemuda, Wanita dan Puteri bukan sahaja dipilih oleh perwakilan UMNO tetapi turut mendapat tepukan bertenaga dari pembangkang. Pemenang menepati ramalan.

Sekaligus kebangkitan calon-calon baru tidak mendapat tempat, sekaligus suara Melayu diluar sana yang mahukan perubahan ditolak. Angaplah suara UMNO suara majoriti, suara keramat dan anggaplah perwakilan UMNO dan pemimpinnya serba tahu dan serba betul apa yang terbaik untuk orang Melayu dan Islam.

Begitu banyak blogger memberi sokongan dan akhirnya calon pilihan mereka tewas dengan teruk. Bloggers sudah tidak mampu mempengaruhi rakyat.

Kalau ini trendnya, Hisham kembali bernafas lega, cerita-cerita diluar yang mahukan dia ditewaskan atau dia akan kalah adalah cerita dongeng semata-mata. Hakikatnya Hisham tidaklah lemah, dia sama hebat dengan Zahed.

Kebangkitan Mukhriz yang konnonnya akan diterima oleh ramai perwakilan juga kini sudah jadi penglipurlara dan cerita mat jenin yang tidak berpijak dibumi nyata. Nasib yang diterima oleh Akhram akan berulang dan kali ini gilirannya kepada Mukhriz. Idea perjuangan Melayu untuk Melayu ditolak oleh perwakilan. 

Ini adalah bumi Malaysia yang kena diberi samarata malah orang Cina dan India sudah lama ditindas dan dinafikan hak mereka oleh orang Melayu yang berlagak tuan. Untuk itu adalah wajar orang Melayu kini berfikiran terbuka dan memohon maaf berkali-kali kepada orang Cina dan India. Melayu sudah tidak boleh bercakap lagi pasal Melayu - itu rasis.

Kemenangan pemimpin setakat ini dan tentunya tidak banyak perubahan pada 19hb depan merupakan kepimpinan yang akan terus berkompromi dan memulangkan hak bukan Melayu. Mereka akan menjadi wakil jurucakap bukan Melayu di dalam UMNO.

Inilah juga barisan kepimpinan UMNO yang akan meneruskan kegemilangan UMNO di PRU14 akan datang.

UMNO sudah kembali cukup kuat, sudah tidak perlu mengharapkan suara-suara nyamuk di luar sana yang saban hari asyik komplen. Blogger-blogger cabuk hanya sekadar bercakap kosong tanpa pengaruh-syok sendiri. 

UMNO sudah tidak kesah jika seorang dua Melayu yang menarik diri untuk menyokong UMNO atas kekecewaan keputusan perwakilan UMNO sekarang. Mereka boleh digantikan dengan ramai lagi Melayu yang liberal di luar sana malah dengan kepimpinan baru yang tidak rasis ini, mereka  mampu meraih sokongan dari bukan kaum Melayu asalkan kehendak kaum itu diikuti.

Mukhriz dan Ali Rrustam boleh melupakan rasis mereka jika beranggapan itu akan menarik sokongan, Isa Samad sudah gagal di peringakt awal lagi. Yang terbaik tetap Zahed, Shafie dan Hisham sebab mereka berkhidmat 2in1 - untuk UMNO dan untuk Najib.

No comments:

Post a Comment

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...