Saturday, April 23, 2011

1B betulkah menggugat DAP dan UMNO

Najib kini mendapat tekanan dari kaum Cina berhubung 1B gagasan Utusan yang disambut baik oleh Perkssa. Najib diejek kerana tidak mengenakan apa apa tindakan kepada akhbar pro UMNO dan juga dipertikai kerana tidak mengeluarkan kenyataan keras selepas mesyuarat kabinet Rabu.
Kerajaan juga ditempelak kerana isu yang sama jika '1C' dimainkan oleh akhbar Cina, tentulah kerajaan mengambil tindakan yang keras.

Pembangkang mula menunjukkan sokongan dan keperluan 1Malaysia apabila merasai 1B akan menggugat agenda politik perkauman mereka. DAP sudah mula terasa bahang apabila isu perkauman yang mereka mainkan telah menyebabkan Bumiputera hilang sabar sekaligus harapan mereka untuk bersatu dengan kaum Dayak di Sarawak akan tergugat.

Sudah terlambat buat Najib dan kerajaan untuk mengambil tindakan ke atas Utusan kerana ia kini sudah disambut dan diterajui oleh Perkasa yang akan mula berkempen di Alor Setar pada 30hb April dan seterusnya di 17 lokasi lain.

MengISAkan Ibrahim Ali atau menghalang perjumpaan 1B di 18 lokasi dengan menggunakan polis kelak akan menyemarakkan lagi kemarahan bangsa bumiputera dan barangkali ada pihak tertentu seperti PAS akan mencari pengaruh selepas ada ura2 PAS mahu mengasingkan diri dengan Pakatan selepas melihat gelagat anti Islam DAP di Serawak dan masalah moral Anwar.

Menghalang 1B dalam apa cara hanya lebih merosaakkan imej Najib di kaca Bumiputera sebaagai tunduk kepada tekanan kaum Cina.

Apakah kaum Cina benar benar berani mengadakan '1C'???? DAP mungkin sanggup jadi juaranya tetapi apakah mereka akan mendapat sokongan Dewan Perniagaan Cina dan Para Peniaga Kaum Cina???Mereka perlu berhati hati dan perlu berfikir beribu kali...

Kenapa UMNO tidak sokong 1B?, kata Najib, sokong Melayu sokonglah UMNO..itu dah cukup.
Dangkal betul Najib..suara penyatuan 1B sebenarnya lahir apabila kaum Bumiputera melihat UMNO sudah hilang arah, bukan lagi pembela Bumiputera malah makin tunduk kepada kehendak kaum bukan Bumiputera, lebih lemah dan lembek dari Paklah. Mana mungkin Melayu mahu menyokong UMNO lagi...

Najib turun padang sekadar nak tayang baju batiknya, bukan menyelam hati nurani orang Melayu dan Bumiputera. Apakah Najib ingat orang Melayu dan Bumiputera sekarang boleh dibeli dengan sekadar salam, tepuk bahu dan senyuman ???

Dan tak perlulah Najib ulangi perjuangannya 'sebijik' macam Tun Razak..memualkan.

1B perlu diteruskan sebagai satu persediaan, satu wadah baru perjuangan bumiputera mempertahan dan memperjuangkan hak mereka tanpa mengira perbezaan ugama dan parti. Persediaan ini juga sekaligus memberi ingatan dan amaran kepada mana mana pihak lain supaya menghormati perlembagaan negara dan jangan racist yang melampau.

Tidak siapapun yang perlu bimbang dengan 1B sebab ia tidak berteras pada politik dan tidak akan menganggu sesiapapun jika mereka tidak berniat jahat.

2 comments:

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...