Rektor UIA Prof Datuk Dr Zaleha  Kamaruddin pada tengah hari  Jumaat memanggil satu sidang akhbar bagi membetulkan persepsi dunia luar  ke atas apa yang berlaku.
Katanya, tindakan penggantungan yang  dikenakan ke atas Dr Aziz Bari sebenarnya bukanlah satu bentuk hukuman  tetapi ia adalah sekadar tempoh untuk memberi tunjuk sebab berhubung  kenyataan Aziz berkaitan titah Sultan Selangor, Sultan SharafuddinIdris  Shah baru-baru ini.
Dr Zaleha juga menjelaskan,  penggantungan khidmat Abdul Aziz berkuat kuasa dari 19 sehingga 25  Oktober ini adalah merupakan penggantungan bergaji penuh.
“Penggantungan itu dibuat bagi melicin  dan mempercepatkan siasatan tanpa sebarang gangguan bagi mendapatkan  penjelasan daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu  secepat mungkin,” kata Dr Zaleha sambil menegaskan tindakan yang dibuat  ketika ini (penggantungan dan penyiasatan) adalah urusan UIA dan tidak  mahu campur tangan pihak luar.
Dr Zaleha juga menjelaskan, Peraturan  Tatatertib UIA tidak menetapkan apa-apatempoh untuk penggantungan  “tetapi apabila beliau (Dr Aziz) sudah menjawab surat tunjuk sebab itu,  barulah kita akan memastikan sama ada wujud atau tidak alasan-alasan  untuk meneruskan tindakan tatatertib kepada beliau.” (sekiranya ada).
“Peraturan 15 dalam Peraturan Tatatertib  Kakitangan UIA memperjelaskanbahawa kebebasan ahli akademik membuat  sebarang kenyataan umumhendaklah tidak bercanggah dengan kepentingan  universiti,” katanya.
Beliau menambah, siasatan dan surat tunjuk sebab Abdul Aziz selepasitu akan diperbincangkan dalam Tribunal Universiti.
 
 
 
alah puan reaktor...kalau diterang kan pun kat puak2 pembangkang ni bukan reti bahasa...mmg dalam kepala hotak dorang tu asyik nak berdemo je...sikit2 demo...kalau demo yg elok tu takpe jugak...
ReplyDelete