Pengerusi DAP, Karpal Singh menolak keputusan Jawatankuasa Disiplin parti itu yang membebaskan Timbalan Setiausaha Agung parti, Dr. P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II daripada tuduhan melanggar disiplin parti.
Menurut beliau, jawatankuasa itu tidak layak membuat keputusan tersebut kerana Ramasamy juga adalah salah seorang daripada ahli panel yang sama.
Katanya, ahli jawatankuasa disiplin parti sepatutnya berundur daripada kes itu dan membiarkan jawatankuasa baru ditubuhkan bagi mendengar kes berkenaan.
"Benih pemusnahan telah pun disemai sejak dari awal. Mereka duduk dan membuat keputusan terhadap salah seorang daripada mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Selain Ramasamy, tiga yang lain dalam jawatankuasa tersebut ialah Setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang; Naib Pengerusi Kebangsaan, Tan Kok Wai dan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Lim Hock Seng.-utusan.
Pisau kata " DAP tu syarikat Lim dan anak anak"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UNTUK UMUR BAWAH 35
J ual 1 unit, komisen RM1,680 Ya betul. Jual satu pun dah cukup untuk bantu bayar ansuran kereta atau sewa rumah bulan tu. . Ramai tak tah...
-
Dalam peringkat individu berusia 90 tahun, bertanya kepada generasi yang lebih muda menjadi beban besar kepada mereka.. Kesilapan Mahat...
-
Langkawi, kubang pasu dan puterajaya adalah tiga tempat yang dicadangkan kepada Tun untuk dipertandingkan di PRU akan datang. Sudah tentu ji...
-
Jika ketua kerajaanya orang kapir (contoh Pulau Pinang) kalau zalim - wajib tolak - gantikan. Jika ketua kerajaannya orang Islam (...
No comments:
Post a Comment