Friday, June 12, 2009

Bila MCA nak keluar barisan...

Mampukah Gerakan menggantikan MCA mewakili kaum cina dalam BN atau MCA sendiri yang akan lenyap jika keluar BN, DAP tentu tidak setuju jika MCA mahu bergabung dengan pakatan pembangkang.
Pungutan suara bertajuk “Adakah Perlu MCA Keluar BN?” dikeluarkan dari blog Ong Tee Keat
12/06/2009 5:37pm
KUALA LUMPUR 12 Jun — Satu pungutan suara bertajuk “Adakah Perlu MCA Keluar BN?” dalam laman blog Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dalam versi Inggeris telah dikeluarkan hari ini bersama-sama dengan pungutan suara yang lain.
Respons pertama kepada pungutan suara “Adakah Perlu MCA Keluar BN"
dikemukakan pada 27 Ogos tahun lepas sewaktu Ong masih belum menjadi presiden parti itu. Setakat semalam, pungutan suara itu berjalan sperti biasa.
Akhbar harian berbahasa China, Nanyang Siang Pau hari ini melaporkan bahawa 76 peratus daripada responden dalam pungutan suara itu bersetuju bahawa MCA perlu keluar dari Barisan Nasional.
Bagaimanapun, bahagian pungutan suara itu telahpun dibersihkan pagi ini dan tiada soal selidik yang ditinggalkan di dalamnya.
Jurucakap MCA dan juga anggota jawatankuasa pusat parti Lee Wei Kiat ketika dihubungi hari ini berkata beliau tidak dapat menjawab bagi pihak Ong berhubung tujuan pungutan suara itu diadakan kerana ia ditempatkan dalam blog peribadinya.
“Bagaimanapun, kami menghormati dan menghargai respons di dalam pungutan suara itu..kami sentiasa mengkaji dan meneliti pendapat dan pandangan daripada orang awam demi kemajuan parti,” katanya.
Lee berkata orang ramai mempunyai kebebasan bersuara dan parti itu akan sentiasa menghormati pandangan umum sambil menambah parti itu akan terus memainkan peranannya di dalam BN dan terus berkhidmat untuk rakyat. - Bernama

1 comment:

  1. Wahai orang orang Melayu , fikir fikirkan lah , mereka tetap mempunyai mimpi yang sama walaupun berbeza parti . Hanya orang Melayu masih bermimpi , berebut jawatan untuk kepentingan pribadi ....

    Merrybj

    ReplyDelete

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...