Wednesday, June 23, 2010

Pemimpin UMNO tak serang lagi komponen..diam sungguh.

Dalam perjumpaan BN, Najib meminta pemimpin BN supaya menyerang lawan (pembangkang) dan bukannya saling serang menyerang sesama sendiri.

Saranannya disambut baik apabila Murugiah menarik balik samannya ke atas Presiden PPP Kayveas.

Saranannya juga disambut pula oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek dengan memberi kenyataan bahawa untuk memastikan 'serangan' sesama sendiri tidak berlaku kerajaan yang ditunjangi UMNO harus memberi layanan dan keadilan yang samarata kepada komponen BN.

Baik Najib mahupun pemimpin UMNO lain, semuanya sepi tanpa jawapan balas???

Di luar kotak, cuma Ibrahim Ali yang sebut Ka Siong biadap dan kurang ajar dalam memperoalkan kuota biasiswa Melayu dari MARA, sekali lagi pemimpin UMNO diam.

Diam sungguh pemimpin UMNO bila soal Melayu kena ludah.

No comments:

Post a Comment

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...