"Operasi Lalang tahun 1987 yang menyebabkan ramai yang menjadi mangsa    ISA termasuk saya sendiri dan beberapa orang yang ada dalam Parlimen    hari ini, ekoran ketegangan kaum yang berpunca daripada kenyataan Najib    mewakili Pemuda Umno dan Lim Kim Sai mewakili MCA.
"Berlaku   cabar mencabar hingga kepada peringkat nak mengadakan  perhimpunan   sejuta umat melayu, dibuat road show dengan membuat  kenyataan hasut   Orang Melayu hadir perhimpunan dan bawa senjata tajam  untuk basahkan   darah Orang Cina dan bawa mancis api untuk bakar rumah  orang cina,"   katanya.
Tajuddin terus bangun meminta beliau menarik balik   kenyataan tersebut  namun ditegur oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin   Mulia dan menyuruhnya  duduk.
Ekoran itu juga Tajudin yang kecewa dengan tindakan Speaker, keluar meninggalkan dewan.
Bercakap  pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu, Mahfuz sekali  lagi  menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu kerana   mempunyai bukti.
"Saya tidak menarik balik kenyataan saya dalam   dewan tadi, sebaliknya  kalau itu dianggap kenyataan menghasut boleh   heret dan dakwa saya di  mahkamah.
"Saya hanya menyebut sejarah   bagaimana isu salah guna kuasa apabila  Menteri Dalam Negeri diberi   kuasa dan menyalahgunakan kuasanya," katanya  yang pernah menjadi Ketua   Pemuda PAS sebelum ini.Hrkh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terkini dan kini
P ENGUMUMAN RASMI 30 Oktober 2025 Ahli Yang Dihargai, Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan, kete...
- 
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...
- 
Memang le berok² ni terkejut sebab selalu diberi dedak..disuap. dicucuk hidung Apakah menderma untuk tabung bagi tujuan membayar huta...
- 
Kepada ahli UMNO, sejauhmanakah di masa sekarang penerimaan parti anda di kalangan rakyat. Jawablah dengan jujur. Bolehkah parti ini sur...
 
 
 
Nanti bila berlaku 12 Mei Mr. Bean nak minta pertolongan Melayu atau Cina. Kalau ahli keluarganya mampus dan tiada orang PAS disekelilingnya siapa nak talkinkan, orang UMNO Islam atau DAP kafir?
ReplyDelete