KUALA LUMPUR 10 Sept — Syarikat telekomunikasi (telco) diminta    mempertimbangkan semula cukai enam peratus terhadap pengguna talian  pra-bayar sebelum isu itu dibawa ke Kabinet, kata Menteri Perdagangan  Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Saya sudah janji bawa perkara ini ke Kabinet tetapi saya harap telco  mempertimbangkan dulu sebelum perkara ini dibangkitkan (dalam mesyuarat  Kabinet),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah  Terbuka Aidilfitri Bank Rakyat di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, isu menaiktaraf perkhidmatan telco telah  berkali-kali dibangkitkan tetapi ia masih tidak diambil berat malah  secara tiba-tiba telco mahu menaikkan bayaran perkhidmatan itu kepada  rakyat. — Bernama
Telco pula sengaja menyerapkan cukai perkhidmatan bagi 'menjinakkan' pengguna untuk mengguna prabayar dengan pelbagai promosi dan hari ini jumlah jutaan pengguna telah terperangkap dengan keputusan ini? Adalah wajar hanya pengguna mudahalih prabayar yang berdaftar selepas 15hb september sahaja dikenakaan. 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terkini dan kini
P ENGUMUMAN RASMI 30 Oktober 2025 Ahli Yang Dihargai, Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan, kete...
- 
Kepimpinan UMNO di bawah Najib nampaknya lebih cekap dan cepat bertindak, secara diam-diam mereka turun padang merapati ahli akar umbi. ...
- 
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...
- 
DAP dan umno boleh bekerjasama dan bergabung bila-bila masa. Jika lim kit siang mempunyai keutamaan sebagai PM dan Najib takut risiko k...
 
 
 
Kerajaan boleh bantu rakyat jika slogan rakyat diutamakan menjadi pegangan. Caranya liberalkan industri telekomunikasi di negara kita. Jangan bagi lesen kepada 3-4 peserta sahaja. Jemput syarikat-syarikat asing masuk menyertai. Dalam keadaan sekarang, 3-4 peserta ini seolah-olah diberikan perlindungan sebab itulah tamak haloba menguasai entiti mereka. Mereka boleh "charge" apa saja sebab pengguna prabayar tidak ada pilihan.
ReplyDeleteKesimpulannya, kerajaan berilah peluang kepada pengguna untuk ada pilihan daripada tidak ada pilihan.