Wednesday, October 1, 2014

Kemaskini Tajuk: Kenaikan 20 sen Untuk Bayar Con-Setan..selepas 7B dibayar..(?) Tajuk Asal:Melayu sahaja yg marah pasal minyak naik...

Pesanan
Dato Aziz Wan Osman

Apa yang saya ingin ingatkan adalah, jangan buang masa mengeluh atau mencarut kerana itu semua tidak akan menyelesaikan masalah kos kenaikan harga barang yang sedang menjelang. Fahami sistem ekonomi kapitalis & inflasi, tidak pernah dalam sejarah harga barang akan semakin turun, tidak pernah dalam sejarah harga rumah akan semakin turun, tidak pernah kos sara hidup akan menurun, ,itu sistem ekonomi yang telah wujud. Dan jangan buang masa buat masa ini untuk merubah sistem ekonomi dunia. Apa yang kita perlu buat? Seperti apa yang saya selalu katakan "berbuih-buih" mulut di dalam kelas saya, jangan buang masa untuk ubah sistem ekonomi dunia tetapi perbaiki sistem ekonomi dan tingkatan kewangan dalam keluarga kita.
Bagaimana? Mulalah melihat semua perbelanjaan yang ada dan serta-merta "cut-off" atau kurangkan kos perkara yang tidak perlu atau membazir. Misi kita ada 3
1. Kurangkan kos
2. Banyakkan tunai/lebihan simpanan
3. Cari jalan tambah pendapatan.



#

3 misi di atas elok digunapakai oleh Najib menguruskan ekonomi negara...kerana itu yang rakyat pertikaikan.
Kenaikan harga petrol bukan penyelesaian terbaik..nasihat dari pemalas dan bermuslihat.

Tuesday, September 30, 2014

Hentikan memusuhi kaum cina..

Kemaskini:
Benarkah Islam yang dianuti majoriti Melayu menghalang kejayaan kaum  itu berbanding dengan bangsa lain yang tidak ada halal haram dan sebagainya (?)






Asal:

Orang Melayu kena hentikan sikap memusuhi bangsa lain dan gantikan kualiti diri untuk bersaing dan terus

maju. Hanya berjaya dari segi siasah, ugama dan ekonomi sahaja dapat membantu pandangan tinggi bangsa lain terhadap Melayu.

Memaksa mereka untuk menghormati bangsa Melayu sekadar FAKTOR SEJARAH SAHAJA tidak banyak membantu malah merosak keadaan.

Senaraikan apa sahaja yang terjadi pada orang Melayu dan senaraikan apa sahaja sikap bangsa lain terhadap orang Melayu..hanya ada satu jawapan.
SALAH ORANG MELAYU ITU SENDIRI KEPADA DIRI DAN BANGSANYA?

1. Majoriti Melayu itu pemalas..
2. tidak mengamalkan Islam sebagai cara hidup... malah mempamirkan sikap dan perbuatan yang bercanggah.
* Apabila tidak mengamalkannya - Melayu paling banyak terjerumus ke lembah moral yang rendah, jenayah dan tidak amanah.
3. Merasa selamat dan tidak terancam kerana masih dalam nostalgia ini tanah airnya.
4. Pengkhianatan Pemimpin Melayu ke atas bangsa dan ugamanya.

Hakikatnya pada sesetengah tempat, pendatang Indonesia, Petani dan Kemboja jauh lebih kaya dan berharta atas modal "rajin".

Monday, September 29, 2014

Angka 4 Angka Mati..ciyalan

Broker
Dibeli
Barua
Dicuri

4 perkataan yang sepatutnya 4 orang - Anwar, lim guan eng, mat sabu dan husam faham kepada siapa hadi halakan....

Sepatutnya dua barua itu meletak jawatan dan join DAP...tak perlu kena pecat dari PAS.
Muka broker dalam PAS, siapa?
Apek mana yang beli?
Siapa yang curi?

Sunday, September 28, 2014

6 Hero PAS

2 hero kerana menyelamatkan Pakatan daripada tindakan PAS bersekutu dengan UMNO untuk membentuk kerajaan sementara DUN Selangor.

4 lagi hero kerana berjaya menghalang Khalid dari melantik exco di kalangan umno dengan mereka terus kekal exco.

