Monday, April 25, 2011

Anwar mampu dibebaskan..


1) Pertuduhan melakukan liwat secara paksa
2) Pertuduhan melakukan liwat secara suka sama suka
3) Pertuduhan liwat

Pertuduhan yang salah mampu membebaskan Anwar?!
Ada sesiapa yang boleh memberi pandangan..

Saturday, April 23, 2011

1B betulkah menggugat DAP dan UMNO

Najib kini mendapat tekanan dari kaum Cina berhubung 1B gagasan Utusan yang disambut baik oleh Perkssa. Najib diejek kerana tidak mengenakan apa apa tindakan kepada akhbar pro UMNO dan juga dipertikai kerana tidak mengeluarkan kenyataan keras selepas mesyuarat kabinet Rabu.
Kerajaan juga ditempelak kerana isu yang sama jika '1C' dimainkan oleh akhbar Cina, tentulah kerajaan mengambil tindakan yang keras.

Pembangkang mula menunjukkan sokongan dan keperluan 1Malaysia apabila merasai 1B akan menggugat agenda politik perkauman mereka. DAP sudah mula terasa bahang apabila isu perkauman yang mereka mainkan telah menyebabkan Bumiputera hilang sabar sekaligus harapan mereka untuk bersatu dengan kaum Dayak di Sarawak akan tergugat.

Sudah terlambat buat Najib dan kerajaan untuk mengambil tindakan ke atas Utusan kerana ia kini sudah disambut dan diterajui oleh Perkasa yang akan mula berkempen di Alor Setar pada 30hb April dan seterusnya di 17 lokasi lain.

MengISAkan Ibrahim Ali atau menghalang perjumpaan 1B di 18 lokasi dengan menggunakan polis kelak akan menyemarakkan lagi kemarahan bangsa bumiputera dan barangkali ada pihak tertentu seperti PAS akan mencari pengaruh selepas ada ura2 PAS mahu mengasingkan diri dengan Pakatan selepas melihat gelagat anti Islam DAP di Serawak dan masalah moral Anwar.

Menghalang 1B dalam apa cara hanya lebih merosaakkan imej Najib di kaca Bumiputera sebaagai tunduk kepada tekanan kaum Cina.

Apakah kaum Cina benar benar berani mengadakan '1C'???? DAP mungkin sanggup jadi juaranya tetapi apakah mereka akan mendapat sokongan Dewan Perniagaan Cina dan Para Peniaga Kaum Cina???Mereka perlu berhati hati dan perlu berfikir beribu kali...

Kenapa UMNO tidak sokong 1B?, kata Najib, sokong Melayu sokonglah UMNO..itu dah cukup.
Dangkal betul Najib..suara penyatuan 1B sebenarnya lahir apabila kaum Bumiputera melihat UMNO sudah hilang arah, bukan lagi pembela Bumiputera malah makin tunduk kepada kehendak kaum bukan Bumiputera, lebih lemah dan lembek dari Paklah. Mana mungkin Melayu mahu menyokong UMNO lagi...

Najib turun padang sekadar nak tayang baju batiknya, bukan menyelam hati nurani orang Melayu dan Bumiputera. Apakah Najib ingat orang Melayu dan Bumiputera sekarang boleh dibeli dengan sekadar salam, tepuk bahu dan senyuman ???

Dan tak perlulah Najib ulangi perjuangannya 'sebijik' macam Tun Razak..memualkan.

1B perlu diteruskan sebagai satu persediaan, satu wadah baru perjuangan bumiputera mempertahan dan memperjuangkan hak mereka tanpa mengira perbezaan ugama dan parti. Persediaan ini juga sekaligus memberi ingatan dan amaran kepada mana mana pihak lain supaya menghormati perlembagaan negara dan jangan racist yang melampau.

Tidak siapapun yang perlu bimbang dengan 1B sebab ia tidak berteras pada politik dan tidak akan menganggu sesiapapun jika mereka tidak berniat jahat.

Friday, April 22, 2011

Gambar menceritakan...







....ramai yang meneka dengan betul (2)













Kalau bekas PM kita wajar beri gelaran Bapa, sewajarnya mereka Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia tetapi jika sekadar Presiden kepada sebuah parti, atau Penasihat kepada sebuah persatuan atau Ketua pada satu kumpulan, sehebat manapun mereka, gelaran 'Bapa' kurang wajar kerana sumbangannya tidak menyeluruh.
Kepala atau Ketua Puak mungkin boleh digunapakai.



