Sunday, September 28, 2014

6 Hero PAS

2 hero kerana menyelamatkan Pakatan daripada tindakan PAS bersekutu dengan UMNO untuk membentuk kerajaan sementara DUN Selangor.

4 lagi hero kerana berjaya menghalang Khalid dari melantik exco di kalangan umno dengan mereka terus kekal exco.

Keenam-enam mereka telah berjasa untuk kekalkan kuasa Pakatan di Selangor tetapi nasib tidak pula sama atas permainan politik kotor.

2 hero dijulang DAP dan PKR... Jika dipecat PAS,  DAP adalah kandang baru yang paling sesuai untuk dihuni - DAP sedang menadah membolehkan mereka mempunyai majoriti DUN dan sekaligus menambah 2 kerusi lagi untuk PRU14.

Agak pelik apabila ke enam mereka di anggap hero di kalangan mereka sendiri tetapi parti mereka, PAS dilabelkan watak jahat.

Hero sebenar adalah Anwar - cepat membaca, cepat bertindak..

Saturday, September 27, 2014

Kempen Memenjarakan Pemimpin Politik..

Kemaskini 29/9
Kempen-kempen sebegini bukan sahaja tidak dijamah oleh mana-mana pemimpin tetapi juga penyokong dan pecacai cukup tidak berminat, mereka lebih sayangkan pemimpin untuk dipenjara, kalau nak penjarakan pun bukan pemimpin mereka, tangkaplah pemimpin sebelah sana.
Inilah mentaliti anda  !!!!!

Posting Asal 27/9

Kerajaan dan pembangkang disarankan bersatu hati, bergabung tenaga, bekerjasama secara telus, jujur dan ikhlas membersihkan negara bermula dari pemimpin sebagai contoh kepimpinan melalui tauladan dengan "Kempen Memenjarakan Pemimpin Politik" yang terlibat dengan:

1. Pengkhianatan kepada bangsa, ugama dan negara.
2. Rasuah dan salahguna kuasa.
3. Dadah dan Jenayah - judi, along, gangsterism
4. Hasutan
5. Melanggar Rukun Negara


PAS Selangor - please shut up..

Kepada PAS Selangor aku cadangkan tak perlulah berlakon bising2 hilang satu kerusi..jangan kontra dng pendirian mustapha s/u PAS Pusat, buat malu kaum sahaja...dapat ganti timbalan speaker dah ok..yang penting gaji dan elaun kencang.

Jadi exco pun bukan ada power, kuasa hujung-hujung,,ciput.

Yang tidak dilantik, jangan buat pasal, bincang elok-elok dengan Azmin, banyak tempat lagi yang akan dibagi dan dibahagi-bahagi.

Bising pun bukan Azmin nak peduli, PAS dah tinggal doposen..sebelah muka hadi, sebelah lagi muka mat sabu.

Selangor kaya raya  !!!
Sultan Selangor dah pilih manusia yang paling tepat dalam semua bab..

Friday, September 26, 2014

Najib berjaya tutup mulut pengkritik...

Sesuatu yang sangat dibanggakan apabila umno menang di PK dengan majoriti bertambah walaupun Najib berada di New York..majoriti berganda mampu dicapai jika Najib dapat turun bersama pengundi PK kerana aura dan sentuhannya..emas belaka.

Kerja keras mungkin dari Tok Pa, Usaha Muhyiddin sekadar letak lebai di kepala dan semua itu tidak menjadi jika bukan PM yang memilih calon yang winable, sesuai dan tepat. Itu kelebihan Najib.

Ulasan Najib - itu petanda rakyat terima dasar kerajaan (?) seperti  1MDB, BRIM, pemansuhan ISA, cadangan Akta Hasutan dan banyak lagi projek kerajaan untuk rakyat demi rakyat.

Kalau projek itu diserah kepada kroni, itu hanya satu kebetulan - Kerajaan Najib hari ini paling bersih dari segi rasuah, penelewengan dan pembaziran.

Apa yang lebih penting hari ini ialah semua kritikan ke stas kerajaan,,kepada Najib lebih berasas kepada dengki, khianat dan cemburu melihat kejayaan Najib kendalikan negara secara liberal, adil, saksama, samarata dan harmoni.

Melayu ketinggalan kerana malas, cina berjaya kerana rajin, dapat bukan kerana rasuah tetapi kerana cepat dan cekap.




Hidup Najib !!!!!

*Mana dia suara-suara nak turunkan Najib selepas UMNO menang di PK - atau masih tarik selimut !!!

Beza Negarawan dengan Pemimpin Status Kucing Kurap..

