Wednesday, April 20, 2016

MAHASISWA AKAN JADI OTAK BEKU KALAU DENGAR DIA LECTURE

Analisis statik dari jauh sebeginilah membuatkan mahasiswa kekal otak beku atau bangun memberontak...

Apa yang sebenarnya Tun perjuangkan langsung tidak dikupas, ertinya rasuah, menyeleweng, menzalimi rakyat, berbohong, menipu, tiada akhlak boleh dikompromi, disekongkol, dimaafkan sekadar membangkitkan kerjasama dengan pembangkang.



Tun M 'berperang' kerana masih mahu kuasai pentadbiran negara

SHAH ALAM: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat mengganggu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak adalah bukan suatu perkara yang baru, demikian menurut penganalisis politik Prof. Madya Dr. Mohd Noor Mat Yazid.

Katanya kerjasama dengan pembangkang baru-baru ini seolah-olah membuka peluang yang lebih besar, untuk merealisasikan agendanya yang sebelum ini tidak mendapat sokongan daripada pemimpin Umno yang lain.

"Dia (Mahathir) dalam keadaan yang terdesak, perlu sokongan itu dan beliau ingin mengambil pengaruh DAP kearah itu. Saya rasa ada benarnya yang diutarakan Najib bahawa Mahathir mahu kembali (menguasai) pentadbiran negara.

"Mahathir cuba untuk menguasai dalam keadaan Tan Sri Muhyiddin dipecat, dan Mukhriz juga turut dipecat, dan pertembungan antara Muhyiddin dan Najib.

"Dalam Perlembagaan kita tidak ada referandum untuk menjatuhkan kepimpinan. Saya melihat kepada prinsip pertukaran kerajaan melalui pilihanraya.

"Apa pun yang kita rasa tidak bersetuju tetapi kita kena kembali kepada prinsip pilihanraya dan Parlimen," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Najib bahawa Mahathir masih mahu menguasai pentadbiran negara kerana mempunyai agenda tertentu.

Perkara itu dizahirkan Najib dalam satu rakaman wawancara khas yang disiarkan saluran televisyen I-News terbitan media Indonesia.

Pada pendapat beliau, pertembungan antara Mahathir dan Najib bermula apabila, anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir gagal meraih kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan parti 2013.

"Saya lihat pertembungan yang berlaku diantara Tun Mahathir dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ini sudah lebih kepada politik generasi sebab apa yang cuba dirangka oleh Mahathir ini dia berbeza dengan apa yang dirangka oleh (Datuk Seri) Najib.

Menurut Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu, pemecatan Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah juga antara faktor utama yang menyebabkan Mahathir bertindak  bersekongkol dengan pembangkang dalam melancarkan Deklarasi Rakyat yang mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Saya lihat apa yang berlaku kerjasama dengan Lim Kit Siang saya rasa itu tidak akan memberikan kesan yang positif kepada Mahathir kerana saya lihat apa yang dilakukan oleh DAP itu sebagai musuh pada peringkat awalnya dengan perjuangan DAP.

"Maka dengan keadaan terdesak dia membuat perkara demikian saya rasa orang Melayu tidak akan boleh menerima keadaan itu dia melihat kepada keadaan orang yang terdesak mengambil kerjasama itu," ulas Mohd Noor lagi.

6 comments:

  1. The brains we entrust to guide and develop our young people. One dimensional intellect.

    If Tun wanted so much for his son, why wait until other people hold the power to decide Mukhriz's fate? This what is called the neglect of history in making such pronouncements. I have alreday given up on so-called Malay intellectuals who seem to have lost direction.

    Yes, God save us all.

    ReplyDelete
  2. Mudah je prof,

    turunkan najib hadapkan dia ke mahkamah, lantiklah sesape pun dikalangan ahli umno, ahli umno boleh piloh tin kosong ke, si sotong ke, khairi jamban ke malahan si penkid pun boleh...

    Yang penting mesti bersih cekap dan amanah maksudnya bersih dari korup tidak zalim dan tidak menganaiya rakyat.

    Mukhriz jika nak jawatan yang tinggi perlulah aktif, tak boleh lembik, dalam politik mesti jadi macam gangster...

    Lihat pula tun mahathir, umur dah 92 tahun boleh ke dia jadi pm balik? Logik ke? (Walaupun rakyat sokong)

    Prof,

    Tak perlu pandang jauh2, lihat dan renung pada anak2 kita dan berfikirlah....

    "Apa akan jadi masa depan anak2 aku jika mempunyai pemimpin yang korup, zalim dan menganaiya rakyat?"

    Apa akan jadi pada negara ini, mahukah kita menjadi seperti filipina? Kemboja? Myanmar? Malahan indonesia hari ini tidak ada toleransi terhadap rasuah.

    ReplyDelete
  3. Dia ni faham ke apa yang tengah berlaku sekarang, atau buat buat tak faham, takkan dah dapat dedak jugak...

    ReplyDelete
  4. jangan silap bro..bukan nak defend sapa2..cuma kesian gak lect tu...sure serba salah dia..kalau dah reporter tanya..takkan dia nak kutuk2 lak..x pasal2 kena panggil dengan VC..tak pun Menteri...jd..terpaksa lar ckp ikut apa yg reporter tu nak

    ReplyDelete
  5. Dgn didikan pensyarah seperti dia, hasilnya sangat menyedihkan melaui gambaran tahap sebenar kebolehan & kepandaian siswi/siswa anak bangsa seperti yg dipertontonkan seluruh dunia di sesi soal-jawab ceramah Dr. Zakir Naik baru2 ini. Betul2 memalukan...!!!

    ReplyDelete

π—Ÿπ—˜π—§π—”π—ž π—₯π— πŸ­πŸ¬π—Έ π—•π—˜π—₯𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 π—•π—’π—Ÿπ—˜π—› π—¨π—‘π—§π—¨π—‘π—š?

  π—Ÿπ—˜π—§π—”π—ž π—₯π— πŸ­πŸ¬π—Έ π—•π—˜π—₯𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 π—•π—’π—Ÿπ—˜π—› π—¨π—‘π—§π—¨π—‘π—š? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...