Sunday, August 17, 2014

3 Perkara Yang Nik Aziz Jangan Buat-Buat Lupa

* Apa yang Hadi nak mengadu lagi kepada Nik aziz yang sudahpun tahu kesimpulannya ?

Apa yang terjadi dalam PAS kini dalam semua perkara dan semua isu, pelbagai bahasa dan kata boleh diungkap, tahniah, takziah, simpati, padan muka......

Tetapi semua ini tidak boleh lari dari peranan utama Nik Aziz yang mengambil 3 sikap yang berlawanan dengan fitrah seorang Islam yang lebih mengetahui hukum hakam tetapi bertindak melayan untuk kepuasan emosi, dendam dan nafsu politik dunia..

Pertama kerana menyokong Anwar yang sah melakukan sex diluar tabie yang dilarang keras oleh Islam
- Nabi pun tak mengaku umat tetapi Nik Aziz terima sebagai pemimpinnya.
Sekarang bertambah kuat dan ramai, mereka menyokong atas dasar apa? anwar difitnah? Pernahkah anwar mengambil langkah untuk membuktikan dirinya benar? Kes mahkamah yang ada sekarang adalah kes pertuduhan ke atasnya dan bukan anwar yang membawa kes ini untuk membersihkan namanya (2 perkara yang berbeza)

Kedua kerana mengambil sikap membenci UMNO kerana dendam yang tidak kuat asasnya - Di mana sikap pemaaf? Sedangkan pandai pula dia menasihati MB Khalid untuk menjaga aib munafik? Di mana musyawarah ? Perjumpaan pun ditolak atas alasan politik.

Ketiga kerana menerima dan lebih percaya kafir musuh Islam yang nyata DAP -
Sedangkan dahulu UMNO dikafirkan oleh Fatwa Hadi kerana berkawan dengan MCA. Persahabatan UMNO dengan parti bukan Islam dalam lingkungan (dominan/menguasai) tetapi hari ini PAS bukan sahaja tunduk tetapi sudah sampai sujud kepada DAP?

Inilah jasa, amalan, zikir dan sedekah jariah nik aziz kepada umat Islam yang dia akan bawa sebagai bekalan ke padang masyar - tolong sampaikan pesanan ini kepadanya bagi yang berkesempatan bertemunya untuk dia perbetulkan sebelum ajal menjemput.

Oleh itu apabila ulama sudah dipersenda dan diketepikan, anwarinas menguasai, yang haram dihalalkan oleh
mereka yang sedang menguasai PAS buat masa ini seharusnya tidak perlu ada rasa terkejut kerana apa yang nik aziz benih dan semai kini adalah hasil nya yang sedang dituai.

Mat Sabu jugalah orang yang diselamatkan oleh Nik Aziz dalam kes khalwatnya di Kota Bharu dan kini orang sama membalas budinya, menjadi pengikut setia aljuburi.

Nik Aziz pernah meminta maaf secara am (selepas tidak lagi dipilih sebagai MB Kelantan kerana tidak dapat perkenan Sultan),  tetapi 3 tindakannya di atas perlu  pengkhususan kerana virus sedang merebak.





# Jika ada sesiapa yang menganggap 3 perkara itu kebaikan maka terbaiklah jadinya.

7 comments:

  1. Balasan yang amat setimpal dengan kemunafikan mereka selama ini.

    ReplyDelete
  2. Mudah2xan sebelum maut menjemput, DSHA, TGNA & pemimpin UMNO sempat mengucapkan perkataan maaf kepada seluruh umat Melayu di atas pentas & secara 'live' diiringi pimpinan lagu-lagu solawat dan berpeluk-pelukan akrab sebagai tanda ikhlas KITA ADALAH MUSLIM YANG SEBANGSA DAN SEAGAMA.
    InsyaAllah, jika perkara ini dapat dilakukan, ada 'benda' lain akan terjadi dan menyusul.
    BAGI SEKUMPULAN MELAYU (SAMADA PUAK UMNO/PAS/PKR) YANG JIKA (ADA) MASIH MENENTANG PENYATUAN BANGSA MELAYU ITU NANTI (KERANA MASIH TERKURUNG DENGAN SIHIR DAJJAL & PUJUKAN DUNIAWI), BIARKAN MEREKA (DENGAN KATA NISTA MEREKA ITU), MUDAH-MUDAHAN MEREKA JUGA AKAN DIBERI HIDAYAH PADA SUATU TAHUN DAN BULAN NANTI.
    Amin.

    ReplyDelete
  3. Jgn jadi spt golongan yg, "sama sahaja bg mrk kamu beri perungatan atau tidak kamu beri peringatan."
    Tp jadilah dr golongan, "berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bg org org beriman."

    ReplyDelete
  4. Terbaik artikel ini...benar sungguh sheikh....dah lama kita tau...tp kita dituduh mcm2..padahal ada kalanya kita tersangat ikhlas menasihati beliau dan org2 PAS...kita kata ini politik depa kata ini Islam..sedih kerana kita Islam tp depa ckp kita kafir...DAP tu apa...napa syg kafir harbi tu lebih dr kita yg islam ni...hatta kita penyokong UMNO..sy sedih siratulrahim sesama Islam sudah digadaikan...masih belum terlambat...

    ReplyDelete
  5. Inilah akibat menyokong si PELIWAT sbgai pemimpin kamu wahai PAS.....jgn pike konon2 kamu ahli PAS kamu masuk syurga maka bole buat apa saje kamu suka...kamulah yg plg munafik diantara yg munafik...janji Allah itu kan benar...maka tunggu lah saat kehancuran PAS...PAS pasti hancurrrrrr...

    ReplyDelete
  6. aku rasa DS Najib pernah memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia tak lama dulu...

    ReplyDelete
  7. Geli hati. Bukan PAS yang tarbiyyahkan DAP tetapi DAP yang tarbiyyahkan PAS

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...