Monday, May 4, 2015

Redhuan Tee Menjawab Pertanyaan dan Persepsi Dengan Jelas

# 3 hari lepas di Permatang Pauh - PKR mampu menang lagi.
Semalam di Rompin - BN kekal menang dng sedikit shj majoriti merosot.
Pandangan Peribadi.


Memetik kata Professor Redhuan Tee, kalau salah, mengakulah. Kalau tuduhan serkap jarang - perjelaskanlah.

Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti perlu diselamatkan demi ugama, bangsa dan negara.

Setakat ini, sudahkah
ada pemimpin tertinggi mengaku atau memperjelaskan (?)

Apakah pertuduhan Mahathir serkap jarang (?)
Jawabnya: Mahathir TIDAK buat pertuduhan sebaliknya pertanyaan.

Adakah Mahathir buat pertanyaan serkap jarang (?)
Kaji latarbelakang Mahathir sebelum kita sendiri buat andaian liar atau tuduhan serkap jarang.

Apakah pertanyaan itu dituju khusus kepada  Ahmad Maslan (?)

Pertanyaan Mahathir bukan sekadar sebaris dua malah sering diperincikan dengan fakta dari masa ke semasa dan pertanyaan Mahathir bukan keseorangan.

Apakah setakat ini Najib sudah mengaku bersalah atau memperjelas segala kekeliruan (?)
Najib juga tidak keseorangan, ada yang membantu menjawab pertanyaan..

Menjawab saolan atau pertanyaan mesti datang dari orang yang faham dan yang berkelayakan (authorised)

Menjawab saolan dan memberi jawapan adalah dua perkara yang berbeza.
Seperti dalam peperiksaan, kenapa ada yang gagal. Kebanyakan yang gagal bukan kerana tidak menjawab saolan tetapi gagal kerana memberi jawapan yang salah.

Yang lulus adalah mereka yang "memberi" jawapan yang betul. Sekadar jawab, belum tentu betul.
Itulah yang dimaksudkan Redhuan "perjelaskan" jika ada pertanyaan serkap jarang.

Setakat mana tindakan kerajaan dan Najib. Apakah mereka mengambil tindakan berikut:
1) menafikan
2) mengaku salah
3) memberi jawapan

Apa yang mereka nafikan itu adakah "memberi jawapan".
Apakah mereka mengaku silap dan salah (undur).
Najib enggan undur, bererti dia tidak mengaku salah atau dia merasakan dia masih di landasan yang betul dan ramai sudah yang menyokong.
Apakah mereka sekadar menjawab pertanyaan atau "memberi jawapan"

Apabila ada pertanyaan..
Apakah Najib memperjelaskan secara terperinci berdasarkan saolan atau lebih banyak mengelak dan lari dari persaolan.

Apakah "diam" itu sebagai tanda memberi jawapan..
Apakah "diam" itu tanda mengaku salah..

Apabila pengakuan itu tidak datang dari mulut, ia boleh dilihat dari segi bahasa badan dan tindakan..
Orang terdesak dan tertekan tentu berbeza dengan mereka yang mencari kebenaran...

Kehidupan sebenar tentu berbeza dengan lakonan...

Akhir sekali rakyat lah yang menilai apa yang benar apa yang salah, bukannya siapa yang benar siapa yang salah.

Sekarang penyokong berada di mana (?) Sokong pemimpin atau sokong apa yang benar (?)






7 comments:

  1. Berbalik kpd kenyataan KD bahawa tun mahathir hanya bertanya dan bukan menuduh, maka apa justifikasi menuntut najib melepas jawatan? Soalan memerlukan jawapan, bukan desakan untuk berundur. Yang mana satu betul, tuduhan dgn pengesahan penyelewengan atau sekadar bertanya dan minta jawapan? Sepatutnya soalan perlukan jawapan, bukan perlukan letak jawatan. KD kena tanya tun dulu, bukan pandai2 menulis bagi pihak tun mahathir. Lain yg tun harap lain pulak tafsiran KD.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin tak letak jawatan sebab dia tahu yang di bawah pun sama je......

    Semua macam buaya buka mulut LUAS tunggu turn.

    Tukar ke PR. Pakatan baru.

    Walaupun mungkin ada buaya juga. Tapi mulut BUKA SIKIT ataupun buka untuk keringkan dahaga je sebab ramai renjer yang perhatikan.

    Ubah PRU nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar ke PR? hahaha...lagi banyak mulut LUAS menunggu!

      Delete
  3. Wayang kulit jer kepada rakyat. Jelas ialah rampasan kuasa antara 2 kem terbesar di UMNO. Seseorang yang tidak senang mengaku kalah seperti lain-lain sebelumnya dan seseorang yang ingat UMNO tu bapak dia punya dan dia Mahafiraun. Lain-lain kem yang tak seberapa kuat tunggu jer kesempatan dan peluang untuk jadi Brutus dan ditabalkan Ceasar.

    Ahli-ahli UMNO yang tak berkem pulak tunggu pihak mana yang sanggup bayar untuk kesetiaan mereka.

    Semua berjuang atas dasar demi Ugama, Bangsa dan Negara.

    Kini pihak rakan BN, pembangkang dan NGO dah pon masuk campur politik UMNO. Lagi meriah suasana kerana LKS parti DAP , musuh utama UMNO dah pulak sokong Mahafiraun. Kenapa sokong Mahafiraun dan bukannya Najib? Mahafiraun yang penjarakan beliau semasa Ops Lallang dahulu dah lupa ke? Adakah beliau dah maafkan Mahafiraun sebagai helah untuk binasakan UMNO selama-lamanya? Adakah kerana beliau terlalu berpatriotik sahingga bertujuan menyelamatkan Negara walaupun terpaksa bekerjasama dengan musuh utamanya Mahafiraun?

    Soalan penting yang tidak memerlukan jawapan ialah "Kenapa soalan-soalan Mahafiraun ni baru timbul dan tidak 3-4 tahun lepas?" Adakah kerana dah semakin hilang kroni-kroni dan laba-laba semakin berkurangan? Atau, adakah kerana iri hati dan bengis melihat puak-puak lain semakin berkuasa dan semakin kaya?

    Gajah berperang, pelandok mati tengah-tengah dengan monyet-monyet atas pokok menjerit-jerit keriangan.

    Last, last kalau masih berterusan macam ni, parti UMNO akan hancur dan ahli-ahli mereka mencari PKR , DAP atau PAS sebagai pelindung alternatif.

    Maka tamatlah riwayat Mahafiraun bernombor ahli 000000000001 dan parti UMNO Baru yang ditubuhkan sebagai parti penyangak UMNO.

    Nak menyelamatkan nyawa sendiri, maka Bangsawan Bugis akan menggantikan tempat Anwar kat Sg Buluh dengan Mahafiraun dan Mahathirists dengan melaksanakan Ops Akta Hasutan. AG dan IGP baru perlu untuk melaksanakan tugas-tugas ni dan harus keturunan orang Bugis atau Minangkabau. Puak-puak kaum Melayu lain kurang cerdik sadikit.

    bersambung kemudian.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang ko merepak ni, setan? - skrip Ahmad Nisfu

      Delete
  4. Entah...mcm mabuk todi je...berterabur

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...