Tuesday, June 10, 2014

Tuanku Sultan Johor Bijak Bestari..

Cerita lama banyak pengajarannya yang boleh buat tauladan kita bersama. Komen Nurul Mubin Siraj dlm blog zamkata tertarik untuk saya copy dan paste di sini.
Guru saya pernah bercerita. Kisah seorang raja ketika berada dalam balai rong seri berhadapan semua menteri dan pegawainya. 

Kata sang raja, "minyak wangi ini berbau busuk!" sambil menyerahkan botol minyak itu kepada menteri kanannya sebagai meminta pengesahan atau bantahan. 

Sang menteri mengatakan, "ya, busuk." Lalu botol minyak itu diedarkan kepada setiap menteri dan pegawai, dan semua mereka mengatakan "bau busuk.". 

Sampailah botol minyak wangi yang dikatakan busuk itu kembali kepada sang raja. 
Sang raja tersenyum dan berkata, "sebenarnya minyak wangi ini berbau wangi, bukan busuk. Namanya pun minyak wangi."

Moral ceritanya: Seseorang terlalu berat hendak berkata benar kepada orang yang paling dihormati dan berkuasa.
            




# Wajar juga kalau Tuanku Sultan bertanya Khaled: Kenapa tergesa-gesa membuat 10 pindaan jika deraf awal tidak bermasalah seperti dikata?

1 comment:

  1. Khaled tak menyerlah sejak di Kerajaan Persekutuan lagi.Masa dia mula-mula jadi menteri dulu pun tetiba je muncul ,sebelumnya nama beliau tidak pernah kedengaran,tapi tak tahulah mungkin saya tak ambil kesah pasal tokoh Umno ni kerana saya bukan orang Umno.Begitu juga menteri Kerja Raya masa tu Saziman(?),tapi dia ok juga lah cepat menawarkan diri utk berundur.

    Pelik juga ,kononnya enakmen asalnya bertujuan utk kepentingan rakyat,org yg tak tahu diminta jangan campur dan tak perlu komen,tapi bila di bentangkan lain pula kandungan nya,tak seperti cadangan asal.Pastu tak mahu mengaku salah lak,utusan pun nak di suruh minta maaf.Alaihan hidup zaman ni pun mereka nak berpura-pura,memalukan.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...