Thursday, November 28, 2013

apa yg najib terlepas pandang...

rakyat tentyunya mengalu-ngalukan penubuhan majlis konsultansi perpaduan nadional mkpn yg akan memastikan perpaduan nasional 28 juta rakyat mslaysia berbilang kaum akan berterusan di tangan nama-nama besar puluhan ahli yang dilantik.

nama spt wardina, michelle yeoh, marina, saifuddin,  lee lam thye adalah sebahagian dari yg kita pernah tahu, karekter yg tersangatlah kita kagumkan..semua yg mereka sentuh jadi emas.

apa yg agak ketara, majoriti dari yg dilantik merupakan pengkritik kerajaan yg tegar dan golongan yg kecewa dan kurang mendapat perhatian sebelum ini,. najib mengambil pendekatan 'murid nakal' dilantik jadi 'pengawas' sekolah. dengan elaun2 tertentu mungkin selepas ini mereka mudah dijinakkan.

dari sumber2 yg tidak dapat disahkan ada juga nama-nama yg tersenarai merupakan mereka yg pernah berpengalaman dan berjaya dalam menyatukan bangsa2 nomad di gurun pasir sahara dan terlibat juga dalam menyatukan puak afrika yg gagal dijayakan oleh nelson mandella. kewibawaan mereka sudah tidak boleh disangkal.

perpaduan di malaysia mula goyah di era paklah kerana liberalisasi dan demokrasinya yg disokong oleh dasar lembekasinya dan kini diwarisi oleh 'we love pm' yg sangat popular dengan semuakasi.

dapigs yg rasis sudah tentu jadi menikus, kaku dan beku kalau berdepan dng barisan mkpn yg berwibawa, anwar sendiri sakit kepala nak berhujah dengan puak mkpn ini. chua soi lek sendiri terkunci mulutnya...

bagaimana pula dengan perpaduan ummah, sesama muslim - tidak perlukah ditubuhkan satu badan yg hampir sama? siapa pula pengerusinya? nakhaie? mufti perak? ahlinya? - nik aziz?

sebagai lambang, simbol perpaduan nasional adalah wajar mkpn diletakkan terus di bawah jpm, ditempatkan di bangunan yg strategik dan berprestij serta diberi prasarana bertaraf menteri dan peruntukan tanpa had bagi memastikan matlamat perpaduan nasional sentiasa dipandang tinggi. sesiapa yg mempertikaikannya adalah pengkhianat negara.
beberapa slogan, lagu dan papan-papan tanda gergasi perlu dicipta segera.

sesuatu yg perlu yang amat berhormat perdana menteri tidak harus terlepas pandang dan wajar memikirnya secara serius ialah melantik our belove first lady datin sri rosmah mansor sebagai penaung mkpn yg akan menjadi  tanda mercu negara yg utama.

No comments:

Post a Comment

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...