Monday, April 2, 2012

PERKASA jahat...

Memang tak patut pun pompuan tu kena tendang, yang patut kena tendang atau terajang jantan di sebelah tu..


Babi punya Ketua Menteri - isu kecik dia layan, isu besar dia lari masuk jamban.

Ahli PERKASA Pulau Pinang tendang Perempuan..


Seorang kakitangan jabatan penerangan kerajaan Pulau Pinang membuat laporan polis hari ini ke atas pertubuhan pro-Melayu PERKASA atas tindakan anggota pertubuhan itu ke atasnya dalam perhimpunan anjuran pertubuhan tersebut Jumaat lalu.

Lilian Chan berkata, beliau telah ditendang dua kali di bahagian kakinya oleh seorang anggota PERKASA dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang, di bangunan Komtar yang menempatkan pejabat ketua menteri.

Chan (kiri) berkata beliau telah diarahkan oleh penyelianya Yap Lee Ying untuk membuat liputan perhimpunan itu ketika insiden itu berlaku.

"Apabila saya ditendang untuk kali kedua, saya tanya orang itu – Ketua Pemuda PERKASA Pulau Pinang Risuan Azuddin – kenapa dia tendang saya?," katanya yang pernah menerima latihan daripada Malaysiakini.

Dia tidak jawab (soalan) saya. Pada masa itu, polis dan pegawai kesalamat Komtar sedang mengarahkan mereka untuk meninggalkan kawasan itu," kata Chan.

Katanya kumpulan kira-kira 30 orang itu pada awalnya menyerbu ke dalam bangunan pejabat tersebut dan menuntut untuk bertemu Lim.

Ibu kepada empat orang anak itu menerima rawatan selepas insiden berkenaan dan telah diberikan sijil cuti sakit kerana kesakitan yang dialami di bahagian kakinya.

Chan mendakwa, beliau juga sebelum ini pernah dikasari anggota kumpulan berkenaan pada 26 Februari lalu dalam perhimpunan anti-Lynas di Esplanade, Pulau Pinang.

Malaysiakini

1 comment:

  1. Bro...setuju. sengaja alihkan isu, itu kepakaran anwar aljuburi and the gang.


    Perkasa nafi tendang kaki jurukamera kerajaan negeri

    03/04/2012 2:34pm

    GEORGETOWN 3 April – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini menyangkal dakwaan ada ahlinya menendang kaki seorang jurukamera kerajaan negeri pada satu perhimpunan Jumaat lepas.

    Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, pertubuhan itu juga menimbang kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap jurukamera terbabit dan portal berita Malaysiakini yang menyiarkan laporan berhubung dakwaan tersebut.

    "Saya menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya. Ini ternyata ada pihak ketiga cuba menjatuhkan reputasi saya. Kenapa menuduh saya dan Perkasa,” katanya yang ditemui pemberita, di sini.

    Mohd Rizuad sebelum itu membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dibuat Lilian Chan dan dilapor Malaysiakini bahawa beliau ditendang dua kali pada bahagian kaki oleh seorang ahli Perkasa pada perhimpunan anjuran pertubuhan tersebut di sini Jumaat lepas.

    "Adakah dia (Lilian) pasti saya atau ahli Perkasa yang menendang dia?,” kata Mohd Rizuad. - BERNAMA

    ReplyDelete

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...