A: Tok, mamat ni sanggup tukar bendera, asal terus jadi MB (...cilaka nak potong line aku pulak mamat ni, aku pun nak jugak nih...)
B:  Boleh percaya ke?
C:  Betul Tok, saya dah tak tahan jadi lembu kena sembelih DAP
Tidak dapat disangkal bahawa mutakhir ini Timbalan Ketua Perhubungan 
UMNO Selangor, Dato Noh Omar agak lantang dan kerap menimbulkan isu-isu 
yang mengganggu gugat kerajaan negeri Selangor.
Kritikan Noh Omar telah menjadikan SELCAT — yang mahu dipersembahkan 
kerajaan negeri kepada rakyat sebagai contoh ketelusan, akauntabiliti 
dan pentadbiran baik — terdedah sebagai hanya wayang kulit atau mesin 
basuh baju untuk bersihkan pemimpin dan kakitangan pro PR yang tidak 
cekap, salahguna kuasa dan rasuah.
Banyak lagilah pendedahan Noh Omar mengenai rampasan tanah, penipuan 
akaun, lombong pasir, murtad, penderhakaan terhadap Sultan, dan banyak 
lagi yang lain-lain.
Sebagai kerajaan negeri yang mengaku diri mereka sebagai juara 
demokrasi sepatutnya menerima teguran dengan baik sesuai dengan semangat
 demokrasi. Setiap isu seharusnya dikaji dan jika sahih, ianya 
diperbetulkan.
Ini tidak.
Mereka lebih berusaha untuk cepat dan segera untuk berpropaganda 
dalam memutarbelit isu dari mengkaji dan menyiasat isu yang ditimbulkan.
 Kadang kala, putarbelit bukan setakat menutup malu tetapi untuk 
membolehkan program menyamun diteruskan.
Masaalah perlonbongan haram pasir masih berleluasan hingga unjuran 
pendapatan yang dijangka jauh dari pencapaian. Bersama penangkapan SPRM 
terhdap Kastam yang membantu penyeludupan pasir, ianya petunjuk jelas 
berlaku ketirisan besar.
Mereka ungkit kata bawah BN pendapatan pasir sikit. Betul tetapi yang
 tidak diberitahu adalah BN tidak pentingkan perlombongan pasir sebagai 
pendapatan negeri dan ianya dilakukan atas tanah private.
Terima kasih tidak diharap dari kerajaan yang terbangun dari budaya demostrasi, semangaat anti establishment, penentang institusi kenagaraan dan politik jalanan yang tidak beradab, bersopan dan bertamadun.
Namun begitu, akibat kelantangan Noh Omar, nampaknya satu sikap berdendam pula yang dilihat datang dari pihak kerjaan negeri.
Peribadi dan kekeluargaan Noh Omar dicungkil. Gambar Noh dan 
anak-anak bersama disatu Majlis untuk bersantai disebarkan seolah-olah 
Noh sedang bersama gundik atau call girl.
Usaha Noh untuk membina jeti dan rumah nelayan di atas tanah LKIM 
disabotaj. PBT diarah kacau projek tersebut. Gangster seramai 70 
dihantar untuk mengugut Cina-Cina nelayan supaya akur dengan kehendak 
mereka dengan cara mahu diroboh kuil mereka.
Kini keluar pula fitnah bahawa UMNO Tg Karanag jual tanah hakmilik 
kerajaan negeri di media mereka. Apa masalahnya sini untuk sesuatu orang
 perseorangan atau NGO atau pun parti politik menjual atau membeli aset 
dalam urusan kegiatan atau pelaburan mereka?
UMNO Tg Karang mendapat tanah mengikut prosedur yang sama seperti 
orang lain. Apabila perlu, mereka membayar premium tanah. Tak tahu bab 
UMNO TG Karang jual tanah tersebut tetapi kalau ianya boleh dilakukan 
atas apa sebab dan keperluan Bahagian parti politik itu, apa salahnya.
Menurut Nasa Khan, AJK Lajnah Guaman PAS Pusat, sebahagian tanah 
kepunyaan UMNO Bahagian dan bukan kepunyaan kerajaan seperti dikatakan 
penuduh akan dijual dan wang itu akan diguna untuk bina bangunan untuk 
UMNO Tg Karang.
Adakah ada undang-undang yang dilanggar? Di Kota Baru pun, Nik Aziz 
tidak ada beri halangan, malah memberi tanah untuk UMNO Kota Baru bina 
bangunan sebelum dilelong oleh Dato Zaid Ibrahim.
Ini semua mungkin hanya permainan silap mata politik yang dibuat 
untuk membina persepsi buruk terhadap BN sebelum pilihanraya. Tuduhan 
yang belum pasti salah betulnya dijaja sana sini. Lepas pilihanraya, 
boleh dijangka ianya akan senyap dan sunyi begitu saja. Malahan laporan 
SPRM pun tiada dibuat.
Dari PAS sibuk membantu propaganda bodoh PKR dan menyampaikan dendam 
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan pencacainya seperti Dato Teng 
Chiam Kim dan Ronnie Liu, lebih elok PAS siasat isu-isu tanah yang lebih
 melibatkan rakyat.
Oleh kerana PAS sudah diketepikan rakan politik mereka dalam Pakatan 
Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang dan hanya layak pada kacamata DAP 
dan PKR untuk jaga adat dan sukan, eloklah mereka siasat apa rakan 
mereka lakukan dalam kerajaan.
Siasat apa terjadi terhadap tanah rakyat dan GLC negeri di TKPM, YBK,
 Yayasan Selangor, padang PKNS, dan lain-lain lagi menunggu masa untuk 
muncul. Ini lebih melibatkan rakyat.
Kata PAS tu parti kebajikan dan percaya kuasa rakyat. Kotakanlah 
kata-kata tu dan jangan jadi ejen dendam seorang yang susah nak bercakap
 dengan sempurna.
 http://sel13.com/archives/2064
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terkini dan kini
P ENGUMUMAN RASMI 30 Oktober 2025 Ahli Yang Dihargai, Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan, kete...
- 
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...
- 
DAP dan umno boleh bekerjasama dan bergabung bila-bila masa. Jika lim kit siang mempunyai keutamaan sebagai PM dan Najib takut risiko k...
- 
Kita pun tidak pasti samada ada atau tidak media politik setan online dan talibarut online di Malaysia. Oh ye, nak tanya juga d...

 
 
 
No comments:
Post a Comment