Monday, June 15, 2015

UPDATE: KERAJAAN BERI DURIAN RUNTUH KEPADA PREPAID...... ASAL:PENYANGAK DENGAN LANUN SAHAJA SETARAF UNTUK BERDEBAT, INI HARTA AHMAD ALBAB SIAPA PUNYA...



Tempat yang dicadangkan di Parlimen - hadir ke tidak (?)


INI HADIAHNYA....

(Oleh Nadia Hanafi)
KUALA LUMPUR 16 JUN: Harapan rakyat supaya tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan 6 % ke atas perkhidmatan kad prabayar top up hancur berkecai apabila kerajaan mengumumkan cukai tersebut tetap diteruskan.
Semalam, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin semasa perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) menyoal Menteri Komunikasi dan Multimedia – kenapa GST 6% tidak diserap syarikat Telco seperti kerajaan melaksanakan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) 6% dahulu.
GSTKatanya, sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berjanji GST 6% tidak akan dikenakan ke atas top up dan masalah akan diselesaikan 30 hari selepas 1 April.
Namun dalam ucapan penggulungan, Menteri berkata beliau tiada kuasa untuk membolehkan syarikat Telco menyerap GST 6% dan beliau mengakui bahawa GST memang akan dikenakan ke atas kad top up.
“Jawapan Menteri Komunikasi dan Multimedia sekaligus menghancurkan segala harapan rakyat bahawa GST ke atas kad top up boleh diserap oleh syarikat Telco.
“Ini satu pusingan U (u-turn) yang amat besar,” kata Sim pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambah Pengarah Strategi KEADILAN itu, Menteri sebenarnya mempunyai kuasa untuk menetapkan kadar seperti Seksyan 199 Akta Muktimedia dan Komunikasi 1998, tetapi enggan berbuat demikian.
“Keputusan kerajaan sekaligus akan meningkatkan keuntungan syarikat Telco setinggi RM850 juta.
“Saya juga ingin melahirkan kekecewaan kerana menteri lebih memihak kepada syarikat-syarikat Telco daripada membela rakyat,” kata Sim.

4 comments:

  1. Hahahahaha.......kat Perlimen pun dia ponteng...

    ReplyDelete
  2. Mana dia Najib di sidang parlimen? Dah tak hadir berhari-hari lamanya secara berturut-turut, Speaker Parlimen pasal apa tak ambil tindakan? Apakah dengan habuan tandas pun boleh jual maruah diri?

    ReplyDelete
  3. Lepas Najib tumbang, maka si Nazri mangkuk ni akan dihumban ke rimba sahajalah, pengganti Najib tak akan kutip 'sampah' seperi Nazri Aziz ni sebagai ADUN atau ahli parlimen, jauh sekali nak dikutip 'sampah' ini ke dalam barisan kabinet negara.

    ReplyDelete
  4. Harta2 yg tidak munasabah dimiliki menteri seharusnay di rampas.

    Raja diiktiraf UN boleh merampas harta dari penyelewengan. Di Thai, Taksin & adiknya sedang didakwa di mahkamah diraja.

    Saya menggesa sistem Beraja kekal, keran sistem Presiden hanya kan memyebabkan jawatan tersebut seperti jawatan Menteri yg boleh dibeli BABI kaya lalu, menteri BABI itu menghina kaumnya & rajanya sendiri

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...