Tuesday, April 17, 2012

DAP mengkhianati kaum cina..

DAP bukan sahaja dilihat perkauman oleh orang Melayu tetapi juga oleh orang Cina sebagai 'melampau' dan tidak bijak hingga memberi kebimbangan dan mengakibatkan Melayu yang berpecah dalam pilihanraya 2008 kerana memprotes Paklah kini telah kembali bersatu dibawah bumbung UMNO apabila DAP melalui kerajaan Pulau Pinang dilihat gelojoh seperti babi yang haus dalam melaksanakan perkauman mereka.

Strategi memasukkan beberapa ekor Melayu dalam DAP juga dilihat gagal memberi kepercayaan bahawa DAP itu tidak perkauman atau lebih tepat anti-Melayu. Malah kemasukan Melayu2 opportunis itu membangkitkan lagi kemarahan majoriti Melayu lain kerana beranggapan Melayu2 itu akan diperlembukan dengan mengambilkira apa yang telah berlaku ke atas Nizar semasa menjadi MB Perak.

DAP akan mengakibatkan ' yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran' apabila kebangkitannya yang pasti tidak pat menubuhkan kerajaan tanpa PAS akan mengakibatkan MCA berkemungkinan akan kalah teruk seperti 2008 juga dan akhirnya MCA tidak lagi berpengaruh kuat dalam kabinet kerajaan yang menyukarkan lagi keperluan kaum cina.

Apakah DAP tidak terfikir ada kemungkinan besar bahawa sebenarnya ada pakatan sulit PAS dan UMNO dalam memerangkap kaum Cina (MCA/Gerakan/DAP) - divide and rule - untuk berpecah dan kehilangan kuasa secara bersepadu di PRU13 ini??

Persepakatan PAS dan DAP secara fizikalnya kini mrugikan PAS itu sendiri dari kurangnya sokongan orang Melayu ke atas mereka termasuk ahli2 mereka sendiri yang sudah bukan fanatik lagi seperti 

Mempergunakan anwar secara maksima dengan jangkaan potensi yang maksima telah memakan diri DAP kerana ia berlaku di sebaliknya. Tanpa DAP siapakah Anwar? Itu yang paut ditanya oleh DAP, sedangkan sumbangan Anwar kepada DAP melalui PKR sangat minima dan kurang ketara sedangkan Anwar dilihat kukuh dengan sokongan DAP.

Sokongan itulah juga menyebabkan Anwar dilihat 'kuat' untuk terus mengaut keuntungan dari sumbangan luar negara. Matlamat Anwar untuk terus mewah, popular, berpengaruh, disanjung telah tercapai sedangkan di Malaysia Anwar tidaklah 'istimewa' lagi walaupun sebagai bekas TPM. !!?? Apa yang DAP dapat???
Secara jujurnya tanyalah kepada orang china atau ahli DAP sendiri - apakah mereka percaya Anwar? Memberi undi atau menyokong Anwar untuk kepentingan diri dan mempercayai Anwar adalah dua perkara berbeza.

Dengan imej Anwar terkini ( Takkan 100% semuanya fitnah dan dalangnya UMNO??) apakah Anwar masih berpengaruh  membantu DAP untuk menjadikan kaum China dominan dan menguasai politik Malaysia? Jika kaum Cina hanya mahu kuat melalui DAP ia tidaklah merubah apa2 sekadar berperanan menggantikan MCA, apakah itu yang kaum cina Malaysia harapkan???

Masih belum terlambat untuk DAP menghormati Islam dan Melayu sambil memberi contoh yang baik amalan budaya kaum Cina untuk menjadi kerajaan yang disegani oleh semua kaum lain. Hasrat DAP sukar untuk capai ke tahap itu jika masih ada segelintir pemimpin tertinggi seperti sekarang. Singkirkan mereka mungkin satu2nya jawapan tepat dan pantas.

Bekas pemimpin seperti Lee Lam Thye adalah contoh terbaik pemimpin DAP yang akan dihormati oleh semua kawan dan lawan dari pelbagai kaum. Mampukah DAP melahirkan seorang lagi atau berpuluh lagi pemimpin seperti itu?




1 comment:

  1. Nak kelentong pun tak lojik. Dah bayar pinjaman pelajaran dahulu ke belum?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...