Sunday, October 21, 2012
Setakat mana Nik Aziz nak tiru Mahathir
KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, “kita tiru tindakan” bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46
Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam,” katanya.
Katanya, Dasar Kebangsaan itu pertamanya adalah ajaran dari Eropah dan keduanya, Islam mampu menjamin manusia ke pintu syurga./SinarHarian
Setuju sangat kalau UMNO dan PAS atau PAS dan UMNO bersatu tetapi kedua duanya mesti bubar jika saling mahu berbaik. Kalau UMNO sahaja mahu berbaik dengan PAS dan PAS rasa dia lebih baik dari UMNO - susah juga kalau bersikap demikian.
Islam memang menjamin manusia bukan sekadar ke pintu syurga tapi masuk dan tinggal dalam syurga selamanya... dan jaminan itu bukan dari PAS atau dari jaminan mulut Nik Aziz
Dan jika Nik Aziz betul betul ikhlas dan nak tiru Mahathir - Nik aziz perlu letak jawatan seperti Mahathir letak jawatan - itu yang dijanjikan Nik Aziz yang belum ditunaikan - Kalau lafaz tapi mungkir janji itu dah tergolong dalam golongan mana ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terkini dan kini
P ENGUMUMAN RASMI 30 Oktober 2025 Ahli Yang Dihargai, Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan, kete...
- 
Kepimpinan UMNO di bawah Najib nampaknya lebih cekap dan cepat bertindak, secara diam-diam mereka turun padang merapati ahli akar umbi. ...
- 
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...
- 
DAP dan umno boleh bekerjasama dan bergabung bila-bila masa. Jika lim kit siang mempunyai keutamaan sebagai PM dan Najib takut risiko k...
 
 
 
No comments:
Post a Comment