Monday, June 15, 2015

SIAPA PULA YANG MENYAMAR NI, TRY YOUR BEST TO SPIN..

Warkah Terbuka Untuk DYAM Tunku Mahkota Johor
Ampun Tunku beribu ampun jika warkah terbuka ini menimbulkan kermurkaan Tunku.
Apabila Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan Duli Yang Amat Mulia Tunku mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu yang tidak sepatutnya campur dalam hal politik, Tunku menulis satu mesej panjang lebar kepada Rakyat Malaysia.
Pandangan Nazri “Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik,” sangatlah tepat dengan tradisi pentadbiran demokrasi raja berpelembagaan di Negara ini.
Tunku juga dengan penuh bangga mengisytiharkan Bangsa Johor, satu akronim yang sangat tidak masuk akal dan berunsur membentuk satu Negara dalam Negara. [Sebenarnya definisi “Bangsa Johor” termaktub dalam undang-undang tubuh negeri. – Editor]
Tunku memang mempunyai pandangan-pendangan kontroversi dan “hollier than thou” yang menarik ratusan ribu penyokong fanatik di media sosial. Itu hak Tunkulah untuk mencari populariti secara demikian biarpun tidak lagi menghormati kerabat di raja yang lebih tua.
Namun apabila Tunku menyindir Perdana Menteri dengan menulis “bagaimana boleh diadalan suatu dialog bertajuk ‘Nothing2Hide’ dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya” ia sudah melebihi sempadan sepatutnya.
Perdana Menteri dan Polis mempunyai pertimbangan yang sewajarnya sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke sesuatu program. Ia bukan hak tunku pun untuk menghina kepimpinan rakyat.
Memang Nazri menjawab kasar kepada Tunku. Ia sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan seperti mana tidak sewajarnya Tunku menulis sedemikian mengenai Perdana Menteri.
Dalam menjawab Nazri, Tunku menyatakan pandangan tersebut hanya menyuarakan pandangan rakyat.
Memang betul ada rakyat berpandangan sedemikian. Ada juga rakyat berpandangan dua pemimpin Melayu tidak sepatutnya hadir bergaduh dalam majlis terbuka sedemikian.
Namun, Tunku sebagai pemimpin besar Melayu di Johor seharusnya tahu adab, kesopanan dan kesusilaan antara pemimpin Melayu.
Jika Perdana Menteri tidak berpuas hati dengan perilaku Sultan dan kerabat, beliau ada Menteri Besar menyampaikan ketidakpuasan hati tersebut secara senyap dan tertib.
Bukankan Perdana Menteri sepatutnya mendapat layanan yang sama daripada institusi Di Raja?
Apabila adab dan kesopanan ini sudajh dilanggar, akan ada yang melanggar kembali biar pun tanoa restu Perdana Menteri.
Tunku murka, terasa hati dan mula mengatur sokongan apabila ditegur oleh Nazri. Sebaliknya Perdana Menteri terpaksa mendiamkan diri dan merasai kesedihan sahaja apabila ada anak raja seperti Tunku menghina beliau kerana tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan Istana.
Budaya apa yang hendak diterapkan?
Ampun Tunku beribu ampun,
Benar sekali Menteri bukan tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Demikian juga Tunku pun bukanlah nabi yang maksum.
Namun jika semua perkara hendak diperkatakan kepada umum sudah tentu institusi kesultanan Johor sendiri belum kekal seperti hari ini.
Hakikatnya, kerana taatnya UMNO kepada raja, banyak perkara dipendam dan didiamkan begitu sahaja, biarpun rakyat di bawah dan menteri-menteri Besar tahu apa yang berlaku.
Tidak salah Tunku memberi pandangan mengenai pentadbiran, namun menuduh Perdana Menteri mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan, ia bukan lagi pandangan pentadbiran tapi campur tangan politik. Ini merupakan satu penghinaan kepada institusi Perdana Menteri sendiri.
Jika Tunku tidak mahu dihina janganlah menghina rakyat biasa. Perdana Menteri hanya rakyat biasa yang tentu sukar menjawab balik sindiran dan hinaan Tunku.
Ingatlah kembali perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.
Sudah dua kali ia dilanggar mengakibatkan dua kali perubahan Perlembagaan Malaysia bagi mendefiniskan semula hubungan raja-raja Melayu dan Rakyat.
Jawapan biadap Nazri Aziz hanya bermula apabila Tunku sendiri melanggar persetujuan Demang Lebar Daun Dan Sang Sapurba.
Tunku sebagai waris kesultanan Melayu Johor belajarlah adab susila bangsa Melayu. Jangan rendahkan darjat Tunku dan Institusi Kesultanan dengan kenyataan-kenyataan di luar sempadan aura kesultanan.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.
Rakyat Marhaen
Amin Bin Yatim


## Cepat betul surat terbuka ini ada dalam blogg prepaid, sendiri tulis kot...Sikap kurang ajar seperti Menteri Hang Celupar masih ada dalam surat terbuka ini.

6 comments:

  1. Kpd amin bin yatim suku sakat tak bertelor...

    Tlg hantar sendiri kpd DYAM TMJ. Kul 4 ptg ni kat istana serene pun bagus jugak...lgi bagus sediakan pembesar suara dan sebut tiap 1 perkataan yg ditulis

    ReplyDelete
  2. Siapa langgar persetujuan? Tunku Mahkota Johor berpihak kepada rakyat, itu melanggar perjanjian antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba ke? Kalau ikutkan, Nazri ni dah mati dibunuh kalau ikut perjanjian asal antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba yang mana menyatakan bahawa jika anak cucu Demang Lebar Daun buat salah, maka janganlah dicerca, dibunuh sahajalah, lebih kurang begitulah.

    Bodoh tak tahu sejarah berlagak pandai, ni Abu Jahal Tukang Jawab Najiblah, data semua lingkup! Dongeng saja lebih.

    ReplyDelete
  3. Najib memang pengecut, bacul, penakut, sebab dia tahu Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan datang ke program N2H tu, maka Najib pun larikan diri, pengecut betul Najib inilah.

    Malahan Amin bin Yatim tak mau hantar surat samakah kepada Sultan Pahang yang mengkritik Tun Dr. Mahathir sebab Tun Dr. Mahathir mendedahkan masalah dan salah laku Najib mengenai 1MDB itu? Itu pun masuk campur juga, mengapakah hanya nampak Tunku Mahkota Johor sahaja dalam isu ini?

    ReplyDelete
  4. Dua minggu lepas DYMM Agong bertitah baginda yakin dengan kemampuan kerajaan Najib dan Muhyiddin merungkai masalah terkini...tup2 Raja di Selatan engkar titah tu kata Najib tak betul...ini sudah kes Raja lawan Agong....sahih gempa bumi skala 7.5 Richter nak melanda bandaraya di negeri selatan tu...bersedia lah ...

    ReplyDelete
  5. Kalau tak silap aku surat ni dalam blog haram jadah MYKMU.......sial.

    ReplyDelete
  6. Pernah kah berlaku di Nusantara wujudnya satu kumpulan yang mengkhianati Sultan yang Berdaulat serta merampas kuasa dan kemudian berlagak hero?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...