Apa reaksi seorang tokoh jika dibandingkan seorang kucing berkurap bila kedua-duanya diacah untuk disiasat di bawah Akta Hasutan...

Negarawan tulin...saya rela disiasat dan ditangkap...

Kucing kurap...ini semua kerja UMNO nak menyekat kebebasan bercakap dan menganggu keadilan untuk saya...

Takut kerana apa?
Bukankah kita, setiap individu ada hak mempertahankan diri mengikut undang-undang?
Apakah di negara ini saki baki peguam2 selepas Karpal semuanya bahlol?
Peguam2 di negara ini sewajarnya dapat membezakan serta meningkatkan kepakaran mereka tentang perundangan melibatkan politik dan bukannya turut berpolitik !!

Kalau peguam pun pandai menghasut - itu sudah something wrong...

Sampai Bila Nak Menipu Setiap Kali Pilihanraya..

Sampai bila kita nak menipu untuk menang pilihanraya?
Sampai bila kita nak menipu kata kita tak tipu pun dalam pilihanraya?
Kenapa kita menipu pun tak menang juga?
Kita menipu tetapi tak menang juga sebab orang tak undi kita atau Allah marah pada kita?
Kita terpaksa menipu sebab pihak sana pun menipu juga..kita sekadar ikut?
Kalau tak menipu tak boleh menang pilihanraya?
Hakikatnya dimana? - Yang menang sebab kuat tipunya atau yang kalah sebab tak kuat tipu?
Atau yang kalah sebab orang dah tahu dia menipu?
Atau yang menang pilihanraya sebab dia tidak tipu atau kurang menipu?
Siapa tipu siapa ni?
Kenapa yang selalu kalah dalam pilihanraya akan kata yang menang itu menang sebab menipu?
Kenapa yang menang tidak pernah pun mengaku dia menipu untuk menang atau dia menang sebab menipu?

Kenapa SPR asyik kata tiada penipuan?
Apakah mereka juga menipu?
Atau penipuan tidak pernah dibuktikan oleh mereka yang kalah?

Boleh ke tidak kita terima penipuan itu satu budaya, satu yang mesti dalam setiap pilihanraya.
Penipuan itu bukan lagi satu dosa di sisi Allah?
Penipuan itu sah di sisi undang-undang selagi tidak dibuktikan..
Penipuan itu halal di dunia kerana kita pandai menutup penipuan !!!

Kalau hudud dilaksanakan..berapa ramai ustaz, tok lebai yang akan hilang tangan selepas setiap kali pilihanraya selesai ?
Apabila melayu dan melayu bertembung dalam pilihanraya, siapa yang menipu dan kena menipu..
Apakah orang Melayu sedang berusaha untuk menjadi juara menipu mengatasi cina?
Pilihanraya itu satu penipuan demokrasi !!!

Kita kalah sebab tidak menipu..
Kita menang sebab kita pun tak menipu juga...

Kita sedih kalah sebab kita menipu...
Kemenangan tiada makna kalau kita menang kerana menipu..

Thursday, September 25, 2014

Apa niat " mat sabu" mengamuk? kebulor xtra kerusi exco?

Sekarang sedang hangat diperkatakan apakah PAS masih perlu dikekalkan dng 4 kerusi exco atau dikurangkan...malah 4 exco yg bersama khalid di anggap pengkhianat oleh DAP....apa pendirian PAS Pusat..suara DAP adalah suara "Mat Sabu.."

Pesuruhjaya PAS mempertahankannya dng alasan mengelak dari exco dilantik dari UMNO !!!!..kenapa pula UMNO mahu dikaitkan...dan kenapa pula 4 exco itu menjadikan tanggungjawab mereka...sepatutnya mereka bersama 30 exco yg lain dan biarlah khalid lantik 4 exco dari UMNO..itu bukan tanggungjawab PAS Selangor..

Tujuan pertikaian DAP juga bermaksud jika 4 kerusi dikurangkan, eloklah kerusi itu diberi kepada DAP sebagai upah setia mereka kpd Anwar..upah kepada pengundi cina yg sokong Pakatan..sebagai terima kasih.

Jika PAS faham..DAP dan PKR sedang kebulor kerusi meja...Jika PAS ada maruah..Jika Hadi cakap serupa bikin...sewajarnya PAS melepaskan kesemua kerusi exco tersebut dan memecat keahlian dua wakil rakyatnya dan kemuduannya duduk sebagai pembangkang dalam DUN...jika tidak PAS Selangor kekal sebagai gundek "mat sabu"

Selain dari isu ini, Hadi juga digesa oleh pemimpin PkR supaya memohon maaf kepada Wan Azizah atas keceluparannya..elok sangat Hadi melutut kalau sudah tidak ada kemampuan melawan.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...