" Kepala Puak Racist 1Malaysia"

Uniknya kerana dua orang sekaligus dapat tittle ini dan bertambah unik sebab hubungan mereka 'bapa borek anak rintik' yang dididik khusus dari Mentor di Se'tan.

DAP memang tidak ada harapan untuk memerintah Malaysia kalau inilah pendekatan dan sikap mereka, apalagi untuk dihormati kawan dan lawan kerana bersikap babirian.


Apa yang sangat dibangga agaknya oleh pengundi cina yang menyokong DAP, kalau kepuasan, kepuasan atas apa? DAP memang tidak mampu menang untuk perintah sarawak, cina sudah jadi pembanggkang, sebagai pembangkang apa yang mereka boleh dapat sedangkan cina sangat fokus untuk meraih kekayaan melalui ekopnomi.

Yang menyokong DAP atas dasar racis, atas rasa kebencian kepada kaum dan ugama lain adalah kaum yang mempunyai jiwa yang sakit dalam masyarakat majmuk. Mereka hilang pertimbangan dan realiti, sesuai hidup dalam hutan belantara.

Paling malang, mereka diperdaya dan ditipu oleh DAP yang memerintah secara 'along' di Selangor dan diktator di Pulau Pinang. Pemimpin yang hanya mementingkan satu kaum sahaja di Malaysia akan tidak bertahan lama, lambat laun akan terpinggir dan tidak relevan.

Thursday, April 21, 2011

No Wonder...Azzizah percaya



Berdasarkan artikel ini http://anwaribrahim.com2011/04/21anwarmestidihapuskan/ no wonder Azizah bermati matian percaya dan yakin pada Anwar, apalagi agaknya sogokan konco konco dan Anwar sendiri terhadap Azizah anak beranak.






Mungkin satu solat hajat besar besaran perlu dibuat untuk menyelamatkan Azizah supaya diberi hidayah dan kekuatan untuk membongkar segala misteri dah rahsia, kelak menjadi sejarah dan lagenda buruk siasah terbesar Malaysia.






Bebaskah Azizah sekarang untuk menemui siapa sahaja untuk mendapat pandangan dan nasihat atau sebenarnya dia selalu di awasi??!!

...ramai yang meneka dengan betul (1)


Aku dah lupa atau buat buat lupa apakah gelaran yang diberikan kepada bekas bekas PM Malaysia terdahulu, tetapi sebelum aku lelapkan mata, yang ini perlu aku ingat...

Bapa "Play Safe" 1Malaysia

Hishammuddin bertukar kementerian.. !!??

Cina mula bergaduh sesama cina, DAP mengkritik keras MCA dan menyarankan supaya parti itu keluar dari komponen BN atau bubar - itu yang terkini.

Sebelum inipun dilapurkan akhbar cina dan pro cina memainkan peranan penting sebagai anti BN dan berbau perkauman ketika pilihanraya Sarawak. Utusan Malaysia turut terbabit dalam sentimen ini.

Juga dilapurkan di PP, seorang cina menulis surat kepada Majlis Perbandaran supaya sebuah Masjid dimusnahkan kerana 'membuat bising'

Dan banyak lagi berita di sini dan di sana berbau perkauman yang dibimbangi akan melarat dan berterusan sehingga boleh mencetuskan sesuatu menjelang 13Mei2011.

Apakah KDN memandang ringan dan sepi perkara ini sehingga langsung tidak ada tindakan yang sesuai.

Sesuatu yang jelas, kerajaan mungkin dalam kedudukan dilema untuk bertindak kerana menterinya seorang Melayu dan akan dianggap bersikap perkauman jika mengambil tindakan ke atas akhbar akhbar cina ini.

Dalam hal ini disarankan, Menteri Dalam Negeri dilantik dari kalangan MCA atau MIC untuk membersihkan nama kerajaan jika tindakan di ambil.

Menteri yang ada sekarang wajar ditukarkan ke Kementerian Belia dan Budaya sesuai dengan sopan santun dan budi bahasanya.

Bagaimanapun semua ini terpulanglah kepada kuasa dan budibicara Najib.

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...