 UMNO PP akan saman lim guan eng sebanyak 30j..itukah nilai UMNO PP? Dan kalau lim guan eng  minta maaf secara sinis.....sesen pun UMNO PP tak dapat.
UMNO PP akan saman lim guan eng sebanyak 30j..itukah nilai UMNO PP? Dan kalau lim guan eng  minta maaf secara sinis.....sesen pun UMNO PP tak dapat.Jumlah itu terlalu sikit, mudah untuk dibayar jika pun lim eng guan kalah..
GEORGE TOWN, 13 Sept – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menghantar notis tuntutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana membuat tohmahan dan fitnah terhadap UMNO bertujuan mencemar nama baik dan kredibiliti UMNO sebagai sebuah parti politik orang Melayu.
Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata, notis tuntutan itu meminta Lim tempoh tujuh hari mulai esok untuk memohon maaf secara terbuka dan memberi jawapan kenapa beliau membuat fitnah kepada UMNO.
Katanya, jika Lim gagal berbuat demikian, UMNO akan memfailkan saman malu di mahkamah sivil sebagai tindakan susulan.
Beliau dalam kenyataannya kepada UMNO-Online memberitahu UMNO Pulau Pinang telah melantik Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos daripada Jahaberdeen & Co. sebagai peguam mengendalikan kes saman malu ini dan membuat tuntutan sebanyak RM30 juta.
“Sekiranya menang wang ini kita akan gunakan untuk rakyat negeri ini, Bantu orang miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan,” katanya.
 13  SEPT. 2011: Penolong Ketua Penguatkuasa Jabatan Kastam, Datuk Zainul  Abidin Taib dan Timbalan Pengarah Narkotik Ibu Pejabat Kastam, Liah Omar  menunjukkan bungkusan dadah jenis syabu bernilai hampir RM46 juta yang  dirampas, dalam sidang media di Nilai, Negeri Sembilan. - Utusan/ABDUL  RAZAK AID
13  SEPT. 2011: Penolong Ketua Penguatkuasa Jabatan Kastam, Datuk Zainul  Abidin Taib dan Timbalan Pengarah Narkotik Ibu Pejabat Kastam, Liah Omar  menunjukkan bungkusan dadah jenis syabu bernilai hampir RM46 juta yang  dirampas, dalam sidang media di Nilai, Negeri Sembilan. - Utusan/ABDUL  RAZAK AID Sudah tentu ini bukan kali pertama mereka menyeludup, mungkin sudah beberapa kali, ke mana wang itu digunakan hasil keuntungan di masa lalu???
Siapa dalang di belakang mereka??? Apakah ini merupakan sumber kewangan untuk agenda menentang kerajaan??

 
 
 
No comments:
Post a Comment