Wednesday, November 18, 2015

PEMIMPIN UMNO KEDAH SEDANG KUMPUL MIMPI DAN IMPIAN..



Ketika UMNO Johor sedang bermuafakat membawa berkat, pemimpin UMNO Kedah pula sedang mengumpul impian untuk berpuak dan berpecah...

Cerita di Pusat, PAS akan bekerjasama dengan Najib menjadikan sebahagian pemimpin UMNO yang sedang mimpi kerusi MB langsung tidak risau dengan PAS Kedah.

Mereka lebih sebok "siapa yang dapat kerusi" dari memberi sokongan kepada Bajet Kedah yang dibentangkan oleh bukan kalangan puak mereka.

Seperti yang berlaku di Terengganu apabila jawatan MB direntap dan jika berulang di Kedah, tidak ada "kebaikan" pun kepada masa depan parti kerana perselisihan dan dosa MB berkenaan bukan pada rakyat.

.........

Ikuti Pembentangan bajet negeri johor 2016 yang akan dibentangkan YAB Dato Mohamed Khaled b Nordin Menteri Besar Johor pada hari ini Pukul 9.30 pagi melalui saluran radio JOHOR FM 101.9fm dan best fm 104.1 atau saluran online streaming
www.jauhar.my dan johor.gov.my

Layari www.muafakatjohor.com untuk membaca ucapan penuh dan titik sentuhan bajet johor 2016 dan poster infografik di  FB https://m.facebook.com/mohamedkhalednordin dan twitter @khalednordin

#BajetJohor2016


Sama sama kita viralkan!

https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin/videos/10153466628918173/

8 comments:

  1. KD,
    Biaq kat depa la KD , depa(mereka warlord umno kedah) ni ingat boleh pegang kuasa sampai kiamat , kita tengok apa permainan warlord warlord ini yang tak pernah serik dan insaf , yang tau nak jawatan , kedudukan dan cari wang untuk memikirkan masalah rakyat secara serius tak terlitas walau pun sesaat , kalau ada pun cuma rektorik dan lakunan untuk bagi ada saja . Tak pernah pun mereka nak tanya apa kah sebab orang kedah boleh undi BN mengalahkan PAS pada PRU 13 ? . biar la mungkin masa untuk umno ditarik kuasa oleh Allah swt keseluruhannya di peringkat nasional sudah hampir .

    ReplyDelete
    Replies
    1. geng bashah dan mahdir la jugak pernah hilang kuasa memerintah kedah kpd pas
      losers

      Delete
  2. UMNO Kedah jangan duk timpa perasaan, ingat pengundi Kedah tak tahu dan tak nampak apa yang berlaku, Kalau nak pengundi Kedah berubah, buat lah perangai..Kali ni kalau Kedah di tawan pembangkang, jangan harab lagi nak ambil balik...fikir-fikir lah, dah jadi exco tu harus bersyukur, jangan pula mengeluarkan kenyataan seolah-olah nak ganti tempat DS Mukhriz..bak kata orang "lebih camca dari kuah"

    ReplyDelete
  3. Main cara elok, ganti MB selepas PRU akan datang...seperti menarik rambut dalam tepung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengkelan aku tgk muka dia ni nak terajui kedah
      kami nak yg muda saja

      Delete
  4. Selagi ada puak-puak lama anak Pak Lebai mau pun Pak Aji dok perasan depa masih lagi ada harapan dan releven zaman internet ni payahlah pemimpin UMNO yang berbakat dan bertenaga nak pimpin negeri Kedah ni.

    Puak-puak zaman Tun ni patut dok relax saja tolong sokong puak2 muda buat kerja. Tak kena tegur janganlah sampai aku katok hang hang katok aku.

    ReplyDelete
  5. Dah tau nk tukaq mb baik undi pembgkg ja, daripd undi puak2 dahok ni

    ReplyDelete
  6. Cubalah tukar Mukhriz kalau nak melingkup!! jangan hanya nak lampias dendam Najib pada TUN , ... mmg tak harus disokong puak2 perosak UMNO ni!!

    ReplyDelete

AGI IDUP AGI NGELABAN