Pengerusi DAP, Karpal Singh menolak keputusan Jawatankuasa Disiplin parti itu yang membebaskan Timbalan Setiausaha Agung parti, Dr. P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II daripada tuduhan melanggar disiplin parti.
Menurut beliau, jawatankuasa itu tidak layak membuat keputusan tersebut kerana Ramasamy juga adalah salah seorang daripada ahli panel yang sama.
Katanya, ahli jawatankuasa disiplin parti sepatutnya berundur daripada kes itu dan membiarkan jawatankuasa baru ditubuhkan bagi mendengar kes berkenaan.
"Benih pemusnahan telah pun disemai sejak dari awal. Mereka duduk dan membuat keputusan terhadap salah seorang daripada mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Selain Ramasamy, tiga yang lain dalam jawatankuasa tersebut ialah Setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang; Naib Pengerusi Kebangsaan, Tan Kok Wai dan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Lim Hock Seng.-utusan.
Pisau kata " DAP tu syarikat Lim dan anak anak"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...
-
Two days ago, I had the good fortune to spend some time in the company of the Honourable Former Prime Minister of Malaysia. He ...
-
Dari awal posting lagi dalam blog ini, saya ingin memberi keyakinan dan kepercayaan kepada DS Najib di atas segala dakwaan terhadapnya terma...
-
Mengikut Gopal Sri Ram mantan hakim, Jho Low boleh dikaitkan 4 kesalahan di bawah Penal Code. Sekaligus menolak segala kaberap oleh Nazr...
No comments:
Post a Comment