Sunday, September 1, 2013

'awakening' menepati matlamat

mari kita tanya sedikit persaolan tentang buku awakening yg dikaitkan dng paklah dan kemudian ditangguhkan pengedarannya...
walaupun ramai yg tidak sempat memilikinya tetapi isinya sudah digembar gembur....

pihak manakah antara  sasaran utama yg 'disebat' dlm buku tersebut - mahathir dan perkasa

kenapakah ia ditangguhkan pengedarannya sebelum pru13...
kerana kebetulan mahathir dan perkasa masih kekal menyokong bn dan sebagai balasan naib presiden perkasa dicalonkan atas tiket bn di parlimen shah alam dan calon umno di parlimen pasir mas tarik diri untuk memberi laluan kpd ibrahim ali dan mukhriz di umum bakal mb jika bn menang di kedah. hakikat kedua calon perkasa tewas dan yg paling manis untuk tun m ialah melihat mukhriz terpilih, suatu kebaikan yg dijangkakan untuk rakyat kedah dan mukhriz merupakan yb paling bersih setakat ini sekurang-kurangnya. mukhriz sudah keluar dari bayang mahathir dan bakal pemimpin utama negara jika tidak lembek.

kenapa pula awakening mahu dilancarkan pengedarannya selepas pru13 dan sebelum pau...
mahathir dan perkasa masih jadi sasaran jika mereka cuba menggerakkan dan menyokong mana2 calon dan kumpulan yg mahu menentang najib bagi jawatan presiden umno.

kenapa pula awakening ditangguhkan pengedarannya yg dijangka 9hb september...
mahathir dan perkasa bukan lagi ancaman kpd najib...

apakah awakening akan dilancarkan dalam masa terdekat..
tidak - sebab perkasa sudak lembek dan mahathir sudah bisu

saranan tun mahathir agar pertandingan dibuat pada semua peringkat kecuali presiden dan timbalan presiden  atas alasan mengelak perpecahan dan dalam masa yg sama mencadangkan generasi muda untuk diberi tempat sesuatu yg saling kontradik.

bagaimana mungkin perubahan dapat dilakukan jika di awal awal lagi kongkongan dibuat secara vokal sedangkan siapa yg jadi kepala sangat penting dan mencerminkan keseluruhan aspirai parti dan halatuju negara.
setakat mana najib dihormati dan disegani dengan beberapa isu kepentingan melayu yg langsung tidak ketara malah kaum lain teus diberi muka.

isu jenayah kerana najib membatalkan beberapa akta keselamatan, menteri kabinetnya sendiri menjadi duri dalam daging dng beberapa kenyataan menikam kerajaan, isu kalimah 'Allah', isu mempersendakan Islam dan melayu, sikap peguam negara semuanya longgar dlm kawalan najib.

najib sepatutnya berani mencabar dirinya sendiri untuk mengajak dan menawarkan kerusi presiden untuk ditandingi jika parti umno merasakan kepimpinannya kurang sempurna untuk menerajui negara jika dia benar2 yakin atas keikhlasan perjuangannya untuk ugama bangsa dan negara.

ada berani?

No comments:

Post a Comment

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...