Keenam-enam mereka telah berjasa untuk kekalkan kuasa Pakatan di Selangor tetapi nasib tidak pula sama atas permainan politik kotor.

2 hero dijulang DAP dan PKR... Jika dipecat PAS,  DAP adalah kandang baru yang paling sesuai untuk dihuni - DAP sedang menadah membolehkan mereka mempunyai majoriti DUN dan sekaligus menambah 2 kerusi lagi untuk PRU14.

Agak pelik apabila ke enam mereka di anggap hero di kalangan mereka sendiri tetapi parti mereka, PAS dilabelkan watak jahat.

Hero sebenar adalah Anwar - cepat membaca, cepat bertindak..

Saturday, September 27, 2014

Kempen Memenjarakan Pemimpin Politik..

Kemaskini 29/9
Kempen-kempen sebegini bukan sahaja tidak dijamah oleh mana-mana pemimpin tetapi juga penyokong dan pecacai cukup tidak berminat, mereka lebih sayangkan pemimpin untuk dipenjara, kalau nak penjarakan pun bukan pemimpin mereka, tangkaplah pemimpin sebelah sana.
Inilah mentaliti anda  !!!!!

Posting Asal 27/9

Kerajaan dan pembangkang disarankan bersatu hati, bergabung tenaga, bekerjasama secara telus, jujur dan ikhlas membersihkan negara bermula dari pemimpin sebagai contoh kepimpinan melalui tauladan dengan "Kempen Memenjarakan Pemimpin Politik" yang terlibat dengan:

1. Pengkhianatan kepada bangsa, ugama dan negara.
2. Rasuah dan salahguna kuasa.
3. Dadah dan Jenayah - judi, along, gangsterism
4. Hasutan
5. Melanggar Rukun Negara


PAS Selangor - please shut up..

Kepada PAS Selangor aku cadangkan tak perlulah berlakon bising2 hilang satu kerusi..jangan kontra dng pendirian mustapha s/u PAS Pusat, buat malu kaum sahaja...dapat ganti timbalan speaker dah ok..yang penting gaji dan elaun kencang.

Jadi exco pun bukan ada power, kuasa hujung-hujung,,ciput.

Yang tidak dilantik, jangan buat pasal, bincang elok-elok dengan Azmin, banyak tempat lagi yang akan dibagi dan dibahagi-bahagi.

Bising pun bukan Azmin nak peduli, PAS dah tinggal doposen..sebelah muka hadi, sebelah lagi muka mat sabu.

Selangor kaya raya  !!!
Sultan Selangor dah pilih manusia yang paling tepat dalam semua bab..

Friday, September 26, 2014

Najib berjaya tutup mulut pengkritik...

Sesuatu yang sangat dibanggakan apabila umno menang di PK dengan majoriti bertambah walaupun Najib berada di New York..majoriti berganda mampu dicapai jika Najib dapat turun bersama pengundi PK kerana aura dan sentuhannya..emas belaka.

Kerja keras mungkin dari Tok Pa, Usaha Muhyiddin sekadar letak lebai di kepala dan semua itu tidak menjadi jika bukan PM yang memilih calon yang winable, sesuai dan tepat. Itu kelebihan Najib.

Ulasan Najib - itu petanda rakyat terima dasar kerajaan (?) seperti  1MDB, BRIM, pemansuhan ISA, cadangan Akta Hasutan dan banyak lagi projek kerajaan untuk rakyat demi rakyat.

Kalau projek itu diserah kepada kroni, itu hanya satu kebetulan - Kerajaan Najib hari ini paling bersih dari segi rasuah, penelewengan dan pembaziran.

Apa yang lebih penting hari ini ialah semua kritikan ke stas kerajaan,,kepada Najib lebih berasas kepada dengki, khianat dan cemburu melihat kejayaan Najib kendalikan negara secara liberal, adil, saksama, samarata dan harmoni.

Melayu ketinggalan kerana malas, cina berjaya kerana rajin, dapat bukan kerana rasuah tetapi kerana cepat dan cekap.




Hidup Najib !!!!!

*Mana dia suara-suara nak turunkan Najib selepas UMNO menang di PK - atau masih tarik selimut !!!

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...