Friday, October 11, 2013

Nak UMNO Selamat.. Pilihlah Kj




 


 

Kj dan Sharizat ada harapan besar untuk memang jika yang anti Melayu pun memberi SOKONGAN IKHLAS kepada mereka. Satu petanda baik buat UMNO kalau nak cepat dan selamat xxxxxx  ??


Key Performance Index
Di mana letaknya ‘performance’ atau KPI Khairy Jamaluddin? Sekadar pandai bergimik itu – dijaja The J-Star sebagai “Able to attract young via social media and his many projects for youths” – bukan bererti mengenal perjuangan mahupun mempunyai pegangan.
Selama 4 tahun KJ jadi pengerusi Pemuda BN dan Ketua Pemuda Umno, berapa banyak undi belia yang dapat dibawanya ke pangkuan BN?
Cuba tanya: Bagaimana BN boleh hilang undi popular sehingga ketinggalan 4 poin peratus di belakang Pakatan jikalau betul rancangan-rancangan oleh KJ adalah efektif?
KJ punya gengSTAR
Rencana ‘Khairy ready to answer allegations of power abuse‘ dimuatkan oleh suratkhabar suara DAP hari ini.
The J-Star memberi ruang kepada KJ untuk menepis tuduhan bahawa dia mengambil kesempatan jawatan menteri kabinetnya beserta menyalahgunakan jentera awam kementerian untuk berkempen pilihanraya parti.
Suratkhabar pro-DAP itu memetik KJ sebagai berkata: “I am not deterred by the smear campaign” dan “they have resorted to making unfounded allegations”.
Laporan J-Star tersebut adalah percubaan untuk memutihkan nama KJ dengan melekatkan label “kempen fitnah” ke atas dakwaan-dakwaan yang diajukan terhadap Menteri Belia dan Sukan itu.
Harapan KJ dapat tarik balik undi Cina?
Wakakakaka.
Akhbar Jerusubang itu juga menguar-uarkan: “Khairy has earned the respect of many in the movement, including his detractors for his many ideas, which include the popular Barisan Nasional Youth job fairs and outreach activities for youths”.
Kecondongan The J-Star kepada KJ terserlah. Kalau media pembangkang begitu berkenan and sayang kepada Khairy, apa intipatinya bagi masa depan dan halatuju Umno?
Dicanangkan bahawa “YB KJ juga sedikit sebanyak dapat mempelajari tentang sensitiviti dan norma kehidupan seorang Cina yang kini majoritinya simpati kepada DAP” menerusi pengambilan Regina Lee sebagai setiausaha akhbarnya. Bukankah Najib sudah pernah tunjuk peka dan prihatin kepada kehendak-kehendak masyarakat Cina?
Apa balasan yang diterima oleh Perdana Menteri?
Oh really?
Peranan Najib menaikkan KJ
“Meanwhile, in an earlier interview, Khairy described the revival of his political fortunes as a ‘second chance’ and said he did not want to squander it.
“I have spent the last four years trying to rehabilitate my political career and not many people get second chances’.”
Perdana Menteri Najib Razak lah yang bertanggungjawab memberi “peluang kedua” kepada KJ.
The J-Star menyebut bahawa “The 37-year-old Khairy’s political fortune is on the upswing after being appointed Youth and Sports minister after the 13th general election”.
Kita boleh simpulkan bahawa kerjaya politik KJ melonjak naik atas ehsan dan jasa Najib yang melantiknya sebagai Pak Menteri.

 http://helenang.wordpress.com/

 

No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...