Tuesday, June 15, 2010

Ke arah kerajaan popular..

Lewat kebelakangan ini sekurang kurangnya terdapat 2 kenyataan Menteri yang agak menganggu perasaan rakyat, satu dari Idris Jala tentang kemuflisan negara dan keduanya dari Nazri tentang pengurangan biasiswa. Kedua duanya mendapat reaksi dari pelbagai pihak hingga ada yang menuduh Menteri berkenaan memandai mandai atau seolah menikam Najib dari belakang.

Jangan salahkan Menteri2 yamg telah diberi tugas dan di amanahkan oleh Najib selaku PM, mereka mengeluarkan kenyataan jika bukan kebenaran dan realiti.

Menyatakan kebenaran dari kebiasaan dan mennyatakan sesuatu di luar kotak dari dalam kotak biasa memang sukar diterima.

Apa yang sedang dilalui oleh Menteri adalah kenyataan dan apa yang sedang diucapkan oleh Najib hanya satu retorik penyedap telinga dan sebahagian dari taburan janji pemanis kata.

Sandiwara ini dapat kita lihat bukan dari bibir Menteri sebagai menarik balik kenyataan atau memohon maaf atau membetulkan fakta tetapi dari mulut PM, keputusan belum muktamad.

Najib lebih mahu menjadi Perdana Menteri atau Kerajaan yang Popular, popular dengan pelbagai janji seperti yang dilakukan oleh Paklah sebelum ini, projek demi projek, peruntukkan demi peruntukkan tetapi hakikatnya 'duit' tak ada. Ambik dari bahagian ini untuk diperuntukkan di bahagian lain, bila ada Menteri berkaitan terjerit terlolong peruntukkan tiada, barulah disedari... jawapan yang pasti Keputusan belum Muktamad.

Pelik dan hairan beberapa projek seperti Istana Negara, cadangan bangunan Parlimen baru, projek Permata, lawatan luar negara sambil shopping dan sebagainya yang tidak menjadi terlalu keutamaan tetapi telah mendapat tempat utama untuk dilaksanakan sedangkan soal biasaiswa, pendidikan anak bangsa dipinggirkan.

Adalah agak pelik 2o tahun yang lalu, Malaysia yang baru membangun, miskin boleh memberi peruntukkan yang besar terutama kepada anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran tetapi di ambang sekarang kononnya negara telah maju, peruntukkan ini dikikis hingga begitu banyak cerdik pandai anak Melayu mendapat pendidikan yang tidak sempurna dan di IPTS yang lebih 'cekik darah' dan komersial.

Kerajaan UMNO hari ini sudah lari dari tanggungjawab sebenar.

No comments:

Post a Comment

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...