Nasihat kepada editor: Jangan sensasikan isu hingga menimbulkan huru hara kepada negara, memadai sekadar memberitakan kebenaran tanpa tokok tambah.
Ketika anwar dan pembangkang diasak dan tidak terjawab, barua ni pula cuba buat isu lain:
Naib Presiden PKR, N Surendran (gambar) meminta Menteri Dalam Negeri,
Hishammuddin Hussein mendedahkan dalam masa 24 jam butir-butir lengkap
arahan yang diberikan kepada editor media pada 27 April berhubung Bersih
3.0.
Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada perhimpunan Bersih 3.0 dan keganasan pihak polis terhadap wartawan.
“Kami telah mendedahkan bukti bahawa arahan untuk mengganggu, menghalang
dan menahan wartawan yang melaporkan tentang perhimpunan Bersih 3.0
datang dari peringkat tertinggi Kementerian Dalam Negeri,” ujarnya dalam
satu kenyataan.
Menurutnya, pada 27 April, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein Onn
telah mengarahkan kesemua ketua editor akhbar-akhbar utama untuk datang
bertemu beliau.
“Kami juga diberitahu bahawa semasa pertemuan tersebut, ketua-ketua
editor diberi arahan tentang bagaimana melapor keadaan semasa
perhimpunan Bersih 3.0 dan mereka juga diminta supaya tidak melaporkan
kekejaman pihak polis,” kata Surendran lagi.
Beliau berkata, pihak polis dengan jelas telah mengikut telunjuk
Kementerian Dalam Negeri apabila pihak media yang sedang merakam aksi
salah guna kuasa polis terhadap orang awam juga dikasari.
Tambahnya, tiada sebarang kenyataan dibuat sehingga kini oleh PM,
Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara tentang keganasan tersebut.
Katanya lagi, jawapan Hishammuddin bahawa rampasan barang-barang wartawan adalah prosedur biasa pihak polis agak mengejutkan.
“Ini juga serangan yang serius oleh BN terhadap kebebasan akhbar.
“Di bawah sistem demokrasi kita, Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai
sebarang hak terhadap media tentang apa yang mereka boleh atau tidak
boleh melaporkan,” ujarnya.
Surendran berkata, dalih Najib dengan meminda PPPA 1984 untuk membenarkan kebebasan akhbar ternyata satu kepalsuan.
“Kami menyeru Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein untuk
mendedahkan dalam masa 24 jam butir-butir lengkap arahan yang diberikan
kepada media semasa mesyuarat itu,” tegasnya yang juga seorang peguam.
Beliau seterusnya meminta Najib dan Hishammuddin menerangkan dan
menjawab dakwaan layanan kejam dan salah guna kuasa polis terhadap media
dan orang ramai pada 28 April.
Dipetik dari - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9996-bersih-30-apa-arahan-hisham-kepada-media-27-apr
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...
-
Two days ago, I had the good fortune to spend some time in the company of the Honourable Former Prime Minister of Malaysia. He ...
-
Dari awal posting lagi dalam blog ini, saya ingin memberi keyakinan dan kepercayaan kepada DS Najib di atas segala dakwaan terhadapnya terma...
-
Mengikut Gopal Sri Ram mantan hakim, Jho Low boleh dikaitkan 4 kesalahan di bawah Penal Code. Sekaligus menolak segala kaberap oleh Nazr...
No comments:
Post a Comment