Friday, September 25, 2015

BLOG NI NAK KATUP DAH...


TERKINI:
Melantik Zahid sebagai TPM adalah umpama keadaan seperti Mahathir melantik Ghaffar Baba untuk meredakan keadaan pada masa itu. Zahid bukanlah penyelamat sebenar Najib, malah lebih merbahaya dari Muhyiddin dalam strategi politik.

Salleh Said Keruak adalah calon yang paling sesuai, ia kini seumpama seluar dalam Najib, lebih tahu lebih kenal Najib dari Rosmah.

POSTING ASAL:

Dah sampai masanya untuk blog ini ditutup sementara kerana apa yang nak diluahkan telah diluahkan dengan baik oleh Tun Dr Mahathir dalam posting terbarunya.

A to Z, lengkap sempurna tentang Najib.
Tidak ada apa yang baru, tetapi itulah pertanyaan dan persaolan yang sudah lama berlegar.
Najib bukan sahaja gagal menjawab tetapi berdolak dalik dan berbohong.

Blog ini hanya menunggu masa dan detik Najib gugur. Mustahil Najib boleh terlepas..

Jika Najib sendiri gagal menjawab, manamungkin ada orang lain yang lebih tahu darinya.
Janganlah pula ada tukang jawab yang cuba menjawab, itu sekadar menunjukkan kebodohan diri sendiri.

Mohon maaf di atas sebarang kekasaran dan keterlanjuran kata tetapi kebenaran tetap diperjuangkan juga.

Wassalam

Thursday, September 24, 2015

JOM BERPANTUN: Dari kapal bugis, Pindah kapal jawa...

Apabila Presiden MCA dalam bahasa germannya "memberi amaran" atau ingatan kepada Najib supaya menghentikan segala bentuk demonstrasi jalanan, terutama ala baju merah - ianya merupakan satu tindakan biadap.

Kenapa amaran yang sama MCA tidak keluarkan pada Bersih 4.0 sedangkan majoriti pada perhimpunan tersebut juga bersifat kecinaan.

Kenapa MCA sepi apabila gambar PM Najib dipijak pijak oleh kaumnya sendiri (?)

Kenapa MCA tidak mengecam ahlinya yang hadir di Bersih 4.0 (?) Malah bersikap mempertahankan tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang yang berani memutuskan hubungan degan PM.

Kenapa MCA rujukan peringatan tersebut kepada PM seolah NaJib terlibat secara langsung menganjur perhimpunan Red Shirt sedangkan hakikatnya dianjurkan oleh NGO.

Tindakan melulu Presiden MCA sangat dikesalkan kerana ia memalukan PM tetapi hingga ke takat ini belum ada pemimpin atau KBU yang bangun mencela MCA dan mempertahankan Najib selaku PM.

Kj selaku Ketua Pemuda UMNO dan BN seharusnya vokal dalam isu seperti ini.

Najib seharusnya tidak ditinggalkan sendirian karam dengan kapal bugisnya walaupun semakin ramai telah berpindah ke kapal jawa.

FBI PUN KECUT DENGAN BUGIS...

Najib membuktikan dirinya bersih...
Tiada tangkapan...

Mereka yang omongan kosong..siasatan FBI dan Juri Agong ......media luar dan pemimpin tempatan tentunya terkedu dengan kemunculan Najib...

Sekadar siasatan (jika ada) dari pihak Amerika ...walaupun dicap memalukan...sudah tentu Najib terbiasa dengan tomahan tersebut.

Najib betul-betul menunjukkan semangat pahlawan bugisnya...

Layar sudah berkembang, sauh sudah berlabuh - Najib tidak berganjak walau diserang musuh.






Wednesday, September 23, 2015

PELUANG TERBAIK YANG DILEPASKAN NAJIB

Aidil Adha yang menjelang mengharapkan pengorbanan dari PM tidak kunjung tiba.

Alangkah baiknya kalau Najib berundur sebagai satu pengorbananya kepada rakyat, parti dan negara.
Mungkin tidak ada keyakinan dan kekuatan diri dan lebih mungkin ramai kroni yang menghalangnya.

Alangkah indahnya jika ada ungkapan "Saya berundur untuk terus negara berada dalam keadaan stabil dan membolehkan pengganti saya menumpukan perhatian kepada isu utama, enonomi dan mata wang ringgit yang terus merosot...

Alangklah baiknya jika ada ungkapan " Saya berundur bukan bererti saya kalah atau bersalah dan sekali lagi saya menafikan semua tuduhan tersebut, masa akan membuktikan saya berada di pihak yang benar...

Alangkah asyiknya kalau ada ungkapan.. " Dengan pengunduran saya ini, saya mencabar semua pihak yang membuat tohmahan kepada saya untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan telus untuk membersihkan nama saya...

Alangkah hebatnya kalau ada ungkapan " Walaupun tanpa jawatan dan kuasa, saya sekeluarga akan terus tetap setia dan menyumbang bakti kepada parti dan negara...

LEPAS NI DAH SUSAH JAMAL NAK JADI PERDANA MENTERI..



TERKINI:


Tuesday, September 22, 2015

Sudut mana nak sokong Najib...habaq mai sat

Kalau pun undang-undang digunakan untuk membisukan rakyat.
Kalau pun rakyat dah berhenti bercakap sebab terlalu muak dan mual..
Tetapi bagaimana dengan negara jiran..
Apa reaksi negara sekutu..
Polis Dunia sudah berbunyi...

Sudah tentu sebagai rakyat Malaysia kita tidak akan sokong mana-mana niat jahat terutama dari negara luar yang berteraskan Yahudi..

Oleh itu apabila rakyat sendiri yang bersuara, hendaklah mengambil peduli dan menjawabnya dengan telus..

Tetapi dalam masa yang sama kita juga memerlukan kerajaan dan Perdana Menteri yang bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih untuk membolehkan rakyat menyokong sepenuhnya dengan jiwa dan raga...


Rakyat mahukan PM sendiri membersihkan dirinya dan bukan dari jawapan tukang-tukang jawab yang lebih kuah dari mangkuk..

Monday, September 21, 2015

BILA DUIT NAK MASUK

*Bila Duit Nak Masuk ?*  Saya berkongsi diatas beberapa perkembangan terkini QM . InsyaAllah payment akan dibayar . Ada 3 kemungkinan bila p...