Monday, September 23, 2013

Mahathir tidak disekat sebagai perwakilan




KUALA LUMPUR:  Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan dihalang untuk bertanding bagi menjadi perwakilan Umno ke perhimpunan agung parti itu November ini.

Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom berkata mana-mana anggota Umno termasuk bekas Perdana Menteri itu bebas menawarkan diri untuk dicalonkan dan bertanding di peringkat bahagian tersebut untuk menjadi perwakilannya.

"Tetapi sama ada Dr Mahathir akan dipilih atau tidak sebagai perwakilan ke Kuala Lumpur terpulanglah kepada anggota perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu," kata beliau kepada Bernama hari ini.
Persidangan Umno Bahagian Kubang Pasu akan berlangsung pada 9 September ini.

Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata beliau mendapat tahu sudah ada desas-desus mengatakan Dr Mahathir akan cuba disekat daripada bertanding menjadi perwakilan bahagian itu ke perhimpunan agung parti tersebut.

Beliau menegaskan perkara itu tidak benar kerana Umno tidak melarang mana-mana pun anggotanya daripada bertanding apa-apa jawatan selagi ahli Umno itu memenuhi syarat dan tidak melanggar peraturan-peraturan parti.

"Walaupun itu merupakan hak Dr Mahathir sebagai anggota, tidak pernah berlaku dalam sejarah Umno selama 60 tahun seorang bekas presiden parti dan bekas Perdana Menteri hendak bertanding menjadi perwakilan ke perhimpunan agung parti," katanya.

Menurutnya, kebiasaannya bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden parti akan dijemput ke perhimpunan agung sebagai tetamu khas.

Ditanya jika Dr Mahathir yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu itu memenangi pertandingan sebagai perwakilan dan ingin berucap pada perhimpunan agung tersebut, Mohd Johari berkata soal hendak berucap di Kuala Lumpur pula terletak pada keputusan Perhubungan Umno Negeri Kedah dan bukannya beliau.

Dr Mahathir dilaporkan berhasrat untuk menjadi perwakilan ke perhimpunan agung Umno akan datang bagi menyuarakan pandangan beliau mengenai kerajaan sekarang yang diterajui oleh Umno. BERNAMA
Khamis Ogos 24, 2006

No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...