Wednesday, August 21, 2013

Husam Bertaraf Menteri - mana standard jadi Pengerusi Tadika

di kelantan - disebut sebut bakal mb
di pusat - menteri kanan kalau pembangkang menang
di parti pas - calon presiden - iq lebih baik dari matsabu, mahfudz

pucuk dicita - ulam tak datang
manusia hanya merancang - hanya Allah penentu segala
sultan kelantan pun bijaksana.




Datuk Husam Musa memohon maaf kerana tidak dapat menerima tawaran kerajaan negeri Kelantan untuk menjadi pengerusi kepada dua anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Kelantan Golden Trade(KGT) Sdn Bhd dan Tunjong Development Corporation.
Kedua-dua GLC ini pernah dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS itu semasa masih menjadi Exco kanan kerajaan negeri di bawah pimpinan bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Saya tidak pernah di rundingi untuk perlucutan dan pelantikan mana mana anak syarikat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu mengulas tawaran yang dibuat oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider.
Menurut Husam (gambar atas), beberapa syarikat yang dipengerusikan dan ditubuhkan olehnya sebelum ini telah ditarik balik darinya.
"Jika saya diberi pilihan, saya lebih berminat untuk mempengerusikan Baldah Toyyibah yang telah dilantik sebagai peneraju utama pembinaan lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai dan saya merasa bertanggungjawab untuk memastikan pembinaan lebuhraya tersebut menjadi kenyataan," tambah Husam dalam satu kenyataan bertulisnya kepada The Malaysian Insider.
"Sebenarnya, semua susunan pembiayaan telah di atur semasa saya ditugaskan dulu," tambah beliau.Menurut Husam, sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13 (PRU13), Kelantan telah meluluskan satu kawasan perlombongan besi di Sungai Tuang, Gua Musang dengan nilai RM 2.5 bilion yang dijadikan cagaran pembayaran lebuhraya berkenaan.
"Saya di fahamkan kawasan perlombongan seluas 3,000 hektar tersebut telah ditarik balik dan dicadang diluluskan kepada beberapa individu tertentu. Selain itu, saya telah menubuhkan anak syarikat perlombongan kerajaan untuk tujuan memajukan sendiri perlombongan dengan skala besar, teknologi moden dan tambah nilai melalui pemprosesan dengan nama Az Zahab.

"Alhamdulillah selepas hanya tiga bulan diluluskan lesen pertama perlombongan emas kami telah mengeluarkan emas pertama (gambar kanan) minggu lepas. Selain itu kami telah mendapat  kelulusan perlombongan  mengganese yang boleh digunakan untuk hub pemprosesan tambah nilai dan nilai lombong itu sahaja di anggarkan bernilai setengah billion ringgit," kata Husam kesal.
Az Zahab, katanya, ditubuhkan untuk menyokong pembinaan lebuhraya dan stadium baru."Saya berharap kerajaan negeri boleh menjaga aset ini dengan sebaiknya," kata Husam."Alhamdulillah semasa saya diamanahkan untuk mempengerusikan anak ank syarikat ini kesemuanya mencatitkan keuntungan," katanya.
PMBK Sawit sahaja telah mencatat keuntungan sebanyak RM8 juta sehingga Jun tahun ini, katanya."Saya berharap pengerusi yang baru boleh menjaga amanah ini dengan sebaiknya."Saya juga ingin merakamkan rasa hairan bagaimana sesetengah pengerusi yang tidak berfungsi tidak dtukarkan," kata Husam.
KPK misalnya mencatat kerugian dan terdapat banyak urusniaga yang meragukan berlaku.Anak syarikat perladangan sawit seperti Ladang Relai juga mengalami kerugian, beritahu beliau.
"Saya berharap kerajaan negeri melantik satu audit bebas ke atas anak syarikat penting yang sepatutnya untung tetapi sebaliknya rugi," tambah Husam memberikan cadangan. – 21 Ogos, 2013.TMI
 http://malaysiaberih.blogspot.com/2013/08/husam-musa-tolak-tawaran-kerajaan.html

No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...