Sunday, April 15, 2012

azmin, tian chua tak main sama..

Kalaulah si bahalol tu ada sama dalam acara Golf DiRaja dah tentu Najib boleh ketuk, paling tidak pun handuh  kedua duanya dengan kayu golf - bodoh piang punya lahabau.






SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat ke acara Golf Diraja di sini hari ini yang dianjurkan sempena pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Ketibaan Seri Paduka berdua di Glenmarie Golf and Country Club (GGCC) pada 7.30 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, turut berangkat menyertai acara itu selain Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Antara Menteri Kabinet yang mengambil bahagian ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jemputan lain ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Tuanku Abdul Halim yang juga Sultan Kedah, ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 Rabu lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...