Saturday, May 28, 2011

Satu lagi projek BN di PP

28/05/2011 4:09pm

GEORGE TOWN 28 Mei — Paderi Gereja St. George berterima kasih kepada kerajaan kerana membiayai kos membaik pulih rumah ibadat yang dibina pada kurun ke-19 itu.

Projek baik pulih Jabatan Warisan Negara yang melibatkan kos RM1.8 juta itu dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Paderi Charles Samuel berkata, anggota gereja juga amat menghargai usaha dan sumbangan kerajaan untuk membaik pulih gereja Anglican tertua di Asia Tenggara itu, yang siap sepenuhnya pada November tahun lepas.

Samuel berkata, sepanjang tempoh sembilan bulan kerja membaik pulih itu dijalankan, anggota gereja berkenaan menjalankan upacara keagamaan mereka pada setiap Ahad di sebuah dewan di gereja itu.

Gereja di persimpangan Lebuh Farquhar dan Jalan Masjid Kapitan Keling itu diisytiharkan warisan negara pada 2007. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...