Murugiah Diterima Sebagai Anggota MIC - Samy Vellu
Ketika ditanya mengenai kemungkinan reaksi balas daripada PPP berhubung keputusan itu, Samy Vellu berkata: "Apabila kita buat keputusan, kita tidak bimbang tentang apa-apa perkara. Bila kamu pergi berperang, kamu tidak akan berpatah balik".
Sekali lagi Samy memukul gendang perang dan menunjukkan kehebatannya dalam tindakan yang menguntungkan MIC ketika terdesak dan kemaruk dengan jawatan dalam kabinet untuk kaum India.
Samy sanggup tikam dari belakang parti komponen BN lain semata mata untuk kuota kabinet dan sikap lantang Kayveas selama ini nampaknya memakan diri.
Sudah pasti Najib restui sebagai jalan penyelesaian memandangkan Murugiah tetap kekal di kabinet walaupun dipecat oleh PPP dua tahun lalu.
Apakah kemungkinan PPP kan keluar dari BN untuk bersama pembangkang sebagai jalan menyelamatkan maruah parti yang diperbudakkan oleh MIC dan Pengerusi BN???
"Saya suka mengumumkan kita telah menerima beliau sebagai ahli dalam MIC. Keputusan telah dibuat dan saya mengucapkan selamat datang kepada beliau. Saya berharap beliau dapat menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Menteri demi kebaikan masyarakat India," katanya kepada pemberita.
Mentaliti Samy ialah Menteri India hanya bekerja untuk kaum India, bukan untuk Rakyat Malaysia bertentangan dengan kehendak Najib, 1Malaysia.
Agaknya lah kalau ada Menteri Melayu yang cakap macam tu..demi kebaikan masyarakat Melayu..aku rasa bertalu talu dikatakan 'racist'...tetapi satu hal lagi, mungkin Samy ni dah jatuh kelas politik bankrap maka kata2nya sudah tidak ada diperdulikan lagi, kesian.
Kaya Kesihatan Kaya Kewangan - Kaya Dunia Kaya Akhirat - Alhamdulillah +60198242500
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Keyakinan
1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...
-
Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...
-
Lokasi: Hospital Kajang. “Boleh panggil doktor sekarang, tak? Bodoh ke buat mesyuarat sekarang. Janji nak beri balik pagi ni. Nanti tak...
-
𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...
No comments:
Post a Comment