Tuesday, October 30, 2012

Umum Awal YB yang akan digugurkan..mulakan dengan Rais

Adalah lebih baik semua parti politik yang bertanding dalam PRU13 mengumumkan YB mereka yang akan gugur di PRU13 kelak..Ini membolehkan rakyat melihat samada parti2 politik yang bakal bertanding mampu melakukan perubahan besar dengan menggugurkan 'tunggul, kayu mati dan beruk' yang tidak berfungsi.

BN sendiri mempunyai kelebihan jika pengumuman ini dibuat kerana rakyat ingin melihat 'reformasi politik'. Jika Najib berani melakukan suatu perubahan besar calon expired gugur bererti akan bertambah muka baru, muda yang berpotensi.

Berusia 60 tahun ke atas sudah di anggap layak digugurkan terutama yang melebihi dua penggal. Beranikah Najib gugurkan Rais Yatim? Nazri Aziz? Kekalkan KJ, Mukhriz ! dan buat kejutan dengan gugurkan Hishamuddin ??!!

Apakah nama-nama seperti Lim Kit Siang, Nik Aziz, Karpal mampu digugurkan oleh Pakatan. Bukankah mereka lebih menjadi 'pengacau' dari menyumbang kebaikan kepada negara !!!

YB yang digugurkan boleh memilih untuk terus setia dengan parti atau keluar dari parti supaya perhitungan di PRU13 kelak lebih aman dari sabotaj di hari penamaan calon.

1 comment:

  1. SETUJU, SETUJU! Ni bukan zaman Rais dah... Rais Yatim, sebagai terlibat dengan internet, sepatutnya sedar diri bahawa dia DAH OBSOLETE macam Windows 95.

    ReplyDelete