http://anwaribrahimblog.com/2009/04/30/1malaysia-sekadar-kosmetik-dan-laungan-retorik/
1Malaysia: Sekadar Kosmetik dan Lunak Retorik!
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Anwar
“Kita Anak Malaysia, Satu Malaysia”
………
Laungan di atas cukup melunakkan satelah Pakatan Rakyat difitnah sebagai alat Cina!
Satelah didapati dukungan Cina dan India terhadap Umno-BN merosot parah, maka dikumandangkan semula slogan satu Malaysia.
Alahai mirip “Malaysian Malaysia” yang dituntut DAP sekian lama tetapi diserang Umno sebagai perkauman Cina. Akhirnya pimpinan Umno sekonyong-konyong melutut kapada tuntutan perkauman.
Namun jika ditinjau mendalam, apa yang diamalkan adalah sekadar kosmetik, atau botox yang menggantikan bedak sejuk dan celak. Kelonggaran dan liberalisasi adalah untuk menawan hati pengusaha kaya Cina asalkan tidak menjejaskan kepentingan projek, kontrak dan habuan kroni mereka.
Ini berbeda dengan gagasan kita merangka Agenda Ekonomi Malaysia yang menjurus kapada kepentingan rakyat terbanyak, termasuk kaum majoriti Melayu-Bumiputera terpinggir dan miskin atau Cina dan India lainnya.
Dan isu lebih mendesak dari sudut prosedur tender, ketelusan, mengelak amalan boros, rasuah dan pembaziran tidak ditangani.
Demikian slogan ampuh. Bagaimana pula dengan pengamalan “Satu Malaysia”? Lihat saja mesej perkauman dan asabiyah sempit dalam kursus BTN!
Di media umum dibicara perpaduan satu Malaysia. Tetapi dalam kursus diracuni fahaman Melayu terjerat akibat gelojoh Cina dan muslihat serta khianat Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz. Bukankah munafik namanya?
Lagi pun tujuan mereka adalah untuk menyalahkan kalangan lain dan bukannya penjenayah dan perasuah besar yang menyebabkan Melayu hidup merempat satelah diperintah Umno selama satengah abad.
Disebalik tabir, dalam gelap dan berselindung mereka menyerang tetapi bacul manakala berdepan!
ANWAR IBRAHIM
..........................................................................................................
Satu cubaan Anwar Ibrahim yang terdesak dan sedikit cemas ialah samatarafkan dirinya dengan Nik Aziz untuk mendapat simpati ahli PAS.
Lebih kalut lagi, beberapa cadangan pembaharuan ekonomi semasa memungkinkan kaum India dan Cina kembali beralih menyokong BN.
Anwar makin kekurangan peluru...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KESILAPAN LALU
1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...
-
Dengar betul²... Tak kira apa bangsa.. Tak kira apa ugama.. Tua atau muda.. Sabah Sarawak atau Semenanjung.. Missi utama buang Naji...
-
N ama Tabung biar sedikit patriotik.. TABUNG SELAMATKAN MELAYU TABUNG SOLIDARITI JAMAL TABUNG BANGKIT UMNO Peringkat kampong...
-
PAS dan umno elok bersatu kalau nak PH tewas. PAS perlu jaga imej jangan sampai calonnya tewas pada AMANAH. PAS wajar dibubarkan jika AMA...
No comments:
Post a Comment