Thursday, August 2, 2012

Tun Zaki - candangan awak tak masuk akal !!!


Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam bersama Agensi Penguat Kuasa Pengangkutan Awam, Tun Zaki Azmi menyarankan kerajaan menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan setiap pesalah lalu lintas membayar saman serta-merta sebagai langkah untuk mendidik masyarakat mematuhi undang-undang jalan raya.


The Special Commission to Study the Transformation of the Civil Service has proposed that traffic offenders pay summonses on the spot.
 Its chairman, Tun Zaki Azmi said traffic offenders who failed to pay the summonses would have their vehicles seized, clamped and towed.



Tun Zaki adalah bekas ketua hakim negara dan sebagai seseroang yang dianggap paling ariff dengan undang2 kenapa boleh mencadangkan sesuatu yang pelik dan amat pelik. 


Saman hanya merupakan satu procedure untuk pihak berkuasa membuat pertuduhan ke atas individu atau kenderaan yang diyakinya melanggar peraturan.  Saman  menawarkan bayaran kompoun jika individu atau kenderaana tersebut mengaku salah.


Jika seseorang itu tidak mahu membayar kompaun dalam ertikata lain tidak mengaku bersalah maka dia akan didakwa di mahkamah di hadapan seorang hakim untuk membuat keputusan.


Saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bukan satu hukuman yang perlu dipatuhi sertamerta kerana ia amempunyai pilihan untuk berjumpa di mahkamah.


Jadi cadangan mewajibkan saman dibayar sertamerta itu sendiri berlawanan dengan procedure perundangan. Polis atau JPJ menjalankan tugas mereka menyaman, yang kena saman mempunyai dua pilihan samada membayar denda atau menunggu dibicarakan oleh mahkamah. 


Hanya hakim perbicaraan mempunyai kata pemautus samada bersalah atau tidak.  Itupun tertakluk kepada kedua-dua pihak boleh merayu keputusan ke mahkamah yang lebih tinggi.


Jika polis dan pihak berkuasa dibenarkan menyita kenderaan atas alasan tidak membayar denda sertamerta itu merupakan satu lagi undang2 rimba dan merupakan cubaan merampas kuasa hakim dan mahkamah.


Tun Zaki - cadangan awak tak masuk akal !!!

4 comments:

  1. Operasi lalu listas JPJ sahaja yg boleh ambil tindakan utk bagi merit atas jenis kesalahan lalu lintas di jalan raya sehingga boleh terbatalnya lesen memandu mengikut pertukaran warna lesen berperingkat2 yg tergolong daripada ketegori kesalahan,jumlah kesalahan sehingga menentukan jenis kenderaan yg sesuai di pandu oleh pesalah atau di larang memandu kenderaaan,demi keselamatan pengguna jalanraya yg lain.Soal mencari rezeki adalah tanggunjawab pemegang lesen.

    ReplyDelete
  2. cadangan yang x masuk akal..kalau pesalah x bawak cukup duit macam mana?

    ReplyDelete
  3. dia ni gilo ka babi nak suruh bayar saman underspot?

    ReplyDelete
  4. Kemudahan awam seperti cukup tempat letak kereta, lampu isyarat yang mesra pengguna, jalan yang selesa, masalah yang dibawa oleh pemandu yang membawa kenderaan terlalu perlahan, kerja-kerja pembaikan jalanraya yang tidak teratur dan pelbagai lagi keadaan juga turut menyumbang kepada kekerapan kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna dan kemalangan.

    Semua kesalahan lalu lintas sewajarnya mempunyai kadar denda yang standard tetapi pengguna akan dikenakan denda yang makin meningkat jika pengguna itu melakukan kekerapan kesalahan lalu lintas. Misalnya kalau kesalahan pertama, ia di denda hanya RM20 tetapi bagi kesalahannya yang 20 tentulah kadarnya RM500..ini akan memberi peringatan kepada pengguna bahawa kadar denda yang tinggi menunggunya jika dia melakukan lagi kesalahan lalulintas. Pemandu juga kena kembali kepada ujian memandu pada setiap 20 kali kesalahan.
    Begitu juga pemandu warga emas terutama yang mengalami masalah jantung, darah tinggi dan kencing manis wajar dihadkan masa penggunaan jalanraya.
    Undang2 memang tidak dapat memenuhi selera semua pengguna tetapi biarlah ia nampak adil dan mendidik.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...